Bab 03 - MR. PSYCHO HUSBAND

15.4K 472 35
                                    

"Apa?! Jadi isteri awakkk?!!"

Danish memegang telinganya sambil memejamkan mata.

"Tak payah la jerit bagai.. bingit telinga aku tahu tak" kata Danish sambil menggosok kecil pada telinganya.

"Tak tak! Kenapa saya kena jadi isteri awak? Kita jumpa pun tak pernah apatah lagi bercinta.. tetiba je nak jadikan saya ni isteri awak dah kenapaa?" bantah Lydia. Nafasnya sudah tentu turun naik.

"Kau tak ada pilihan lain.. kau tetap akan jadi isteri aku" tukas Danish lalu dia bangun dari sisi katil.

"Eh eh eh awakkk kejapp laaaa!"

Danish yang mahu melangkah ke arah pintu bilik itu terhenti. Perlahan lahan dia memandang ke arah Lydia.

"Apa?"

"Kenapa awak nak sangat saya ni jadi isteri awak?" soal Lydia. Kini suaranya tidak lagi lantang seperti tadi.

"Sebab aku cintakan kau."

"Macam mana awak jatuh cinta dengan saya sedangkan kita tak pernah kenal dan tak pernah jumpa pun sebelum ni" kata Lydia bersungguh- sungguh.

Danish berdecit sinis.

"Dah la aku nak turun bawah nak kemas kat dapur tu.. jangan lupa makan makanan yang aku bawa tadi" pesan Danish dengan matanya tidak lepas memandang wajah resah Lydia.

"Makan sampai habis.. aku tak nak sikit mahu pun SATU je nasi yang tinggal" sambung Danish.

Perlahan lahan Lydia memandang ke arah nasi goreng dengan air kosong yang berada elok di atas meja. Lydia mengeluh lalu mengangguk kecil.




        ꧁ꨄ𝓜𝓻. 𝓟𝓼𝔂𝓬𝓱𝓸 𝓗𝓾𝓼𝓫𝓪𝓷𝓭ꨄ꧂




2:17 p.m.

Kini Lydia sedang termenung ke arah luar tingkap. Terngiang-ngiang di fikirannya dengan kata kata Danish pagi tadi.

Aihh takkan aku nak khawin dengan dia kot? Agak agak la aku baru 23 tahun awal lagi nak khawin bagai ni.

Kalau aku nak lari sekali pun tak ada gunannya tengok la kaki aku dari semalam terseliuh tak baik baik lagi aih. Cepat la sembuh aku nak berambus dari sini .

Sedang Lydia tengah mengelamun tiba-tiba bilik yang dia berada sekarang ni di buka oleh seseorang.

"Aku nak keluar jap.. Kau duk rumah diam diam" kata Danish sambil berjalan ke arah Lydia.

Eh mamat psiko ni. Habis aku nak makan minum siapa nak ambilkan!

"Habis kalau saya lapar ke dahaga ke siapa yang nak tolong ambilkan?" soal Lydia sambil merenung Danish yang sedang mengeluarkan baju dalam almari.

Lydia mendengar Danish merengus perlahan. Haaa baru teringat ke yang kaki aku terseliuh disebabkan kau?

Danish memusingkan badan dan menghadap Lydia.

"Okay. Sebelum aku pergi kau nak apa?"

Lydia memikir seketika dan tidak lama kemudian.

"Saya nak awak ambilkan saya banyak banyak makanan lepas tu letak kat tepi bersebelahan dengan saya ni.. nanti senang saya nak makan ambil je jangan lupa dengan minuman sekali.. nanti tercekik mati saya kat sini" kata Lydia selamba dengan menayangkan senyuman paling manis buat Danish.

"Okay. Aku ambilkan." Danish akur lalu melangkah keluar dari bilik itu.

Beberapa minit kemudian, Danish kembali masuk ke dalam bilik.

Mr. Psycho Husband [✔︎]Where stories live. Discover now