Bab 16 - MR. PSYCHO HUSBAND

6.7K 219 44
                                    

Tangan Sarah naik mengetuk bilik Danish.

"Erm tuan Danish boleh saya masuk?" pinta Sarah dari luar bilik Danish.

"Masuk la"

Perlahan lahan pintu bilik Danish itu dibuka dan terpapar lah wajah Sarah dengan secalit senyuman kecil pada wajahnya. Dia berjalan mendekati meja Danish.

"Ada meeting ke hari ni?" soal Danish dengan matanya masih lagi menilit pada kertas kertasnya itu.

"Bukan tuan. Tapi Dato' Ikhmal. Dia nak jumpa tuan dekat mall sebab dia tak boleh datang dekat syarikat kita.. sebab dia kena bertolak ke Sabah pula lepas nak jumpa dengan tuan" jelas Sarah.

Danish yang mendengar respon dari Sarah itu perlahan lahan dia mengangkat kepalanya.

"Pukul berapa?"

"Pukul 10:00 pagi" jawab Sarah selepas dia melihat sekilas pada buku nota kecilnya itu.

"Dekat mall macam biasa tu la?" soal Danish sebelum dia menggerling sekilas ke arah jam di tangannya.

"Haah tuan."

"Sekarang dah pukul 9:37 pagi.. jadi saya gerak sekarang la" kata Danish lalu dia bangun dari kerusi dan mengemas sedikit di atas meja.

"Awak ikut sekali ke?"

"Tak. Sebab ni perbincangan antara tuan Danish dengan Dato'Ikhmal je" jawab Sarah.

Danish mengangguk kecil.

"Baik lah. Saya minta diri dulu eh?"

"Baik tuan"




       ꧁ꨄ𝓜𝓻. 𝓟𝓼𝔂𝓬𝓱𝓸 𝓗𝓾𝓼𝓫𝓪𝓷𝓭ꨄ꧂



Ammar sedang menunggu kehadiran Lydia. Setelah beberapa minit kelibat Lydia mula muncul di pandangan matanya.

"Maaf saya lambat." Lydia melabuhkan punggungnya dihadapan Ammar.

"Eh tak apa. Saya pun baru je sampai ni" kata Ammar.

"Oh ye ke? Kalau macam tu.. kita ambil order dulu la eh?"

"Haa okay"

"Baik tuan Dato.. kalau dah tak ada pape saya pergi dulu ye" pamit Danish dengan ramah tidak lupa senyuman buat Dato' Ikhmal itu.

Dato' Ikhmal mengangguk dan membalas senyuman Danish.

Sebaik sahaja mereka bersurai. Danish berjalan ke dalam mall untuk meloloskan diri keluar dari mall tersebut. Ketika dia berjalan dia merasakan seseorang wanita ini menarik perhatiannya. Dia memberhentikan langkahnya lalu dia mengecilkan matanya melihat ke arah gerangan wanita itu.

Perlahan lahan senyuman pada bibirnya itu bertukar sinis.

"Kau keluar dengan jantan tu tak bagitahu aku pun eh sayang?" kata Danish sendirian dengan senyuman sinis. Dia mengengam penumbuk lalu beredar dari situ.

"Ishh dah la awak memandai je cakap macam tu" kata Lydia dengan sisa tawanya.

Ammar juga turut ketawa dengan anak matanya tidak lepas memandang wajah polos Lydia. Menawan sungguh.

Lydia yang ketawa itu perlahan lahan meredakan tawanya apabila fikirannya terlintas sesuatu.

"Awak nak jumpa saya ni ada apa sebenarnya?" soal Lydia dengan keningnya terangkat sebelah.

"Ouh.. saya jumpa awak nak bagi benda ni" balas Ammar sebelum tangannya mengambil beg kertas itu dan menghulur kepada Lydia.

"Apa ni?" tanya Lydia dengan menyambut huluan beg kertas dari Ammar itu.

Mr. Psycho Husband [✔︎]Where stories live. Discover now