Bab 13 - DANISH HAZIQ : HER PSYCHO HUSBAND

14K 486 56
                                        

                 PANDANGAN Lydia jatuh ke bawah sambil mencubit kecil hujung jari jemari bagi menghilangkan rasa gementar. Sudah tiga minit berlalu. Dalam tiga minit itu jugalah Danish merenung ke arah bagaikan hendak tebus.

Lydia semakin gelisah. Bibir bawah di gigit kecil. Danish yang duduk berhadapan dengannya itu curi-curi pandang. Boleh dia gambarkan wajah itu sedang bertarung dengan emosi.

Daripada terus berdiam diri macam ini. Ada baik juga biar dia dahulu bersuara. Nak tunggu sampai bila? Sampai Malaysia bersalji?

Dengan keberanian yang ada, Lydia mengangkat wajah.

"A... awak, awak okey tak ni?" Gugup suara Lydia bertanya.

"Kau nampak aku okey ke sekarang ni, sayang?"

Langsung Lydia mengemam bibir saat suara garau itu membalas pertanyaannya. Dingin. Tegang. Dia kembali tertunduk memandang bawah. Ya. Dia tahu, dia salah. Tapi takkan di sebabkan berbual sikit dengan Ammar pun nak besarkan masalah ini?

Danish bangun. Pasu bunga kaca yang elok terletak atas meja itu di capai kasar olehnya lalu membaling sehabis kuat ke arah dinding. Bahu Lydia terhinjut kaget.

"Aku tak okey, sayang. Aku tak okey di sebabkan kau!" Jari telunjuk Danish di acu tepat ke wajah Lydia.

"Kau... kau memang tak faham bahasa ke apa, ha?Aku dah cakap dah dekat kau jangan sesekali dekat dengan jantan tu? Tapi kenapa? Kenapa kau susah sangat nak dengar cakap aku hah, sayang?" Tahan geram Danish mengungkapkan kata. Dadanya jelas kelihatan turun naik menahan amarah. Muka takut Lydia di tatap dengan mata menjegil kecil.

"T... takkan lah awak jadi macam ni di sebabkan saya borak dengan Ammar dekat kafe tu tadi?"

Danish menjeling ke arah lain dengan ketawa halus. Kelakar dengar persoalan Lydia lontarkan itu. Sudah tahu, buat-buat tanya pula.

"Jawapan tu ada pada diri kau sendiri, sayang. Kenapa nak mempersoalkan aku?"

Lydia terdiam buat sementara. Hembusan nafas di lepas kecil sebelum dia berdiri. Dia berjalan merapati Danish. Tangan lelaki itu di raih lalu di elus lembut.

"Ya saya tahu, saya salah. But you know what? Saya ni sedaya upaya tau tak nak layan dia tadi? Tapi dia tu asyik tanya saya itu ini, saya jawab je lah. Habis tu takkan awak nak saya diam macam patung cendana je bila dia tanya?" tutur Lydia panjang.

Terangkat naik sebelah kening Danish mendengar tuturan Lydia itu. Dia tidak percaya. Kerana ada bisikan hati mengatakan yang...

"Kau suka dia sebenarnya kan, sayang?"

Terbuka sedikit mulut Lydia dek tuduhan Danish itu. Laju dia menggeleng kepala menidakkan.

"Tak. Mana ada. Ya allah sayang. Kenapa tuduh saya macam tu sekali? Mana ada saya suka dia lah."

"Oh?... Really?" Danish menarik tangannya dari terus di pegang oleh Lydia. Senyumannya semakin sumbing. Matanya tetap lurus ke mata wanita itu. Tanpa sedar, kedua belah tangannya naik memegang bahu Lydia.

Lambat-lambat kening Lydia berkerut. Dia merasakan bahunya di cengkam kuat.

"S... sayang, sa...sakit lah." Lydia mengetap giginya erat menahan kesakitan. Badannya di gerakan sedikit agar dapat terlepas dari cengkaman Danish itu. Bahkan semakin dalam Danish menekan.

"Sayang, lepaskan bahu saya dulu. Bahu saya sakit ni. Please?" rayu Lydia. Mata mula berkaca. Namun, Danish menggeleng tidak mahu.

"Tak. Aku takkan lepaskan."

"Lepas la, please..."

"No. Takkan."

Mahu menjerit sekuat hati Lydia di buatnya. Semakin di suruh lepaskan, semakin dalam Danish mencengkam bahunya. Dia tidak dapat menahan sabar lagi. Dia terpaksa bertindak kasar.

DANISH HAZIQ : Her Psycho Husband [OG]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang