Mata Danish membulat kecil. Tidak percaya apa yang di keluarkan dari mulut Lydia.
"Apa yang kau mengarut ni sayang? Lepaskan kau?"
Lydia yang melihat Danish seperti tidak percaya dengan kata katanya itu perlahan lahan dia mengukir senyuman lalu tergelak kecil.
"Saya gurau je la. Jangan la serius sangat muka tu"
Nak marah tapi kena sabar.
Dengan itu, perlahan lahan Danish menjatuhkan tangannya dari terus memegang bahu Lydia.
"Tolong la jangan bergurau macam tu, Lydia"
Lydia hanya tertawa kecil. Anak mata milik Danish di pandang.
"Kalau awak tak sanggup kehilangan saya.. please control sikit awak punya kemarahan tu.. saya takut tau bila awak buat macam tu dekat saya tadi"
Danish tersenyum dan mengangguk kecil.
"Aku janji. Aku tak buat macam tu lagi dekat kau.. tapi kau kena janji dengan aku.. jangan rapat dengan jantan lain.. kecuali aku" kata Danish.
"Tapi, kalau saya berkawan dengan seorang lelaki ni boleh?" tanya Lydia lembut tidak lupa secalit senyuman terukir di bibirnya itu.
Danish yang mendengar perkataan 'lelaki' yang keluar dari mulut Lydia itu langsung wajahnya berubah dingin.
"Siapa jantan tu?"
"Ala sayang.. jangan la buat muka macam tu.. takut la saya.. jangan risau la sayang.. bukan si Ammar tu.. tapi Nathan boyfriend kawan baik saya tu, Dhia" jelas Lydia dengan sisa tawa.
"Kalau yang dah berpunya aku tak kisah sayang.. cuma yang tak berpunya lagi yang aku kisah"
"Dah la sayang.. saya nak naik atas.. nak mandi.. badan saya dah melekit lekit dah ni ha"
"Kita mandi sekali la eh?"
Laju sahaja bola mata Lydia memandang wajah Danish yang sudah tersenyum penuh makna ke arahnya itu. Fikirannya sudah tentu mencari alasan mahu mengelak permintaan dari suaminya.
"Eh jap.. bukan ke waktu awak kerja ke sekarang ni sayang?"
Danish hanya memandang sahaja wajah cuak Lydia sebelum dia mengangkat Lydia bergaya bridal style.
"Eh eh eh awak turunkan la saya!"
"Diam la sayang.. bagi aku tebus balik semua kesilapan aku hari ni" kata Danish yang sudah pun mula melangkah menuju ke arah anak tangga.
Lydia hanya akur sahaja sebelum tangannya naik melingkar di leher Danish. Sampai sahaja di tingkat dua itu Danish melangkah ke arah bilik.
Danish meletakkan Lydia di atas katil. Wajah Lydia sudah tentu gelabah semacam. Dia cuba mencari alasan untuk lari daripada Danish.
"Err.. awak.. saya rasaa.. saya lapar la pulak saya turun makan jap eh?" tipu Lydia yang mahu menggelak itu. Belum sempat Lydia melangkah ke arah pintu lengannya terlebih dahulu disambar oleh Danish.
"Kau nak lari sebenarnyakan sayang?" teka Danish dengan mendekatkan wajahnya ke arah Lydia. Lydia mengundur kepalanya ke belakang.
"Eh sayangg turunkan la saya.. saya tak nak mandi lagi laaa.. saya wangi lagi ni hah!" bentak Lydia apabila Danish mengangkat badannya bergaya bridal style buat kali kedua. Pening sungguh dengan si Lydia ni. Kejap busuk, kejap wangi.
"Kau busuk sebenarnya sayang"
"Eyy awak ni! jujur sangat tu!"
꧁ꨄ𝓜𝓻. 𝓟𝓼𝔂𝓬𝓱𝓸 𝓗𝓾𝓼𝓫𝓪𝓷𝓭ꨄ꧂
9:32 p.m.
"Sayang hari ni aku masak untuk kau eh?" kata Danish tiba-tiba.
