"Tuan, saya dapat laporan kematian mangsa dua hari yang lepas adalah disebabkan satu pil yang tidak dikenalpasti. Dan mangsa yang meninggal dunia adalah mangsa rogol," laporan yang dibuat Khaleeq Akasya kepada inspektor yang bertugas dengannya mendapat perhatian Rafasya.
"Pil yang tidak dikenalpasti? Apa ciri-ciri pil tersebut?" Inspektor itu bertanya. Laporan bedah siasat yang berada di dalam tangan Khaleeq diambil.
"Berdasarkan laporan, pil itu dalam bentuk kapsul dan kapsulnya berwarna merah putih," terang Khaleeq dengan ilmu yang ada.
"Pendapat pakar forensik?"
"Doktor Haura cakap kemungkinan pil itu digunakan kepada mangsa rogol untuk menutup bukti mereka dirogol dan mati dalam keadaan 'natural death',"
"Tapi, pendapat Doktor Haura yang lain pula, dia cakap pil tu masih newly-developed dan pil itu digunakan kepada mangsa rogol untuk dijadikan bahan uji kaji. Maksudnya, usage sebenar pil itu masih tak dapat dikenalpasti," sambung Khaleeq panjang lebar.
Berkerut dahi Rafasya mendengar apa yang Khaleeq katakan. Ada dua kemungkinan dan dari seorang doktor sahaja? Dia tak berbincang dengan doktor lain?
Inspektor itu terangguk-angguk mendengar penerangan Khaleeq. "Identiti perogol?"
Khaleeq menggelengkan kepalanya. "Tak dapat dikenalpasti. Highly likely foreigners,"
"Pelancong asing? Jadi ada kemungkinan pil tersebut bukan dari Malaysia?" Inspektor itu membuat spekulasi.
Kali ini, Khaleeq menganggukkan kepalanya. "Buat masa sekarang, Doktor Haura dan Puan Ailaa masih lagi tengah menyiasat isi yang terkandung dalam pil tersebut dan bagaimana pil itu mampu menyerang sistem jantung manusia,"
"Can we consider this as our new threat?" Sampuk Tuan Daniel Mukhriz yang juga memasang telinga sejak tadi seperti Rafasya.
Tergamam juga Rafasya bila dia dapat tahu Tuan Daniel juga memasang telinga. Dari jauh, dia nampak seperti lelaki itu tengah sibuk menyemak fail-fail siasatan. