Bab 28

16 2 0
                                    

Petang itu, Rafasya menerima mesej daripada Haura.

My blossom <3

Raf, harini aku kena tolong member
join misi.

Aku balik lambat sikit, sorry

Dia tersenyum sendiri. Isterinya seorang itu tidak pernah lupa untuk memaklum kepadanya jika dia terpaksa balik lewat atau ada kerja lebih yang perlu dilakukan. Padahal isterinya sendiri yang letak syarat suruh benarkan sahaja keluar tanpa meminta izin.

Tak pernah sekelumit rasa curiga dirasai setiap kali Haura keluar tanpa memberitahunya. Dia percayakan isterinya sepenuhnya, sebagaimana isterinya mempercayai dirinya.

Alright blossom, jaga diri

Telefon disimpan ke dalam poket kembali. Komputer riba yang dibuka sejak tadi lagi ditilik semula.

Skrin komputer ditatap. Tiba-tiba sahaja konversasi antara dia dengan Khaleeq tengah hari tadi menerjah masuk dalam mindanya.

"Semuanya lakonan sahaja,"

Ayat yang dia sendiri tuturkan. Namun, dia rasa ragu-ragu. Telefon yang disimpan itu diambil semula, mesej dia bersama Haura dibaca sekali lagi.

Semua mesej dia... nampak ikhlas. Tapi, dia pasti, selama ini, semuanya hanya lakonan sahaja.

Bibirnya diketap. Bingung dengan rasa hati, dan tingkah laku diri sendiri.

"Ah, lepas ni lah fikir," monolognya. Tugas yang terbantut sebentar tadi segera disambung.

Segala isi dan detail dalam laporan itu diperhatikan dan ditaip dengan penuh teliti. Dia tak mungkin akan siapkan tugas secara cikai-cikai je.

"Detektif," sapaan dari salah seorang pegawai disitu membuatkannya segera mendongak memandang punca suara tersebut.

"Ya?"

Pegawai itu seperti melepaskan nafas yang berat sebelum menghulurkan sebuah fail berwarna coklat kepada Rafasya.

Rafasya menerima fail itu tanpa banyak tanya. Isi dalam fail itu dilihat, laporan kes kebocoran paip gas disebuah kilang yang mengorbankan 3 orang pekerja kilang.

Beberapa anggota polis dikerahkan untuk menyiasat jenayah kebocoran tersebut setelah mendapat makluman daripada pihak Bomba dan Penyelamat bahawa punca kebocoran itu disengajakan.

Pakar forensik juga turun untuk mengkaji punca kematian, sama ada disebabkan oleh kebocoran tersebut atau kebocoran itu hanyalah untuk menutup punca kematian mereka.

Dan salah seorang pakar forensik yang tersenarai adalah Haura Alessandra, isterinya.

"Kenapa bagi aku fail ni?" Rafasya segera bertanya. Hairan tiba-tiba sahaja dia mendapat fail tersebut.

Dia sudah sedia maklum akan kes tersebut dan inspektor yang sertai siasatan itu adalah Tuan Daniel sendiri. Tapi, pakar forensik yang sertai misi itu baru sahaja diketahuinya.

Semoga isterinya itu berada dalam keadaan yang selamat.

"Arahan Tuan Daniel. Aku tak tahu kenapa juga," maklum pegawai tersebut.

SekuntumWhere stories live. Discover now