Bab 18 - MR. PSYCHO HUSBAND

6.9K 208 11
                                    

Danish menggerling jam yang tergantung di dinding.

11:24 p.m.

Dia melangkah ke arah cermin sebelum dia membetulkan rambutnya yang serabai itu lalu dia berjalan mendekati Lydia yang berada di atas katil.

"Sayang.. esok aku mula ambil cuti satu bulan" kata Danish sebaik sahaja dia menghenyakkan dirinya di katil bersebelahan dengan Lydia.

Lydia yang sedang bermain dengan video game itu terhenti dek kata kata dari Danish.

"Eh kenapa lama sangat awak ambil cuti?" soal Lydia sebelum dia mengoffkan telefonnya dan di letakkan di atas riba.

"Sebab aku nak spend time dengan kau dalam masa sebulan ni" jawab Danish sambil memandang Lydia di sebelahnya.

Dah kenapa nak luang masa dengan aku? Kat rumah pun boleh je kan?

"Halah seminggu pun okay je kan.. kenapa sampai sebulan ni sayang?" soal Lydia lagi lalu dia memusingkan badannya menghadap Danish.

"Selepas aku dengan kau khawin.. tak pernah lagi aku bawak kau pergi honeymoon kan? So aku ambil la cuti ni.. sebab nak bawak kau pergi honeymoon" jawab Danish.

Lydia yang mendengar kata kata dari Danish itu perlahan lahan dia mengukir senyuman.

"Awak nak bawa saya pergi honeymoon dekat mana?" tanya Lydia sambil mendekatkan lagi dirinya ke arah Danish.

"Kau nak pergi mana? Aku ikut kau je"

"Kalau nak ikutkan saya.. saya nak pergi Langkawi ni boleh? Malas la nak travel pergi luar negara apa semua ni"

Danish berdecit perlahan.

"Ye la sayang.. anything for you"

"So, bila nak pergi?"

"Hari ni.. hari Isnin kan?"

Lydia mengangguk.

"Kita pergi hari Rabu lah eh?"

"Alright!"




    ꧁ꨄ𝓜𝓻. 𝓟𝓼𝔂𝓬𝓱𝓸 𝓗𝓾𝓼𝓫𝓪𝓷𝓭ꨄ꧂




Jam menunjukkan pukul 9:45 pagi. Lydia yang sedang cedok nasi goreng cina buat Danish hanya tersenyum riang sahaja. Ye la, hari ni dia kali pertama masak nasi goreng cina. Katanya nak cuba sebab mana tahu boleh cakap cina.

Tiber.

"Macam mana sayang sedap tak?" tanya Lydia sebaik sahaja Danish menyuap nasi goreng cina itu ke dalam mulutnya.

"Ye. Sedap je kau masak" jawab Danish lalu dia kembali menyuap nasi goreng cina itu ke dalam mulutnya.

"Ye ke? Tadi saya rasa macam tawar sikit" andaian Lydia sambil memandang Danish yang selera makan itu.

"Tak ada la. Okay je. Kalau tawar tak adanya aku makan sampai habis"

Lydia tersenyum bangga.

"Erm lepas ni awak nak duduk rumah je ke sayang?" tanya Lydia.

"Kenapa? Kau ada nak pergi mana mana ke?"

"Eh tak ada lah.. saja je tanya.. sebab saya nak kemas sikit rumah ni sebelum kita pergi honeymoon tu" jawab Lydia.

Danish mengangguk lalu bangun dari kerusi.

"Aku duk dekat ruang tamu tu jap.. nanti siap kemas.. kau datang la dekat aku"

"Eh? Awak dah siap makan?" Bapak laju dia makan. Bola mata Lydia bergerak memandang pinggan di hadapan Danish.

Licin mat.

Mr. Psycho Husband [✔︎]Where stories live. Discover now