"Betul ke sayangg?!"
Terkejut Intan dibuatnya apabila Darwish menceritakan ke semua kejadian di hospital semalam.
"Eh perlahan la sikit suara awak tu sayang.. nanti Lydia dengar la" amarah kecil Darwish. Tangannya naik seakan mahu menekup mulut Intan.
"Habis tu apa jadi dekat Hannah?" tanya Intan dengan nada yang perlahan.
"Dia okay tak ada apa apa yang teruk pun.. cuma tu la time saya sampai tu dia dah macam lemah dah sebab kena cekik dengan si Danish tu"
"So macam mana dengan Danish?"
"Rasanya dah feel better kot"
Intan mengangguk kecil.
"Sayang"
"Ye?" sahut Intan dengan keningnya terangkat sebelah.
"Apa kata kita hantarkan Lydia duduk dekat sana" cadang Darwish.
Intan mengerutkan dahinya.
"Hantarkan Lydia dekat sana? Sana tu dekat mana?" soal Intan pelik.
"Dekat hospital"
"Hospital? Dah kenapa pulak nak hantarkan Lydia dekat hospital mental awak tu sayang? Lydia pun gila jugak ke?"
"Ishh bukan la sayang! Ke situ pulak dia fikirnya"
"Habis tu apa?"
"Tak macam ni.. saya rasa Danish tu akan feel better kalau Lydia tinggal dekat sana.. sebab saya tengok Danish macam boleh dengan Lydia je.. kalau dengan perempuan lain dia macam... entah tak tahu la saya nak cakap macam mana.. tapi apa yang saya tahu hanya Lydia je boleh kawal si Danish tu" jelas Darwish kepada Intan.
"Saya pun rasa macam tu jugak sayang.. tapi Lydia nak ke duduk kat sana? Takkan la Lydia nak tinggal dengan Danish sampai 2 tahun?"
"Saya rasa.. saya nak mempercepatkan la rawatan Danish tu.. supaya tarikh dia duduk kat sana dalam masa 5 bulan atau 7 bulan je.. 2 tahun ni macam lama sangat" ujar Darwish lalu bangun dari sisi katil itu.
"Saya setuju! Lagi cepat lagi bagus! Kan baby?" pintas Intan sambil mengusap lembut pada perutnya itu.
Darwish tersenyum tipis.
"Kalau macam tu saya pergi kerja dulu la.. rasanya Lydia dah bangun dah kot"
"Kalau macam tu jom la kita turun sekali"
"Jom"
꧁ꨄ𝓜𝓻. 𝓟𝓼𝔂𝓬𝓱𝓸 𝓗𝓾𝓼𝓫𝓪𝓷𝓭ꨄ꧂
"Jadi memperkenalkan boss baru kamu semua.. Nathan kenalkan diri kamu pada pekerja dekat sini" arah Helmi sebagai setiausaha di syarikat milik Danish itu.
Nathan mengangguk lalu membongkokkan badannya sedikit.
"Hai assalamualaikum, nama saya Nik Nathan Isaac. Kamu semua boleh panggil saya encik Nathan je"
"Okay jadi ni boss baru kamu selama 2 tahun dekat company ini ye.. sebab apa 2 tahun? Sebab dia hanya gantikan tuan Danish sahaja ye" jelas Helmi dengan senyuman manis kepada ke setiap pekerja di situ.
Pekerja disitu hanya menggangguk tanda faham.
"Okay kalau dah tak ad—"
"Tuan Danish pergi mana, encik Helmi?" tanya pekerja wanita yang bernama Isya Eldira itu kepada Helmi.
"Oh! Dia cuti buat masa sekarang ni.. kenapa dia cuti? Haa yang tu not your hal la eh" jawab Helmi bersama senyuman. Dia menggerling ke arah Nathan.
"Haa encik Nathan.. encik Nathan boleh pergi dekat bilik tuan Danish dekat sana tu eh? Minta maaf sebab tak boleh nak hantar encik Nathan dekat bilik tuan Danish sebabnya sekarang ni saya ada meeting" kata Helmi sambil menjuih bibirnya ke arah bilik Danish.
YOU ARE READING
Mr. Psycho Husband [✔︎]
Roman d'amourDANISH HAZIQ terlalu mencintai LYDIA MARISSA sampaikan dia sanggup menculik gadis itu dan jadikan isteri tanpa restu ibu bapa mereka. Disebabkan dia terlalu taksub dan tergila-gilakan gadis itu dia sanggup buat apa sahaja untuk dapatkan apa yang dia...