"A.. awak bunuh family saya?" gugup Lydia. Bergerak bola matanya memandang wajah Danish yang tidak bersalah itu.
"Ye sayang.. aku buat semua tu sebab aku sayang kau, aku cintakan kau dan aku nak hidup semati dengan kau" jawab Danish lalu tangannya naik membelai rambut Lydia. Tetapi Lydia menepis tangan Danish dengan kasar.
"Kenapa!? Kenapa awak bunuh family saya?!" jerit Lydia sambil mengoncang badan Danish.
"ARGHH!! KAU TAK FAHAM KE BUAT BUAT TAK FAHAM HAH!? AKU BUAT SEMUA TU SEBAB AKU NAKKAN KAU DAN AKU NAK HIDUP SEMATI DENGAN KAU FAHAM?!" jerit Danish lantang selepas dia menepis kasar tangan Lydia dari terus mengoncang badannya tak berhenti itu.
Lydia jatuh terduduk sambil menangis teresak esak.
Danish melihat Lydia yang menangis itu perlahan lahan dia mencangkung di hadapan Lydia. Lydia berundur ke belakang sedikit.
"Aku buat semua tu sebab aku cintakan kau.. aku sayang kau.. sebab kau lain pada yang lain sayang" ujar Danish dengan mengusap lembut pada pipi Lydia.
"M.. macam mana awak jatuh cinta dengan saya? Sedangkan kita l..langsung tak pernah berjumpa?"
Danish mengukir senyuman kecil dengan tangannya tidak lepas mengusap lembut pada pipi Lydia itu.
"Kau ingat tak sayang 10 tahun yang lalu? Budak lelaki yang menangis dekat taman bawah pokok besar waktu senja?" soal Danish sambil mengelapkan air mata Lydia dengan menggunakan ibu jarinya.
"10 tahun yang lalu?"
"Mama papa.. kenapa mama papa tinggalkan Danish" kata budak lelaki yang berumur 12 tahun itu sambil menangis teresak esak dibawah pokok pada waktu senja.
Semasa dia menangis. Tiba tiba seorang kanak perempuan datang mendekati dan menegurnya.
"Ya allah! Kenapa ni awak? Kenapa awak nangis dekat bawah pokok ni" tanya budak perempuan yang berumur 8 tahun itu sebelum dia mencangkung di hadapan budak lelaki yang berumur 12 tahun.
Budak lelaki yang berumur 12 tahun itu perlahan lahan mengangkat kepalanya dek teguran dari seorang kanak perempuan.
"Kau siapa?" soal budak lelaki itu dingin.
"Oh nama saya Lydia Marissa.. tapi ibu ayah saya panggil saya Lydia" kata budak perempuan berumur 8 tahun itu dengan mesra.
Budak lelaki berumur 12 tahun itu hanya memandang sahaja wajah ceria budak perempuan 8 tahun di hadapannya.
"Kenapa awak pandang saya macam tu?" soal budak perempuan itu apabila dia ditenung lama oleh budak lelaki berumur 12 tahun.
"Oh saya ada tisu! Jap eh saya ambilkan" seloroh budak perempuan itu sebelum dia mengeluarkan tisu dari beg sandangnya.
"Ha nahh. Lap air mata awak tu" kata budak perempuan itu dengan senyuman manis sambil menghulurkan tisu kepada budak lelaki itu.
Budak lelaki berumur 12 tahun itu hanya menyambut huluan budak perempuan itu tanpa bersuara.
"Kenapa awak nangis? Cerita la dekat saya.. saya sentiasa mendengar dari mula sampai akhir.. tak kisah la cerita awak ni panjang ke pendek" ujar budak perempuan berumur 8 tahun sebelum dia melabuhkan punggungnya di hadapan budak lelaki berumur 12 tahun.
"Mama papa aku dah tak ada"
Budak perempuan berumur 8 tahun yang tersenyum itu langsung pudar apabila dia mendengar perkataan keluar dari mulut budak lelakit itu.
"Saya minta maaf.. saya tak tahu.. maafkan saya eh?"
Budak lelaki itu mengulum senyuman kecil.

YOU ARE READING
Mr. Psycho Husband [✔︎]
Roman d'amourDANISH HAZIQ terlalu mencintai LYDIA MARISSA sampaikan dia sanggup menculik gadis itu dan jadikan isteri tanpa restu ibu bapa mereka. Disebabkan dia terlalu taksub dan tergila-gilakan gadis itu dia sanggup buat apa sahaja untuk dapatkan apa yang dia...