"RAFASYA ZURAIR!" terpekik Haura tatkala lelaki yang bernama Rafasya itu menconteng slip keputusan SPMnya.
Sudahlah keputusannya terlalu sempurna untuk diconteng! Tak guna punya kawan.
Terkekeh-kekeh Rafasya tergelak sambil dia berlari menyelamatkan diri. Dia paling suka bila dapat mengusik Haura Alessandra. Gadis itu selalu sahaja tidak menunjukkan emosinya, jadi sekali-sekala dia kena buat hal juga agar dapat memastikan dia berkawan dengan manusia dan bukannya patung cendana.
"Kau menunjuk lagi result straight A's tu. Padan muka," sempat Rafasya melaung dari tempatnya berdiri yang sudah pun beberapa meter jauh dari Haura.
"Eh yang kau nak cemburu tu kenapa? Result kau pun sama macam aku, kan?" Tak puas hati Haura membalas. Kalau dia dapat menconteng keputusan SPM Rafasya adillah juga.
Ini dia larikan diri sudah!
Rafasya mencebikkan bibirnya, "Tapi kau ada banyak A+. Kira better daripada akulah,"
Mendengar ayat itu, Haura tiba-tiba teringatkan sesuatu. "Wait— so does this means aku menang war kita? OH MY GOD I KNEW IT I AM SMARTER THAN YOU!" penuh bangga kata-kata itu meniti bibirnya.
Melopong mulut Rafasya tatkala dia baru tersedar akan janji mereka beberapa tahun yang lepas.
Ya, selama mereka di alam sekolah menengah, Rafasya dan Haura tidak serik berperang tentang markah peperiksaan mereka. Jika Rafasya tidak dapat tempat pertama, Haura akan mengambil alih tempatnya dan begitulah sebaliknya.
Telah banyak kali mereka mengundang sakit kepala kepada setiap guru matapelajaran mereka kerana berperang tentang jawapan siapa yang lebih tepat; lebih-lebih lagi matapelajaran Matematik Tambahan!
Guru-guru mereka sudah lali dengan perangai suka membanding markah yang tersemat rapi dalam diri masing-masing.
Namun, banyak mana mereka bergaduh mulut, mereka masih lagi kawan baik. Rafasya dan Haura selalu menghabiskan waktu mereka dengan belajar bersama. Tak pun sokong satu sama lain buat kerja gila.
Kerja paling gila diorang pernah buat adalah menjawab 50 soalan matematik tambahan dalam masa 5 jam! Dan 5 jam selepas itu mereka bertengkar pasal jawapan— seperti hari-hari biasa.
"Aless, kira bersyukurlah rezeki aku banyak ni je," Rafasya cuba untuk menjaga maruahnya. Malu bila kalah peperangan dengan perempuan ni!
Haura melepaskan tawa sinisnya, "ala, accept jelah kau kalah. Ni baru SPM, banyak benda lagi kita nak berperang luar sana. Relaks, kau ada masa untuk menang lagi. Itu pun kalau aku benarkan lah," angkuh ayat itu keluar dari mulut gadis itu.
Sekali lagi, Rafasya mencebikkan bibirnya. "Kau cakap macam next time kita akan jumpa lagi,"
"Who knows, mungkin kita dah ditakdirkan untuk sentiasa jadi partner. Kita mungkin akan bertemu lagi," positif Haura membalas. Dia paling tak suka bila suasana tengah bahagia tiba-tiba menjadi muram.
Kalau ya pun nak tukar mood, bagilah amaran dulu ke.
"Aless, kau ingat apa janji kita sebulan sebelum trial haritu?"
Berkerut dahi gadis itu. Dia tak berapa nak ingat akan janji yang mereka telah buat. Setahunya, satu-satunya janji yang mereka telah buat adalah—
"OH yang by 30's if kita dua masih single, kau nak masuk minang aku?"
Cepat-cepat Rafasya mengangguk.
"Ya, aku masih berpegang pada janji tu. We have 12 years left,"
"Mungkin tak terjadi kot, aku kan cantik. Bijak pula tu, mesti ramai yang nak masuk pinang aku," menyempat Haura mengangkat bakulnya sendiri. Wajah bangga turut sama dia tayangkan.
Mana tidaknya, dia ada darah kacukan British. Semestinya wajah cantik ala-ala Miss Universe mewarisi genetiknya.
Rafasya membuat muka jijik. Ni kalau bukan sebab dia malas mahu mendekati Haura, dah lama dia sekeh kepala gadis itu. Ada-ada je!
"Bukan masalah ada orang masuk pinang kau ke tidak, aku takut kau je yang tolak pinangan semua orang sebab tunggu prince charming macam aku untuk masuk meminang," Rafasya tidak betah! Kalau Haura mampu memuji diri sendiri, dia pun sama.
Ego masing-masing tak mahu kalah!
Tawa sinis sekali lagi meniti bibir Haura, "kau? Prince charming? Hey kalau kau tu Hwang Hyunjin bolehlah aku nak setuju. Ini muka macam kena seret atas tar!"
Rafasya membuat muka tidak puas hati. Ada hati cakap muka handsome dia yang ala-ala orang Korea ni macam muka kena seret atas jalan tar? Amboi mulut sedapnya!
"Dah tu kau ingat kau tu lawa macam Jang Wonyoung ke sampai tahap Hwang Hyunjin kau nak. Hwang Hyunjin celup boleh lah."
"Tak sekarang ni kau nak sampai standard Hwang Hyunjin pun teramatlah jauh beza. Bukan celup dah ni."
"HAURA ALESSANDRA!"
》》》 Bersambung 《《《
YOU ARE READING
Sekuntum
RomanceTipikal best friend buat perjanjian. By ____ if kau tak kahwin lagi, aku pun tak kahwin lagi, kita kahwin dua. Perjanjian yang dibuat main-main itu menjadi kenyataan buat mereka dengan alasan yang agak... tidak munasabah. 1. Tiada masa untuk menca...