3 bulan sudah pun berlalu. Kaki Lydia yang terseliuh itu sudah pun baik tambahan pulih sepenuhnya. Aduhai macam-macam ragam si Lydia semasa kaki dia sakit ni. Suruh Danish ambil itu la ini la. Tapi Danish ikutkan aja. Ye la benda dah sayang, kalau tak pandai-pandai la si Lydia ni uruskan diri sendiri. Tapi dalam masa 3 bulan ni juga la Lydia rindukan ibu dia. Agak-agak macam mana ye keluarga dia sekarang ni? Sihat tak? Hmm.
Sedang Lydia mengalamun di sofa ruang tamu itu tiba-tiba dia kedengaran pintu hadapan di buka oleh seseorang. Siapa lagi kalau bukan mamat tu.
"Eh awak dah balik?" soal Lydia lalu bingkas bangun dari sofa.
Danish hanya tersenyum tipis sebelum dia mengangguk kecil. Danish berjalan ke arah Lydia.
"Esok aku cuti." kata Danish lalu dia melabuhkan punggungnya di sofa dengan mata terpejam.
"Eh kenapa pulak? Boss awak tak marah ke cuti macam tu je?" soal Lydia lagi. Dia juga turut melabuhkan punggungnya di sofa bersebelahan dengan Danish.
Lydia terdengar Danishberdecit kecil.
"Kau lupa ke?" soal Danish sambil memandang Lydia.
Lydia hanya menjongket sebelah kening sahaja.
"Lupa? lupa apa?"
Danish merengus kecil.
"Siapa nak marah aku sedangkan aku ni boss kat syarikat tu"
Lydia yang mendengar balasan dari Danish langsung ketawa kecil.
"Hehehe lupa"
Danish menggeleng kepalanya sebelum dia kembali memejamkan mata.
"Esok kita pergi butik pengantin" kata Danish tiba-tiba.
"Eh? Awalnyaaa? Tapi macam mana dengan keluarga saya.. takkan saya nak khawin dengan awak tanpa restu diorang?" soal Lydia yang tidak lepas memandang Danish di sebelahnya.
Danish kembali membuka mata dan membetul kedudukannya sebelum menghadap Lydia .Danish memandang Lydia lama. Aii bang ape ni pandang-pandang?
"Perlu ke restu diorang?"
LAH?! Ada ke orang khawin tanpa restu keluarga? Mamat ni islam ke tak?
"Apa awak ni? Saya tak pernah lagi tau dengar orang khawin tanpa restu keluarga" kata Lydia yang tidak percaya itu.
Danish mengeluh lalu bangun dari sofa.
"Nanti kita pergi rumah keluarga kau" kata Danish dan melangkah meninggalkan Lydia seorang diri di ruang tamu.
Lydia melihat sahaja kelibat Danish semakin menghilang ke arah tangga kemudian mata Lydia kembali memandang ke hadapan.
"Benda siot? Ada ke orang khawin tanpa restu keluarga? Pelik sungguh."
꧁ꨄ𝓜𝓻. 𝓟𝓼𝔂𝓬𝓱𝓸 𝓗𝓾𝓼𝓫𝓪𝓷𝓭ꨄ꧂
Kini Lydia dan Danish sudah pun berada di hadapan rumah keluarga Lydia.Tetapi Lydia merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan rumahnya itu. Dia merasa rumah itu seperti tiada orang.
Sunyi, pagar tertutup kemas, kereta dalam garaf pun tak ada.
"Eh mana pulak diorang pergi ni? Macam tak ada orang je" kata Lydia lalu dia meloloskan diri keluar dari kereta milik Danish.
Danish hanya memandang sahaja Lydia dengan rumah itu bersilih ganti sebelum dia berdecit sinis.
"Aihh Lydia-Lydia.. kau panggil la macam mana sekali pun diorang takkan keluar" kata Danish sendirian.
YOU ARE READING
Mr. Psycho Husband [✔︎]
RomanceDANISH HAZIQ terlalu mencintai LYDIA MARISSA sampaikan dia sanggup menculik gadis itu dan jadikan isteri tanpa restu ibu bapa mereka. Disebabkan dia terlalu taksub dan tergila-gilakan gadis itu dia sanggup buat apa sahaja untuk dapatkan apa yang dia...