Lydia merenung tajam ke arah Danish sebelum dia menarik nafas dah hembus perlahan.
"Cakap cepat."
Danish melabuhkan punggungnya di lantai manakala Lydia di sisi atas katil. Tangan Lydia di genggam.
"Aku bukan nak tinggalkan kau macam mana yang kau sangka kan tu sayang.. aku tak nak pergi hospital ambil rawatan tu.. tapi abang Darwish yang paksa aku ambil rawatan tu.. dia cakap rawatan tu untuk kebaikan aku jugak.. untuk aku hidup normal macam orang lain.. kau pun mesti tak suka kan kalau aku berkasar dengan kau bila aku nampak kau bercakap dengan lelaki lain even tu kawan baik kau ke apa ke kan? Dan aku tak suka kalau orang yang aku sayang terluka ataupun sakit disebabkan aku. And also sebelum kau tinggal dengan aku.. abang Darwish dah daftarkan aku untuk rawatan tu dan aku akan ditahan selama 2 tahun dekat hospital" jelas Danish sambil bermain jari jemari Lydia.
Lydia yang masam mencuka sambil melemparkan pandangan ke arah lain itu perlahan lahan kepalanya memandang Danish apabila dia mendengar perjelasan dari suaminya itu.
"A..apa? 2 tahun?"
Dansish mengangguk .
"J..jadi awak akan tinggalkan saya selama 2 tahun? M..macan tu?"
Sekali lagi Danish mengangguk.
"Tapi kau boleh je sayang datang melawat aku.. hari hari pun boleh"
Lydia diamkan diri. Dia hanya membiarkan sahaja air matanya itu jatuh membasahi pipi.
"Sayang kau jangan la macam ni.. aku sakit tau bila tengok kau menangis macam ni.. 2 tahun je sayang.. tak lama pun" pujuk Danish lalu memeluk Lydia erat.
"T..tak lama awak cakap? Tapi bagi saya lama sayang"
"Kau sayang aku tak sayang?"
Lydia yang menangis di bahu Danish itu terus mengangkat kepalanya memandang Danish dengan dahi berkerut.
"Soalan apa awak tanya ni sayang? Kalau saya tak sayangkan awak.. tak adanya saya menangis macam ni ha" bentak kecil Lydia sebelum tangannya naik memukul kecil pada dada bidang milik Danish itu.
"Kalau kau sayangkan aku.. dah la nangis.. aku tak suka la tengok kau menangis macam ni"
Lydia mencebik lalu dia meredakan tangisannya sambil mengelapkan air matanya menggunakan hujung lengan baju.
"Ha macam tu la.. dah tak payah menangis dah.. tak comel tahu tak"
Lydia menggulingkan matanya. Wajah suaminya di pandang kembali.
"Bila awak pergi rawatan tu?"
"1 hari bulan 12"
Lydia menganggukkan lalu bangun dari sisi katil.
"Eh sayang kau nak pergi mana?" soal Danish sambil memegang pergelangan tangan Lydia.
"Nak mandi la.. tadi tak jadi sebab saya tertinggal pembersih muka saya kat dalam beg.. lepas tu dengar awak berbual pasal rawatan tu dengan abang Darwish.. jadi saya curi curi dengar la" balas Lydia.
Danish mengangguk faham sebelum dia turut bangun dari sisi katil itu.
"Kalau macam tu.. kita mandi sekali la sayang?"
Lydia menayang wajah menjengkel.
"Eee tak nak lahh!"
"La kenapa?"
"Tak tahu. Tapi saya tak nak!"
"Alaa boleh la sayang.."
"Tak nakkk!" Lydia mula barlari masuk ke dalam bilik air lalu menguncinya.
YOU ARE READING
Mr. Psycho Husband [✔︎]
RomanceDANISH HAZIQ terlalu mencintai LYDIA MARISSA sampaikan dia sanggup menculik gadis itu dan jadikan isteri tanpa restu ibu bapa mereka. Disebabkan dia terlalu taksub dan tergila-gilakan gadis itu dia sanggup buat apa sahaja untuk dapatkan apa yang dia...