Kini Danish dan Lydia berada diruang tamu sambil menonton drama kesukaan Lydia. Tidak lupa makanan ringan ditangannya dan air tin diatas meja kaca itu.
Sedang Lydia menonton dramanya itu tiba tiba fikirannya telintas sesuatu. Dia menggerling ke arah Danish di sebelahnya yang tidak lepas memetik telefonnya itu.
"Awakk bukan ke awak nak bawa saya pergi mall belikan saya baju hari ni?" soal Lydia.
Danish yang tidak lepas memetik telefonnya itu terhenti dek soalan yang di lontarkan oleh isterinya. Dia memandang Lydia di sebelah.
"Kau nak pergi sekarang ke?"
"Kalau awak tak sibuk"
"Kau ada ke baju nak pakai pergi mall? Takkan kau pakai baju tshirt dengan seluar trek ni?" soal Danish sambil memandang Lydia atas bawah.
"Ishh awak ni tak adanya nak pakai macam ni.. baju yang kotor saya cakap kat awak tu saya dah basuh dah.. tapi baju tu baju yang kali pertama saya jumpa awak la.. yang tu je sesuai untuk pergi mall" balas Lydia yang tidak lepas memandang ke arah kaca tv yang sedang berlangsung itu.
"Kalau macam tu tercegat apa lagi kau kat sini? Pergi la bersiap" arah Danish.
"Iyee kejap.. saya pergi bersiap" kata Lydia lalu dia bingkas bangun dari sofa dan mengemas makanan dan minuman yang kosong di atas meja. Dia berlari anak ke arah dapur sebelum sisa-sisa makanan itu selamat masuk ke dalam tong sampah.
꧁ꨄ𝓜𝓻. 𝓟𝓼𝔂𝓬𝓱𝓸 𝓗𝓾𝓼𝓫𝓪𝓷𝓭ꨄ꧂
Hampir 30 minit Danish menunggu Lydia bersiap.
"Lambat lagi ke dia ni nak siap?" gumam Danish sambil mengintai tingkat atas.
Kelihatan kelibat Lydia masih lagi tidak muncul. Dia merengus kecil lalu kembali berjalan ke arah sofa sebelum dia melabuhkan punggungnya.
"Dah jom" celah Lydia selepas dia melangkah anak tangga terakhir itu lalu memandang Danish yang berada di sofa ruang tamu.
Danish yang berada di sofa sambil melihat telefonnya itu terhenti. Dia menoleh ke arah belakang. Danish memandang Lydia atas bawah.
"Asal kau pakai macam ni?" soal Danish lalu bangun dari sofa dan berjalan ke arah Lydia.
"Kenapa? Apa yang tak kena?"
"Asal lawa sangat?"
Laa lawa pun salah ke?
"Takkan awak tak perasan? Ini la baju saya pertama kali saya jumpa awak hari tu"
"Tak ada baju lain ke?"
"Ishh awak ni! Kan saya dah cakap.. ni je baju yang sesuai untuk pergi mall.. yang lain semua baju tshirt yang awak bagi kat saya selama saya tinggal dengan awakk.. halah tak apa la awakk saya tak ada baju dah nak pakai nii" bantah Lydia.
Danish merengus geram.
"Suka hati kau lahh" jawab Danish dingin. Dia terlebih dahulu melangkah meninggalkan Lydia dan meloloskan diri keluar dari rumahnya.
"Apa yang tak kena? Okay je aku tengok?" soal Lydia sendirian sambil membelek pakaiannya.
"Lambat aku tinggal"
"Ye ye okay okay saya datang la ni! Ergh!" sahut Lydia. Sempat dia mengangkat tangannya tanda mahu memukul lelaki itu.
Kini hanya suara radio sahaja yang bersuara. Lydia melemparkan pandangan ke arah luar tingkap.
Danish yang memandu itu hanya menggerling sekilas ke arah Lydia.
"Nanti bila sampai kedai baju tu aku nak kau pilih pakaian yang elok sikit.. jangan ada sehelai pun baju yang terdedah sana sini faham?" pesan Danish tegas.
YOU ARE READING
Mr. Psycho Husband [✔︎]
RomanceDANISH HAZIQ terlalu mencintai LYDIA MARISSA sampaikan dia sanggup menculik gadis itu dan jadikan isteri tanpa restu ibu bapa mereka. Disebabkan dia terlalu taksub dan tergila-gilakan gadis itu dia sanggup buat apa sahaja untuk dapatkan apa yang dia...