Bab 19 - MR. PSYCHO HUSBAND

7.3K 209 16
                                    

Rengusan di hembus kasar. Jam yang kemas terlilit pada pergelengan tangan Lydia di lihat sekilas. Sudah hampir 30 minit dia menunggu suaminya bersiap. Aihh selalunya aku la yang lambat siap, pahal hari ni dia yang paling lambat sekali? Hadehh.

"Sayang lambat lagi ke nak siap tu!" laung Lydia lantang dari tingkat bawah.

"Ye! Kejap nak turun dah ni!!" laung Danish yang juga turut dengan nada yang lantang sebelum dia menurun anak tangga.

"Ishh sayang ni.. bersiap mengalahkan perempuan tau" bentak Lydia lalu tangannya naik memukul perlahan pada lengan Danish.

Danish ketawa kecil lalu dia mencubit pipi Lydia. Geram.

"Auwww sakit lah sayang!"

"Boleh tak kau jangan buat macam tu lagi? Silap silap kita tak jadi honeymoon tau.. honeymoon je dekat dalam bilik tu." Danish tersenyum nakal.

"Eeee miang tak bertempat" kata Lydia sebelum dia terlebih dahulu melangkah ke arah pintu keluar rumah.

"Eh sayang tunggu la aku.. beg semua dah masukkan dalam kereta dah ke?" soal Danish sambil berlari anak mengejar langkah Lydia yang sudah menyaut heelsnya itu.

"Iyee, semua dah settle tunggu awak yang lembab tu je"

"Dilembabnya aku"




꧁ꨄ𝓜𝓻. 𝓟𝓼𝔂𝓬𝓱𝓸 𝓗𝓾𝓼𝓫𝓪𝓷𝓭ꨄ꧂




Situasi sekarang ini mereka di dalam kereta. Lydia yang tidak lepas melihat ke arah luar tingkap itu langsung berpaling ke arah Danish disebelahnya.

"Sayang, berapa hari kita bercuti dekat sana?" tanya Lydia sambil memandang Danish yang sedang memandu itu.

"3 hari 2 malam" respon Danish.

Lydia mengangguk kepalanya sahaja sebelum dia menyandarkan dirinya dan kembali melemparkan pandangan ke arah luar tingkap.

"Sayang nanti sampai aku nak ka—"

Ayat Danish tergantung apabila dia menggerling ke arah Lydia yang sudah pun memejamkan matanya. Mak aii cepat betul tidur.

Danish mengukir senyuman tipis lalu kembali memandang ke arah lebuh raya itu.

Setelah beberapa jam Danish memandu akhirnya mereka tiba di lapangan terbang.

Jangan risau. Tiket telah siap beli oleh Danish sebelum dia membuat perancangan lagi. Jadi mereka hanya terus pergi ke kapal terbang sahaja.

"Sayang bangun dah sampai dah"

Lydia yang nyenyak di buat mimpi itu terganggu apabila Danish menepuk lembut pada pipinya. Perlahan lahan dia membuka matanya sebelum matanya terancap ke arah lapangan terbang .

"Wahh cantiknya airport dekat sini~ say— ehh? Sayang?" Mata Lydia meliar liar mencari kelibat Danish lalu matanya terhenti pada belakang keretanya.

"Lahh angkut beg rupanya" kata Lydia sendirian sebelum dia meloloskan diri keluar dari kereta. Lydia berjalan mendekati Danish.

"Cantik sangat airport dekat sini sayang" puji Lydia.

"Kau tak pernah naik flight ke?"

"Tak pernah."

Danish terkejut kecil dengan balasan dari Lydia. Tak pernah? Serius la?

"Kau tak pernah naik flight? Serius la?"

"Iyee.. sebab saya takut"

"Takut? Takut apa?"

"Ye laa kot kot kapal terbang tu habis minyak dekat atas tu ke.. astu terlanggar dengan kapal terbang lain ke apa"

Mr. Psycho Husband [✔︎]Where stories live. Discover now