Bab 10 - MR. PSYCHO HUSBAND

11.5K 285 39
                                    

7:11 a.m.

Lydia terbangun dari tidur kerana cahaya matahari telah menebus ke arah matanya. Dia melihat jam yang tergantung di dinding sebelum dia bangun dari baringan. Dia menggosok kecil matanya untuk kelihatan lebih jelas. Dia menguap kecil sebelum matanya memandang sekujur tubuh Danish yang masih lagi nyenyak dibuai mimpi lalu Lydia mengutumkan senyuman tipis.

"Aihh tidur pun handsome eh" kata Lydia dengan ketawa kecil. Dia bangun dari katil dan menuju ke bilik air untuk bersihkan diri.

Setelah beberapa minit kemudian. Lydia telah pun siap membersihkan dirinya dan dia mengenakan bathrobe berwarna putih sambil menggosok rambutnya dengan tuala kecil. Lydia membuka pintu almari baju untuk memilih pakaian.

"Hermm nak pakai baju mana eh hari ni" kata Lydia dengan jari telunjuknya berketuk ketuk perlahan dibahagian dagunya.

Ketika Lydia melihat baju bajunya di dalam almari itu tiba tiba dia merasakan ada tangan yang memeluknya dari belakang. Lydia menoleh.

"Ishhh awak ni terkejut la saya." Lydia kembali memilih pakaiannya di dalam almari. Sebenarnya dirinya sudah pun berdebar dengan keadaan sekarang ini.

"Wangi nya rambut kauu~" kata Danish di telinga  Lydia. Dia mengeratkan lagi pelukan di pinggang ramping milik Lydia.

Lydia curi-curi pandang ke arah Danish. Sungguh dia merasakan tidak selesa sekarang ni. Sumpah tak selasa.

"Awak l..lepaskan lah saya.. saya nak cari baju ni" gugup sahaja Lydia berkata dengan tangannya cuba mahu meloloskan tangan Danish dibahagian pinggangnya itu. Tetapi apakah daya? Danish sikit pun tidak beralih.

"Halahh kau ni sayang.. kejap la aku rindu kau tahu tak.. aku ingatkan kau belum tidur semalam baru je aku nak bermanja dengan kau" kata Danish lalu mendaratkan kepalanya bahu kiri Lydia.

"Kalau ye pun bagi la saya pakai baju semua dulu" kata Lydia yang pura-pura tenang.

Danish meloloskan tangannya dari terus melingkar di pinggang Lydia. Tangan Danish naik menutup pintu almari itu sebelum dia memusingkan badan Lydia menghadapnya.

"Apa kata sebelum kau pakai baju aku nak..." Sengaja Danish melambatkan percakapannya. Dia hanya menatap sahaja wajah isterinya itu.

Lydia terkejut apabila Danish mengucup lama pada pipinya. Lydia mendiamkan diri sahaja. Sumpah diri dia bagaikan di beku dengan ciuman Danish.

"Dah aku nak mandi.. lepas ni aku nak kena pergi kerja" kata Danish lalu dia melangkah ke arah bilik mandi.

"Eh eh! Awak dah nak masuk kerja? Kalau macam tu.. awak mandi lama sikit eh sebab saya nak buatkan awak breakfast dulu before awak pergi kerja"

Danish yang dengar kata kata Lydia itu hanya mengangguk kecil. Tidak lupa secalit senyuman tipis buat Lydia.




         ꧁ꨄ𝓜𝓻. 𝓟𝓼𝔂𝓬𝓱𝓸 𝓗𝓾𝓼𝓫𝓪𝓷𝓭ꨄ꧂




Ligat sahaja tangan Lydia menyusun hidangan pagi buat suaminya.

Sedang Lydia menyusun itu dia terbau benda yang sangat wangi. Tak lain tak bukan minyak wangi laki aku la ni. Haih menyengat betul bau dia.

"Haa sayang turun pun.. ni makan la.. sedap tau saya masak" pelawa Lydia mesra.

"Sejak bila kau pandai panggil aku sayang ni?" soal Danish sebaik sahaja dia melabuhkan punggungnya.

Lydia hanya menggerling sekilas lalu dia menuangkan kopi panas itu ke dalam cawan.

"Kenapa? Tak boleh ke? Ke awak tak selasa saya panggil awak sayang?" soal Lydia sebelum dia turut melabuhkan punggungnya di atas kerusi berhadapan dengan Danish.

Mr. Psycho Husband [✔︎]Where stories live. Discover now