Bab 28 - MR. PSYCHO HUSBAND

7.1K 203 19
                                    

Sedar tak sedar 7 bulan telah pun berlalu. Intan yang mengandung hari itu sudah pun selamat melahirkan anak pertamanya. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.

"Sayang nak apa apa tak? Saya tolong ambilkan?" tanya Darwish sambil memeluk ringkas pada bahu Intan.

"Tak nak la. Saya tak lapar" jawab Intan lembut. Kemudian dia menoleh memandang ke arah anak lelakinya yang masih lagi nyenyak di buai mimpi di atas katil bayi bersebelahan dengannya. Dia mengulum senyuman kecil.

"Comel kan anak kita?"

"Haah. Macam papa dia la.. handsome" riak Darwish dengan senyuman sambil menggerak gerakkan keningnya. Bangga.

Intan berdecit perlahan. Malas pulak nak gaduh gaduh ni. Lantak la ikut sama macam siapa pun, asalkan dapat zuriat.

"Sayang, awak ada idea tak nama apa nak letak dekat anak kita tu?"

"Kalau saya.. saya nak letak... Iffat Durrani"

"Iffat Durrani?"

"Iye. Sebabnya nama nama tu ada maksud. Kalau nama Iffat bermaksud kehormatan diri dan Durrani pula permataku" jelas Darwish. Sebenarnya dia sudah google nama-nama bayi semalam. Katanya penat berfikir and last google jugak la penyelesaiannya.

"Wahhh.. tak sia-sia saya ada suami pandai macam awak"

"Heh! Biasa laa"

Tiba tiba fikirannya Darwish terlintas sesuatu. Darwish memandang ke arah Intan yang tidak lepas melihat ke arah katil bayi itu.

"Sayang, tentang rawatan Danish tu saya dah cancel untuk 2 tahun dia stay sana"

Langsung kepala Intan bergerak memandang suaminya.

"Betul ke? Jadi berapa bulan je dia stay sana?"

"5 bulan"




꧁ꨄ𝓜𝓻. 𝓟𝓼𝔂𝓬𝓱𝓸 𝓗𝓾𝓼𝓫𝓪𝓷𝓭ꨄ꧂





"Sayang kau okay tak?" tanya Danish apabila dia melihat Lydia berlari anak menuju ke arah bilik air.

Lydia hanya menghiraukan sahaja pertanyaan Danish. Dia meneruskan mengeluarkan sisa sisa muntahan yang berada di dalam perutnya. Lydia memegang sisi singki. Cermin di hadapannya di pandang.

"Aku tak rasa benda tu" kata Lydia sendirian lalu melangkah keluar dari bilik air. Danish yang berada di muka pintu itu hanya melintas melepasi Danish sahaja sebelum dia melabuhkan punggungnya di sisi katil.

Danish turut mengikut langkah isterinya sebelum dia juga turut melabuhkan punggungnya di sisi katil bersebelahan dengan Lydia.

"Kau okay tak ni sayang?" tanya Danish lembut. Tiba tiba tangannya naik meletakkan tapak tangan belakangnya di dahi Lydia.

"Tak panas pun"

"Ish! Saya bukan demam lah sayang.. tapi saya rasa macam pening sikit.. rasa loyar bila bau makanan..tak tahu kenapa" kata Lydia lalu mendaratkan kepalanya di bahu Danish.

Danish membiarkan sahaja sebelum tangannya naik memeluk bahu Lydia.

"Bila lagi kau jadi macam ni?"

"Dah dua tiga hari dahh.. tapi awak nak tahu tak sayang.. masa akak Intan dengan abang Darwish dekat hospital kan.. saya pengsan masa dekat rumah diorang sayang.. dan nasib baik la abang Darwish balik awal sebab dia nak ambil baju akak Intan bawa pergi hospital masa tu" ujar Lydia dengan posisi masih kekal sama.

Danish mengeluh kecil.

"Masa aku duduk dekat sini ni.. kau jaga la diri kau sayang.. aku risau la dengan kau ni"

Mr. Psycho Husband [✔︎]Where stories live. Discover now