DANISH mengeluh. Hampir satu jam dia menunggu kedatangan Lydia. Tapi tak juga muncul depan mata. Jarum jam sekarang pun sudah menunjukkan pukul sembilan pagi. Selalunya pukul lapan Lydia sudah ada depan matanya. Sekarang, deria rasa kehadiran wanita itu pun tidak terasa.
"Mana dia ni? Tak masuk kerja ke apa?" Danish bergumam bosan. Bangun dari birai katil lalu berjalan ke arah jendela. Tunggulah seminit lagi sambil melihat pemandangan luar. Mana tahu kan, sekejap lagi bidadari dia itu muncul?
Di saat itu, kedengaran pintu bilik di buka oleh seseorang. Bibir Danish automatik terukir senyuman. Itu mesti Lydia.
"Amboi.... jauh bebenor termenung pagi-pagi ni?"
Terus lesap sekelip mata senyuman yang terukir manis pada bibir Danish itu, setelah dia mengetahui siapa gerangan tersebut.
Kecewa dan hampa dia rasakan ketika ini. Nafas di rengus kesal seraya berpaling semula pandangannya ke luar jendela.
Sangkakan bini, rupanya abang sendiri. Hmm....
Darwish sekadar tersenyum sahaja dengan respons kosong Danish berikan padanya itu. Seperti dia tahu akan siapa adiknya menunggu.
"Mana isteri aku, bang?" tanya Danish. Tapi mata masih setia ke luar jendela.
Senyuman Darwish semakin lebar. Troli makanan di tolak rapat ke dinding. Mengalihkan pinggan serta gelas dari troli ke atas meja bersebelahan dengan katil.
"Isteri kau tak masuk kerja hari ni. Cuti dua hari." Darwish membalas sambil tangan itu kekal ligat melakukan kerja.
Tubuh Danish menjadi kaku tiba-tiba. Sedikit tersentak usai mendengar jawapan yang keluar dari mulut abangnya itu. Laju kepala Danish bergerak memandang wajah abangnya.
"Kenapa?" Risau tidak dapat di bendung ekspresi Danish pamerkan. Kaki bergerak setapak demi setapak mendekati Darwish.
"Tak sihat" jawab Darwish mudah.
"Tak sihat?" Alis sebelah Danish terangkat naik. Penuh tanda tanya. Namun beberapa detik selepas itu, ingatannya berpusing tentang kejadian semalam. Di mana Lydia muntah pagi semalam. Adakah itu penyebabnya?
"Teruk ke?" soal Danish ingin kepastian. Nada penuh rasa kerisauan.
Darwish geleng kepala.
"Tak pun. Cuma dia perlukan rehat je." Tetap mudah Darwish menjawab. Seperti dia mahu rahsiakan tentang apa yang dia tahu dan Danish tidak boleh ketahui. Buat masa sekarang.
Termenung sebentar Danish di buatnya. Entah kenapa firasat hati dia mengatakan lain sekarang ini. Seperti omongan abangnya itu adalah bohong. Terang. Suara itu sedang menyembunyikan sesuatu darinya.
"Eh, udah-udah lah tu duk termenungnya. Nanti bidadari kau okey la tu. Kau jangan risau. Kak Intan kau ada jaga dia dekat rumah. So, tak payah risau too much, okey?" Lekas Darwish bersuara di saat dia perasaan akan renungan Danish terhadapnya. Janganlah terbongkar awal. Doa Darwish dalam hati.
"Mari makan. Sejuk, tak sedap pula" kata Darwish lagi. Jantung dia merasakan deg-degan betul sekarang ini.
Danish diam. Tetap merenung wajah abangnya.
"Nish...., aku tahu. Aku tahu, aku handsome. Jangan sampai kau tergoda dengan kehandsomeman aku ni, sudah" ujar Darwish yang seakan-akan ingin menghilangkan rasa gugup dalam diri dia. Jujur, dia lebih takut renungan adik sendiri berbanding dengan renungan lemur catta.
Tiada apa-apa riaksi Danish tunjukkan melainkan muka tiada berperasaan dia itu saja dia tayangkan buat abangnya.
"Dah la tu. Moh sarapan cepat. Sembilan setengah nanti aku ada appointment dengan pesakit. Jadi aku tak boleh lama" beritahu Darwish.
ANDA SEDANG MEMBACA
SISA RASA [C]
Romance✅Revamp : 85% ✅Add Part : 95% ✅Cut Part : 70% ✅New Title. Old title 2023-2024 - Mr Psycho Husband. ------------------ Kerana terlampau sayang dia sanggup buat apa sahaja asalkan wanita dia ingini itu tetap bersamanya. Pantang melihat wanita dia cint...
![SISA RASA [C]](https://img.wattpad.com/cover/342977598-64-k902790.jpg)