Bab 31

14 2 0
                                    

Terpisat-pisat Haura menenyeh matanya setelah dia sedar daripada tidur yang lama. Lebih kurang 10 jam dirinya 'pengsan' kembali.

Matahari sudah pun menukar posisinya dengan bulan. Suasana cerah pagi tadi bertukar menjadi gelap waktu malam. Awan tidak lagi kelihatan, kini bintang yang berselerak di dada langit.

Seperti ketika dia bangun sebentar tadi, matanya meliar di sekeliling wad tersebut. Cuba memproses suasana persekitarannya, mencari perbezaan dengan waktu pagi tadi.

Tak ada yang berbeza, dia masih berseorangan. Tiada satu individu pun yang ada di sisinya. Tiada seorang pun yang sanggup menunggu sehingga dia sedar kembali. Atau mungkin, seseorang itu telah pun pulang, mengenangkan dia mengambil masa yang lama untuk sedar.

Ada secebis rasa kecewa dalam hatinya. Dan selebihnya, dia sudah mengagak perkara sebegitu akan terjadi. Dia tidak berharap, dan tak pula dia ingin berharap akan sesuatu yang tidak pasti.

Mata dijatuhkan pada meja makan dihadapanya. Bakul buah yang terletak elok tengah hari tadi seperti sudah terusik sedikit. Tak ada perbezaan yang jelas, hanya terkesot ke kiri. Bekal yang ada disitu pada pagi tadi sudah pun tiada ditempatnya.

Ada sebuah pinggan dan sebilah pisau yang menggantikan tempat bekal tersebut. Haura tertanya-tanya siapa yang meletakkan dua barang tersebut disitu.

Mungkin sahabatnya, mungkin mamanya, mungkin ibu mertuanya atau mungkin... suaminya.

Bunyi pintu wad dikuak itu menyentakkan Haura daripada lamunannya. Bunyi derapan tapak kaki yang sayup tetapi padat itu bergema disegenap ruang wad tersebut.

Bunyi itu menarik perhatian Haura.

Tak lama kemudian, muncul figura seseorang yang dia tak tahu patut dia rasa terkejut atau bersyukur.

Rafasya Zurair.

Masih lagi dalam pakaian kerja. Lengan kemeja disinsing paras siku, tali leher sudah pun dilonggarkan dan lanyard yang selalu dipakai tidak kelihatan. Dalam tangannya ada satu beg plastik mengandungi bekal makanan dan satu botol air mineral.

Perlahan-lahan, Haura mengalihkan anak mata untuk memandang ke wajah Rafasya. Air mukanya tampak penat, ada eyebag dibawah matanya dan bibirnya nampak pucat.

Dia nampak masih terurus, tapi tidak sekemas yang selalu.

Apabila mereka bertatapan mata, mata Rafasya membuntang. Jelas ekspresi terkejut yang terpapar diwajahnya. Tak lama dia bereaksi sebegitu, segera bibirnya menguntum senyuman.

"Alhamdulillah ya Allah, Haura dah sedar," pantas kakinya melangkah mendekati katil Haura. Makanan yang dibawa tadi diletakkan diatas meja makan isterinya.

Tangan Haura yang tidak menjadi mangsa jarum IV itu dicapai lalu digenggam erat. "Haura nak apa-apa? Nak panggil doktor? Atau Haura nak makan dulu?" Bertubi-tubi soalan yang ditanya.

Haura diam. Oxygen mask masih lagi tersarung di hidung dan mulutnya. Dia tidak ada tenaga untuk bersuara ketika itu.

Hanya pandangan mata sahaja yang dia berikan pada suaminya.

Hampa. Rafasya tak dapat tafsirkan pandangan mata itu. "Haura tak larat nak bercakap lagi ye?" Haura dapat rasakan, ada intonasi yang menandakan suaminya merisaukan keadaan dia.

A tone that indicates he cares about her.

Anggukan sahaja yang dia balas.

"I'll call the doctor then," Rafasya membuat keputusan sendiri. Haura tidak membantah keputusan itu.

SekuntumWhere stories live. Discover now