Lydia yang sejak dari tadi lagi hanya menggerling sahaja ke arah Danish yang tiba tiba sahaja bersikap dingin dengannya.
"Dia dah kenapa eh? Sejak keluar dari butik pakaian lagi muka dia ketat semacam je.. aku ada buat salah ke dengan dia?" bisik hati Lydia. Dia membetulkan posisi duduk. Wajah dingin Danish itu di pandang.
"E..eerm awak okay tak ni?" tanya Lydia lembut. Berani ke tak berani kena beranikan juga. Kalau tak sampai bila nak senyap macam mulut tak ada.
Danish hanya memandang sahaja ke arah lebuh raya itu. Sikit pun dia tidak menggerling ke arah Lydia.
Lydia yang menantikan balasan dari Danish itu hanya mengeluh perlahan. Dia beranikan dirinya lagi untuk bertanya.
"Kalau awak ada masalah cakap lah dengan saya.. tak apa saya dengar sampai habis okay?" pelawa diri Lydia lembut.
Danish yang tidak lepas memandang ke arah lebuh raya itu hanya merengus kasar. Dia menggerling sekilas ke arah Lydia.
"Nanti sampai rumah.. aku cerita masalah aku dekat kau." balas Danish dingin.
Sumpah geri! Beza teruk time kitorang sampai mall dengan time balik ni. Aduhh apa salah aku eh?
"Baiklah"
꧁ꨄ𝓜𝓻. 𝓟𝓼𝔂𝓬𝓱𝓸 𝓗𝓾𝓼𝓫𝓪𝓷𝓭ꨄ꧂
Sampai sahaja di rumah mereka. Danish terlebih dahulu meloloskan dirinya dan berjalan ke arah pintu sebelah yang di duduki oleh Lydia. Belum sempat Lydia mahu membuka pintu kereta Danish terlebih dahulu membukanya. Tergopoh gopoh Lydia dibuatnya tatkala Danish menarik lengannya dengan kasar. Pintu kereta ditutup kuat dan melangkah masuk ke dalam rumah.
Danish menekan code pintu rumahnya. Sudah pintu itu di buka. Danish meloloskan diri masuk ke dalam rumah dan tidak lupa Lydia yang di tarik seperti patung itu. Pintu rumah di tutup dengan kuat sebelum dia merentak lengan Lydia dengan kasar.
"Arhh!" rintih Lydia kesakitan sambil menggosok kecil pada pergelangan tangannya.
"Awak dah kenapa ni? Sejak bila awak kasar-kasar dengan saya ni ha? Awak ada masalah ke? Kalau awak ada masalah cerita la dekat saya jangan buat saya macam ni.. sakit tahu takk!" bentak Lydia dengan memandang tepat ke arah anak mata milik Danish itu.
Danish tidak membalas malah dia menghempap badan Lydia ke arah dinding dengan kuat dan sekali lagi Lydia merintih kesakitan.
"Kau nak tahu apa masalah aku?" soal Danish dengan kedua-dua belah tangannya melekat di dinding dengan anak matanya menikam anak mata milik Lydia.
Lydia sudah pun takut dengan keadaannya sekarang. Lydia menolak kedua dua bahu Danish. Tetapi Danish sikit pun tidak berganjak malah dia dekatkan lagi dirinya ke arah Lydia.
"Awak serius saya cakap.. kenapa awak tiba-tiba jadi macam ni ha? Saya ada buat salah ke dekat awak sampai awak kelakuan kasar dengan saya?"
Danish yang mendengar persoalan dari Lydia itu hanya berdecit sinis sebelum dia kembali memandang Lydia yang menantikan balasan darinya.
"Masalah aku.. kenapa kau gatal sangat pergi layan pekerja lelaki dekat mall tadi? Siap gelak bertepuk tangan bagai?"
Lydia yang tertanya tanya itu akhirnya dapat juga dia tahu kenapa Danish kelakuan kasar terhadapnya.
"Oh? Jadi awak berkasar dengan saya sebab tu la?"
Danish hanya memandang sahaja wajah Lydia dengan pandangan tajam.
