Pagi sudah menjelma. Sinaran matahari pula semakin lama semakin naik ke atas. Lydia yang baru sahaja selesai mengikat rambutnya itu terus berpaling ke arah Danish. Terlihat Danish masih lagi di buai mimpi.
Lydia melangkah ke arah katil sebelum dia melabuhkan punggungnya di sisi katil. Dada bidang milik Danish di tepuk perlahan.
"Sayang, bangun sayang.. awak cakap pagi ni nak sarapan dekat bawah kan?"
Danish mula mengeliat sebelum dia membuka matanya. Dengan itu, terpaparlah wajah berseri isterinya.
"Dah pukul berapa dah sekarang ni?"
"Dah nak masuk pukul 8:30 dah"
Danish mengangguk sebelum dia bangun dari baringannya. Dia menyandarkan dirinya di kepala katil.
Danish yang perasan Lydia yang mahu mengatakan sesuatu itu terus menarik tangan Lydia mendekatinya.
"Awak nak cakap apa sayang? Tiba tiba saya tengok awak gelisah semacam je ni?"
Lydia langsung berpaling ke arah Danish. Aduh macam mana pulak dia tahu?
"Erm sayang"
"Hm?"
"Awak betul betul kena pergi rawatan tu ke?" soal Lydia.
"Tak habis lagi? Heh! Sayang.. kan aku dah cakap.. kau boleh je pergi melawat aku hari hari dekat hospital tu? Kenapa? Kau takut nanti kau akan rindui kenangan-kenangan kita tidur bersama ke?"
"Kalau saya jawab ye?"
Danish mengukir senyuman. Pipi Lydia di usap lembut.
"Kau jangan risau la sayang.. kalau kau nak tidur sekali dengan aku dekat hospital tu pun aku okay je.. kalau kau nak melepaskan rindu kau kat aku la" kata Danish sambil menatap wajah polos Lydia.
"Kalau bolehh la kan.. saya nak tinggal kat sana terus je dengan awak selama 2 tahun tu.. tapi tak boleh.. ye la jarang doktor bagi orang luar tinggal situ sampai 2 tahun walaupun dia sihat tak sakit apa pun"
Danish yang mendengar kata kata Lydia itu hanya tersenyum tipis sebelum dia mendekatkan lagi dirinya ke arah Lydia.
"Aku nak kau janji dengan aku sayang.. semasa aku tinggal dekat hospital.. aku nak kau jaga mata dan jaga tingkah laku kau dan jangan lupa yang kau tu dah khawin.. bukan anak dara lagi. Faham?" pesan Danish.
"Ye, saya janji. Semua tu takkan berlaku lah sayang.. saya sedar yang saya ni dah khawin tambahn pula suami handsome macam awak" kata Lydia dengan senyuman lebarnya.
Danish ketawa kecil dengan balasan dari Lydia itu. Tiba tiba Danish mendekatkan wajahnya ke wajah Lydia.
"A..awak nak buat a-apa ni sayang?"
"Aku nak morning kiss"
"Tap—"
Ayat Lydia tergantung apabila Danish langsung mencium pipinya. Mata Lydia membulat kecil manakala Danish tidak lepas mencium pipi Lydia.
꧁ꨄ𝓜𝓻. 𝓟𝓼𝔂𝓬𝓱𝓸 𝓗𝓾𝓼𝓫𝓪𝓷𝓭ꨄ꧂
"Wah sayang! Awak masak waffle ke pagi ni?" seloroh Darwish lalu melabuhkan punggungnya di atas kerusi.
"Haah. Tiba tiba rasa mengidam nak makan waffle pula hari ni" balas Intan sambil mencalit sedikit coklat itu pada waffle.
"Mengidam?"
Intan yang mahu menyuap waffle ke dalam mulutnya itu terhenti. Dia memandang ke arah Darwish yang sudah kelihatan wajah yang penuh tanda tanya.
"Kenapa? Salah ke saya cakap macam tu?" soal Intan dan kembali menyuap waffle itu ke dalam mulutnya.
YOU ARE READING
Mr. Psycho Husband [✔︎]
RomanceDANISH HAZIQ terlalu mencintai LYDIA MARISSA sampaikan dia sanggup menculik gadis itu dan jadikan isteri tanpa restu ibu bapa mereka. Disebabkan dia terlalu taksub dan tergila-gilakan gadis itu dia sanggup buat apa sahaja untuk dapatkan apa yang dia...