Ketika Danish sedang menilit ke setiap helaian kertas kerjanya itu tiba tiba telefon miliknya bergetar menandakan dia menerima satu notifikasi mesej dari seseorang.
Massage from 'Nasril'
>[Photo]
13:12 p.m.Danish mencapai objek itu tetapi matanya tidak lepas menilit ke setiap helaian pada kertas kerjanya lalu dia menggerling sekilas ke arah objek itu sebelum dia mengecilkan matanya. Laju sahaja jarinya menekan notifikasi dari Nasril apabila gambar yang dihantar oleh Nasril itu menarik perhatiannya.
"Kau tipu aku sayang?" Senyuman sinis mula terbit pada bibir Danish.
"Kau tahu la apa nasib kau balik nanti, Lydia" kata Danish. Dia melemparkan telefon itu di atas meja lalu meramas ramas rambutnya. Giginya juga di laga lagakan menandakan dia sedang menahan marah terhadap Lydia.
꧁ꨄ𝓜𝓻. 𝓟𝓼𝔂𝓬𝓱𝓸 𝓗𝓾𝓼𝓫𝓪𝓷𝓭ꨄ꧂
7:10 p.m.
"Eh awalnya dia balik hari ni" kata Lydia pelik. Dia meloloskan diri keluar dari kereta. Dia berjalan ke arah pintu rumah. Jarinya mula menekan code rumah itu. Pintu di buka dan dia mula melangkah masuk ke dalam rumah. Belum sempat dia mahu menutup pintu ada seseorang yang menarik lengannya dengan kasar.
"Eh eh apa ni! Lepas la kau siap—"
Ayat Lydia terjeda apabila dia melihat gerangan orang yang menarik pergelangan tangannya.
"Eh sayang? Kenapa ni tarik tangan saya? Sakit laa!" bentak Lydia yang mahu meloloskan pergelangan tangannya dari terus di gengam kuat oleh Danish.
Danish menghempap badan Lydia ke arah dinding dengan kuat. Lydia merintih kesakitan dengan matanya di pejam rapat.
"Ya allah sayang awak dah kenapa ni? Kenapa awak tetiba macam ni?" soal Lydia. Berkerut kerut dahi menahan kesakitan pada badannya itu.
"Kau tipu aku sayang?"
"Tipu? Tipu apa? Saya tipu awak apa?"
Danish berdecit sinis.
"Pandai kau berlakon kan sayang?"
"H..hah? Berlakon? Berlakon apa? Sayang cuba awak straight to the point.. saya tak faham la!"
"Kau cakap dekat aku kononnya kau nak keluar dengan Dhia tapi sebenarnya kau pergi keluar dengan jantan lain eh?"
"ASAL KAU TIPU AKU HAH?!" jerkah Danish kuat.
Terhinjut kecil Lydia dibuatnya. Tiba-tiba Danish mencekam kuat pada bahu Lydia.
"A..apa awak merepek ni sayang? Saya betul betul keluar dengan Dhia lah.. mana ada saya keluar dengan j..jantan lain" kata Lydia ketakutan sambil meloloskan tangan Danish dari terus mencekam bahunya.
"Masih lagi kau nak berani berdalih lagi eh sayang?" pintas Danish. Dia menurunkan tangannya dari terus mencekam bahu Lydia lalu dia mengeluarkan telefon berukuran 7inci itu dari poket seluarnya.
Lydia hanya memerhati sahaja tingkah laku Danish itu.
"Ni apa benda ni?! Kau masih lagi nak tipu aku! Dah terang terang kau keluar dengan jantan lain siap gelak gelak bagai!" Danish menayangkan gambar mesra Lydia dengan Ammar.
"Tersilap aku jantan dalam gambarr ni.. jantan yang mengorat kau dekat butik mall hari tu kan?" teka Danish dengan keningnya terangkat sebelah.
Lydia merampas telefon itu dari tangan Danish. Dia melihat sambil menzoomkan gambar dirinya bersama Ammar.
YOU ARE READING
Mr. Psycho Husband [✔︎]
Storie d'amoreDANISH HAZIQ terlalu mencintai LYDIA MARISSA sampaikan dia sanggup menculik gadis itu dan jadikan isteri tanpa restu ibu bapa mereka. Disebabkan dia terlalu taksub dan tergila-gilakan gadis itu dia sanggup buat apa sahaja untuk dapatkan apa yang dia...