"Ouh jadi dalam gambar tergantung kat dinding saya tengok tu dia la?"
"Haah"
"Habis tu kenapa lain sangat dia dengan sekarang? Kat dalam gambar tu gemuk tembam sekarang macam kurus tinggi?" soal Lydia lalu dia menggerling lagi ke arah Darwish dan Intan yang sedang bergelak ketawa di ruang tamu itu.
"Ye ke? Sama je aku tengok" balas Danish lalu tangannya naik menyelit rambut Lydia dibelakang telinga.
Lydia hanya memerhati sahaja Danish kelakuan begitu terhadap dirinya.
"Dah la sayang tanya pasal dia.. sekarang ni.. aku nak sambung masak"
"Nak saya tolong?" pelawa Lydia mesra.
"Kalau kau tolong aku.. lambat kita makan malam"
"Kenapa?" soal Lydia dengan keningnya terangkat sebelah. Pahal pulak lambat makan malam?
"Sebab nanti aku takut tak boleh nak fokus memasak la.. bila kau ada disisi aku macam sekarang ni"
"Eeee mengadanyaa." Tangan Lydia naik mencubit lengan Danish.
"Arkk! Sakit la sayang!" Danish menggosok lengannya. Wajahnya sudah tentu berkerut-kerut menahan sakit.
"Padan muka! Gatal lagi" kata Lydia sebelum dia terlebih dahulu melangkah. Sempat dia menggulingkan mata buat Danish.
꧁ꨄ𝓜𝓻. 𝓟𝓼𝔂𝓬𝓱𝓸 𝓗𝓾𝓼𝓫𝓪𝓷𝓭ꨄ꧂
Setelah Lydia dan Danish berperang habisan memasak di dapur akhirnya siap juga hidangan makan malam mereka.
"Halah korang ni susah susah je masakkan untuk kitorang sekali" celah Intan sebelum dia melabuhkan punggungnya di kerusi.
"Tak ada apa lah,akak. Lagi pun bukan Lydia sorang je yang masak.. ni Danish pun tolong sekali" balas Lydia dengan sopan tambahan lagi dengan lemah lembutnya.
"Ha ye la, Lydia. Terima kasih" ucap Intan dengan senyuman lalu dia menggerling ke arah Danish.
"Danish kerja tak esok?" tanya Intan kepada adik iparnya dengan lembut dan tidak lupa secalit senyuman diwajahnya.
"Kerja." Hanya sepatah perkataan sahaja yang keluar dari mulut seketul Danish.
Intan hanya mengangguk faham lalu dia memandang hidangan yang di hidang oleh Lydia.
"Abang nak tanya awak sikit boleh tak, Lydia?"
Lydia yang mahu melabuhkan punggungnya di kerusi bersebelahan dengan Danish itu perlahan lahan bola matanya bergerak memandang ke arah Darwish.
"Ye, tanya banyak pun boleh" respon Lydia dengan senyuman buat Darwish.
Danish yang berada di sebelah dengan Lydia itu sudah menggerling sekilas ke arah Lydia sebelum dia memandang ke arah abangnya yang juga turut membalas senyuman buat isterinya.
"Lydia sebelum ni kerja apa?" tanya Darwish ingin tahu.
"Oh! Sebelum Lydia khawin dengan Danish, Lydia kerja dekat starbucks.. lepas tu berhenti sebab ada masalah tertentu.. jadi tu la last pekerjaan Lydia sebelum khawin dengan Danish. Selepas khawin ni Danish pulak tak bagi kerja.. dia cakap duk rumah je jaga pakai minum dia apa semua" jelas Lydia. Dia menggerling sekilas ke arah Danish di sebelahnya.
Darwish mengangguk tanda faham.
"Masalah apa?"
Baru sahaja Lydia mahu membalas tetapi Intan mencelah.
YOU ARE READING
Mr. Psycho Husband [✔︎]
RomansaDANISH HAZIQ terlalu mencintai LYDIA MARISSA sampaikan dia sanggup menculik gadis itu dan jadikan isteri tanpa restu ibu bapa mereka. Disebabkan dia terlalu taksub dan tergila-gilakan gadis itu dia sanggup buat apa sahaja untuk dapatkan apa yang dia...