"Eh boleh je.. asalkan dapur awak tu tak terbakar la bila awak mula masak" sindir Lydia dengan matanya tidak lepas memandang ke arah kaca tv yang sedang berlangsung itu.
"Ohh pandang orang sebelah mata eh? Okay okay tunggu sini aku pergi masak" balas Danish sebelum dia meloloskan tangannya dari merangkul di bahu Lydia lalu dia bangun dari sofa.
"Nanti siap aku panggil kau eh sayang?"
"Okay~"
Danish mula mengangkat kakinya melangkah ke arah dapur. Entah apa yang merasuk diri dia nak masak masak pulak hari ni.
Sedang Lydia tidak lepas memandang ke arah kaca tv yang sedang berlangsung itu tiba tiba Lydia terdengar loceng rumahnya berbunyi.
Ding Dong!
Perlahan lahan kepala Lydia menoleh ke arah pintu dengan mulutnya terlompong kecil. Siapa pulak datang rumah aku ni.
"Sayang kau bukakan pintu tu kejap!" laung Danish lantang dari dapur.
"Baik!" sahut Lydia dengan nada yang turut lantang memandangkan dia jauh dengan suaminya itu.
Lydia bangun dari sofa lalu dia melangkah ke arah pintu. Tangannya perlahan lahan naik mahu membuka tombol pintu. Sebaik sahaja pintu itu dibuka. Lydia melihat seorang lelaki dan seorang perempuan tersenyum manis buatnya. Mak ai handsome dan cantik~
"C..cari siapa ye?"
"Hai, nama saya Darwish Hakimi dan ini isteri saya Intan Zulaikha" kata Darwish sebelum tangannya naik merangkul bahu isterinya.
"Hai selamat berkenalan." Intan melambai kecil kepada Lydia lalu menghulurkan tangannya.
Lydia memandang lama huluan itu sebelum tangannya perlahan lahan naik menyambut huluan dari Intan.
"Saya Lydia Marissa isteri Danish." Lydia memperkenalkan dirinya kepada Darwish dan Intan sambil memandang Darwish dengan Intan bersilih ganti.
"Ouhh cantik nama" puji Darwish dan pujiannya itu di sokong oleh Intan.
Lydia tersenyum sebelum dia mengucap terima kasih kepada Darwish.
"Siapa datang sayang?" soal Danish sambil berjalan mendekati Lydia. Dia memandang Lydia terlebih dahulu sebelum matanya beralih ke arah Darwish dan kakak iparnya.
"Eh bang? K..kau buat apa kat sini?" soal Danish sambil memandang Darwish dan Intan bersilih ganti.
"Kot ye pun jemput la aku dengan isteri aku ni masuk dulu.. kaki ni dah lenguh dah ni" pintas Darwish.
"Eh eh maaf. Jemput la masuk" pelawa Lydia sambil tersengeh.
Darwish menjejak kakinya masuk ke dalam rumah milik adiknya. Sempat dia menggerling sekilas ke arah Danish dan berjalan menuju ke arah sofa.
Setelah memastikan Darwish dan Intan sudah melabuhkan punggung di sofa itu langsung Lydia menarik lengan Danish dan menuju ke arah dapur. Sampai sahaja di dapur itu perlahan lahan Lydia meleraikan tangannya dari memegang pergelangan tangan Danish.
"Siapa diorang awak?" tanya Lydia yang tidak lepas memandang ke arah Danish sebelum dia menggerling sekilas ke arah ruang tamu itu.
Danish mengeluh perlahan sebelum dia turut memandang ke arah ruang tamu.
"Dia abang aku dengan kakak ipar aku"
Dahi Lydia berkerut.
"Sejak bila dia ada abang? Kenapa masa weeding hari tu tak ada pun dia? Kalau mak ayah dia memang la dah tak ada. Tapi abang?"
Bersambung...
YOU ARE READING
Mr. Psycho Husband [✔︎]
RomansDANISH HAZIQ terlalu mencintai LYDIA MARISSA sampaikan dia sanggup menculik gadis itu dan jadikan isteri tanpa restu ibu bapa mereka. Disebabkan dia terlalu taksub dan tergila-gilakan gadis itu dia sanggup buat apa sahaja untuk dapatkan apa yang dia...