Bab 12 - MR. PSYCHO HUSBAND

9.6K 248 74
                                    

Sinaran matahari telah menebus ke arah mata Lydia membuatkan dahi Lydia berkerut lalu dia mencapai telefon miliknya di atas meja lampu bersebelahan dengan katil.

7:13
Monday , 26 January

"Ermm dah pukul 7:13 pagi" kata Lydia kemudian mata memandang sekujur tubuh yang masih lagi dibuai mimpi disebelah dengannya itu. Lydia memusingkan badannya menghadap Danish sebelum tanganya naik mengusap lembut pada pipi milik Danish itu. Dia melihat ke setiap wajah lelaki itu sebelum dia mengucup sekilas pada pipi suaminya.

"Morning kiss dah bagi lepas ni jangan mengada nak minta lagi eh?"

Selepas sahaja berkata begitu Lydia bangun dari baringan tetapi belum sempat kakinya mahu mendarat di lantai Danish terlebih dahulu menarik lengan Lydia. Dengan itu, Lydia kembali ke posisi baring.

"Mana boleh bagi morning kiss masa aku tidur" kata Danish dengan suara serak basah. Tangannya mula naik melingkar dipinggang isterinya.

Lydia hanya mendiamkan diri sahaja membiarkan suaminya memeluk dirinya dengan erat.

Danish menatap lama wajah Lydia sebelum matanya terhenti pada leher milik Lydia.

"Nanti kalau kau nak keluar dengan Dhia ke apa.. kau cover sikit eh leher kau ni" pesan Danish selamba.

Membulat mata Lydia di buatnya. Baru dia teringat apa yang terjadi semalam. Dengan itu, laju sahaja Lydia menolak dada bidang milik Danish dan terus berdiri dan melangkah berlari ke arah bilik air.

Lydia menutup pintu lalu di kunci. Dia berjalan ke arah singki lalu mendongak sedikit kepalaya melihat lehernya di pantulan cermin itu.

"Aihhh tak pasal pasal kena cover dengan foundation" kata Lydia sendirian lalu melangkah ke arah tab mandi.




         ꧁ꨄ𝓜𝓻. 𝓟𝓼𝔂𝓬𝓱𝓸 𝓗𝓾𝓼𝓫𝓪𝓷𝓭ꨄ꧂




"Betul ni kau nak ikut aku pergi tempat kerja aku?" soal Danish. Ini dah kali keberapa Danish menanyakan Lydia dengan soalan yang sama.

Lydia menggulingkan matanya ke atas.

"Yee sayaaaaangg.. ni dah kali berapa dah awak tanya saya ni hah? Penat la nak jawab jawapan yang sama je" bentak Lydia.

"Ye la-ye la. Dah siap makan kan? Jom! Aku dah lewat nak masuk kerja ni" kata Danish. Dia bangun dari kerusi. Beg kerjanya dicapai dan melangkah menuju ke arah pintu.

"Dia tinggal aku macam tu je?" rungut Lydia yang tidak lepas melihat susuk tubuh Danish yang sudah melangkah keluar dari rumah itu.

Lydia mengeluh. Beg sandang yang berada di atas meja dicapai dengan kasar lalu berlari kecil ke arah pintu.

Situasi sekarang ini mereka berada di dalam kereta. Hanya radio sahaja bersuara. Lydia melemparkan pandangan ke arah luar tingkap.

"Sampai je kat pejabat nanti aku kena terus ke bilik mesyuarat.. nanti kau masuk je la bilik aku tu" pesan Danish kepada Lydia.

Lydia yang melemparkan pandangan di luar tingkap itu perlahan lahan memandang ke arah Danish disebelahnya.

"Okay. Tapi bilik awak dekat mana? Saya tak tahu"

"Nanti kau tanya la pekerja yang jaga dekat kaunter tu.. tanya dekat mana bilik aku"

"Kalau awak temankan saya tak boleh ke?"

"Tak boleh sayang. Sebab aku dah lambat"

Lydia mencebik.

"Hurm ye laaa"




Mr. Psycho Husband [✔︎]Where stories live. Discover now