Dhia yang tekun memandang ke arah tv itu terus dia teringat sesuatu. Nathan di sebelahnya itu di pandang.
"Betul ke sayang awak jadi boss dekat company Danish dalam masa 2 tahun?"
"Yee sayang, berapa kali saya nak jawab soalan yang sama ni?"
"Bila masa awak dengan dia berbincang?"
Nathan mengubah posisi duduk menghadap Dhia.
"Awak ingat tak sayang.. masa dekat majlis perkhawinan awak dengan saya tu.. yang Danish borak dengan saya jauh sikit daripada awak dengan Lydia?"
Dhia mengerutkan dahinya seketika lalu matanya membulat kecil dengan mulut juga terlompong kecil.
"Ouhhh yang tu.. Ingat ingat ingat!"
"Haa time tu la saya dengan dia berbincang"
Danish memandang sahaja Lydia dan Dhia rancak berbual sampai lupakan orang di sebelahnya itu. Ketika Lydia dan Dhia rancak berbual Danish memandang Nathan.
"Boleh aku bercakap dengan kau jap?" pinta Danish kepada Nathan.
"O..oh boleh.. cakap lah"
"Tapi aku nak jauh sikit dari diorang la"
"Oh okay.. kat mana?"
Tanpa membalas pertanyaan Nathan. Danish langsung menarik lengan Nathan jauh daripada Lydia dan Dhia.
Sampai sahaja di hujung dewan, Danish meleraikan tanganya dari memegang pergelengan tangan Nathan.
"Kau nak bagitahu aku apa ni sampai bawa aku jauh dari diorang.. penting sangat ke?" soal Nathan pelik.
"Boleh kau tolong aku?"
"Tolong apa?"
"Tolong ganti tempat aku dekat company aku dalam masa 2 tahun"
"Eh asal pulak? Kau nak pergi mana? Kenapa aku kena gantikan tempat kau?"
"Kau sorang je yang aku boleh percaya.. lagipun aku tak ramai kawan"
"Tapi kau nak pergi mana sampai 2 tahun?" soal Nathan ingin tahu.
"Aku kena masuk hospital untuk rawatan aku"
"Rawatan? Rawatan apa? Kau sakit apa?"
"Tak payah tahu la.. tak penting pun"
"Okay.. tapi lepas 2 tahun tu kau akan masuk balik kan?"
"Yee.. kau jangan risau la.. nanti aku jadikan kau sebagai pekerja aku dekat sana"
"Hm ye la.. Lydia dah tahu ke pasal ni?"
"Tak.. nanti la aku bagitahu dia.. dah la.. tu isteri kau dah datang dah.. ingat pesan aku.. jaga company aku baik baik. Faham?"
"Faham."
"Tu la ceritanyaa.. puas hati?" jelas Nathan sebelum dia kembali ke posisi menghadap kaca tv itu.
Dhia mengangguk kepala tanda faham apa yang dicerita oleh Nathan.
"Ye lahh by the away bila awak start kerja?"
"Esok"
꧁ꨄ𝓜𝓻. 𝓟𝓼𝔂𝓬𝓱𝓸 𝓗𝓾𝓼𝓫𝓪𝓷𝓭ꨄ꧂
"Sayang, saya rasa.. saya dah kena balik dah ni.. dah nak masuk pukul 10 malam dah" kata Lydia selepas dia menggerling sekilas ke arah jam di pergelangan tangannya.
YOU ARE READING
Mr. Psycho Husband [✔︎]
RomanceDANISH HAZIQ terlalu mencintai LYDIA MARISSA sampaikan dia sanggup menculik gadis itu dan jadikan isteri tanpa restu ibu bapa mereka. Disebabkan dia terlalu taksub dan tergila-gilakan gadis itu dia sanggup buat apa sahaja untuk dapatkan apa yang dia...