Selesai sahaja Intan mengikat rambutnya dia terus melangkah keluar dari bilik dan menuju ke arah tangga.
Sampai sahaja anak tangga terakhir itu dia terhidu bau yang sangat wangi. Bau itu datang dari arah dapur. Dia mengatur langkah menuju ke arah dapur.
"Wahh sedapnya bau.. Lydia masak apa ni?" tanya Intan dan dia melabuhkan punggungnya di kerusi.
"Eh akak, terkejut Lydia. Tak ada la Lydia masak simple simple je pagi ni" jawab Lydia lalu turut melabuhkan punggungnya di kerusi berhadapan dengan Intan itu.
"Wahhh nampak sedap je.. boleh akak makan sekarang?"
"Eh makan lahh.. tapi abang Darwish mana?" tanya Lydia dengan bola matanya meliar liar mencari kelibat Darwish ke arah tangga itu.
"Ouh dia dah awal pagi dah pergi kerja.. katanya ada emergensi dekat hospital tu" balas Intan.
Lydia mengangguk tanda faham. Setelah itu hanya kedengaran sudu berlaga dengan pinggan sahaja di dapur itu. Lydia memandang ke arah Intan.
"Em akak, hari ni akak ada nak pergi mana mana ke?" soal Lydia sambil melihat Intan yang selera makan di hadapannya itu.
"Erm rasanya tak kot.. sebab akak nak rehat la hari ni"
"Ouh kalau macam tu.. boleh tak Lydia nak kemaskan rumah akak ni sikit? Bukan apa.. saja nak exercise kan badan ni" pinta Lydia dengan secalit senyuman pada bibirnya.
"Eh eh tak payah la, Lydia! Akak suruh awak tinggal dekat sini je.. bukannya jadi maid dekat rumah akak ni" halang Intan dengan lembut.
"Tapi kalau tak buat apa apa.. bosan jugak akak"
"Halahh kalau bosan.. kita lepak la dekat luar rumah sana tu.. sambil minum ke apa ke eh?"
"Tapi Lydia nak kemas jugak sikit sikit" kata Lydia yang seakan tidak mahu mengalah itu.
Intan mengeluh lalu mengukir senyuman kecil.
"Ye la Lydia"
Dapat sahaja kebenaran dari Intan itu terus Lydia mengukir senyuman kesenangan.
꧁ꨄ𝓜𝓻. 𝓟𝓼𝔂𝓬𝓱𝓸 𝓗𝓾𝓼𝓫𝓪𝓷𝓭ꨄ꧂
Darwish melangkah masuk ke dalam bilik adiknya. Terlihat Danish sedang termenung ke arah luar jendela. Dia melangkah mendekati Danish dengan membawa seorang doktor di belakangnya.
"Danish, ni la doktor yang rawat kau tu" kata Darwish sambil menundingkan jarinya kepada doktor itu.
Danish yang sedang melemparkan pandangan ke arah luar jendela bilik itu perlahan lahan menoleh kebelakang memandang ke arah abangnya sebelum matanya beralih ke arah seorang gadis di sebelah dengan abangnya itu.
Danish mengeluh kasar.
"Aku dah cakap.. aku tak nak perempuan yang rawat aku.. kau tak faham ke?" bentak Danish dingin lalu kembali memandang ke arah luar jendela.
Darwish merengus kesal lalu memandang ke arah gadis di sebelah dengannya itu.
"Hannah, saya rasa awak kena biasakan diri awak dekat sini.. pesakit yang saya suruh awak uruskan ni susah sikit.. tapi awak cuba la sedaya upaya awak tu ye? Kalau dia ada nak cederakan awak terus report dekat saya dan jangan lupa status dia" jelas Darwish kepada Hannah yang sejak dari tadi tidak lepas memerhati ke arah Danish.
"Status? Status apa?"
"Awak lupa eh? Dia dah khawin.. jadi saya nak awak jaga sikit batas awak sebagai orang luar" pesan Darwish dengan nada yang lembut.
YOU ARE READING
Mr. Psycho Husband [✔︎]
RomanceDANISH HAZIQ terlalu mencintai LYDIA MARISSA sampaikan dia sanggup menculik gadis itu dan jadikan isteri tanpa restu ibu bapa mereka. Disebabkan dia terlalu taksub dan tergila-gilakan gadis itu dia sanggup buat apa sahaja untuk dapatkan apa yang dia...