Lydia menghela nafas berat.
"Awak, dia cuma nak berkawan je dengan saya.. tak lebih dari tu pun.. saya kan dah ada suami buat apa saya nak menggatal dengan lelaki lain? Yang awak tengok tadi kitorang cuma berbual kosong je tak ada apa pun lah" jelas Lydia lemah lembut.
"Tu kau! Tapi dia? Mesti dia ada hati dekat kau!" bantah Danish yang tidak lepas memandang wajah Lydia itu.
"Awakk kitorang tak ada apa apa pun lah.. biar je la dia syok seseorang.. biar cinta dia bertepuk sebelah tangan.. ye la siapa suruh dia ada hati dekat saya yang dah ada suami ni kan" kata Lydia lagi. Nada suaranya masih lagi tetap sama seperti tadi.
Danish yang mendengar kata-kata Lydia itu perlahan lahan dia menjatuhkan tangannya.
"Betul kau tak ada hati dengan dia?" soal Danish yang mahu kepastian.
"Iyeee tak adanyaa la saya nak simpan hati saya kat dia. Apa? Awak ingat saya ni perempuan murah macam kat luar sana tu ke? Pantang nampak lelaki handsome sikit mula la nak menggedik bagai" balas Lydia sebelum tangannya naik mengemas ringkas pada rambut Danish yang serabai itu.
Danish hanya membiarkan sahaja Lydia kelakuan begitu terhadap dirinya.
"Aku sayang kau, Lydia. Aku tak boleh tengok kau dengan lelaki lain.. aku jadi cemburu" kata Danish sambil memegang pipi Lydia.
"Jangan la macam tu.. lain kali saya takkan bercakap dengan mana mana lelaki okay? I'm promise"
"Dah janji kan? Please jangan buat lagi" kata Danish sambil mengamati wajah polos Lydia.
"Yee saya janji" akur Lydia sebelum jari kelingkingnya naik dan goyang goyang ke arah Danish.
Danish mencantumkan jari kelingkingnya dengan jari kelingking milik Lydia. Lydia tersenyum manis manakala Danish membalas senyuman buat isterinya dengan senyuman tipis.
Terkejut Danish apabila Lydia memeluk dirinya secara tiba tiba. Danish memandang Lydia dengan pandangan yang pelik. Belum sempat Danish mahu bersuara tetapi Lydia terlebih dahulu bersuara.
"Awakk please jangan buat saya macam ni lagi.. saya takut bila awak berkasar dengan saya tadi" luah Lydia lalu mengeratkan lagi pelukan di pinggang suaminya.
Danish yang mendengar luahan Lydia itu hanya tersenyuman tipis sebelum tangan kanannya membalas pelukan Lydia dan tangan kirinya naik membelai rambut Lydia.
"Yee aku janji aku takkan buat macam tu lagi dekat kau okay?"
Lydia meleraikan pelukan. Dia memandang Danish dengan senyuman kecil.
"Kalau macam tu okay la.. saya nak pergi ambil beg kertas kat dalam kereta.. tadi tak sempat nak ambil tau.. sebab awak tarik tangan saya.. tergopoh gopoh saya dibuatnyaa tadi" tukas Lydia sebelum dia beredar dari ruang tamu itu.
Baru sahaja dia mahu melangkah mengikut Lydia, tiba tiba telefon bersize 7incinya itu berdering. Dia mengeluarkan telefonnya dari poket seluar dan melihat siapa gerangan yang memanggilnya. Laju sahaja Danish slide ke tepi menandakan dia jawab panggilan itu.
"Ye Nasril?"
"Boss, malam ni datang gudang"
Bersambung...
YOU ARE READING
Mr. Psycho Husband [✔︎]
RomanceDANISH HAZIQ terlalu mencintai LYDIA MARISSA sampaikan dia sanggup menculik gadis itu dan jadikan isteri tanpa restu ibu bapa mereka. Disebabkan dia terlalu taksub dan tergila-gilakan gadis itu dia sanggup buat apa sahaja untuk dapatkan apa yang dia...