Bab 12

27 1 0
                                    

Empat minggu masa yang mereka ambil untuk membuat persiapan, empat minggu itu juga mereka tidak bersua mata. Kata Rafasya, biarkan segalanya menjadi surprise. Spa, salon, manicures, semuanya dijadikan sebagai rahsia.

Selama empat minggu itu juga, Haura tidak dapat meluangkan banyak masa untuk membantu mamanya melakukan persiapan. Semakin dekat dengan tarikh pernikahan, semakin banyak kerja yang dia dapat. Dia reda asalkan dia dapat minta cuti seminggu untuk persiapan terakhir sebelum nikah dan cuti selepas nikah.

Hari ini, dia akan sah bergelar isteri kepada Rafasya Zurair, kawan rapat yang selalu menjadi saingan dalam bidang akademik. Tak sangka, tempoh empat minggu itu terasa begitu kejap untuk Haura.

Buat masa sekarang, muka Haura sedang disolek oleh jurusolek yang ditempah oleh Puan Inaya. Stylist tudung dia juga telah pun sampai, menunggu giliran untuk memakaikan tudung kepada Haura.

Walaupun dia masih tidak berhijab, dia membuat pilihan untuk memakai tudung pada hari akad nikah dan persandingan. Ini dapat memudahkan kerjanya sekiranya dia berniat untuk berhijab selepas nikah nanti. Sekurang-kurangnya gambar nikah mereka tidak perlu disorok atau dibuat baru.

Lagipun, bertudung nampak lebih manis dan sedap mata memandang.

"Amboi, bukan main termenung eh," teguran Ailaa yang sibuk mengambil gambar Haura dari tadi itu menarik perhatian bakal pengantin tersebut.

Haura tersenyum kecil. Dia tidak dapat membuka mulut lagi kerana tidak mahu solekan pada bahagian mulutnya crack.

Snap!

Gambar Haura senyum sempat ditangkap oleh Ailaa. Tersengih bahagia gadis itu. Jarang dia dapat gambar candid Haura. Ada satu pun dia sudah bersyukur.

Sejam setengah masa yang diambil untuk dia bersiap. Cukup-cukup masa sebelum pengantin lelaki tiba.

Perlahan-lahan, Haura berdiri menghadap Ailaa. Senyuman sekilas menjadi penghias wajah gadis itu. Dia tak rasa berdebar, tapi dia rasa kosong. Macam tak dapat percaya dengan realiti bahawa dia akan menjadi isteri orang yang sah tak lama lagi.

Ya Allah, semoga semuanya berjalan lancar.

"Cuba senyum sikit, kalau gugup pun janganlah bermasam muka," komen Ailaa. Kamera digital dalam tangan tidak dilepaskan sejak kali pertama dia pegang kamera itu. Rasanya sudah penuh kamera itu dengan gambar Haura bersiap sahaja.

"What if aku menyesal kahwin dengan dia," tanpa sedar, Haura menyebut kerisauan dalam hatinya dengan begitu kuat. Kuat sehinggakan jurusolek yang sudah pun ingin keluar dari bilik tersebut juga dengar.

"Kau kenal dia lama dah Haura. In Shaa Allah, everything will be fine," Ailaa memberi kata-kata semangat. Dia tak berapa kenal dengan lelaki yang bernama Rafasya itu tapi dia tahu serba sedikit latar belakang lelaki itu.

Bila dapat tahu Haura akan berkahwin dengan kawan baiknya, dia pula yang teruja. Tak sangka juga jodoh mereka kuat walaupun telah lama terpisah.

"Pengantin perempuan boleh turun sekarang, pengantin lelaki dah sampai," panggilan tersebut membuatkan Haura berpaling ke arah Ailaa serta merta. Riak berdebar jelas terpacar di wajah manis Haura yang telah disolek kemas.

"Kau anggap macam jumpa member je lepasni," nasihat Ailaa.

"Bolehlah kau cakap macamtu, kau tak kahwin lagi," pantas sahaja mulut Haura membalas.

Ailaa tersengih. Ada betulnya juga.

Dia berjalan mendekati Haura, tangan gadis itu digenggam kemas, menyalurkan semangat kepada rakan karibnya. "Selawat banyak-banyak," pesan Ailaa.

SekuntumWhere stories live. Discover now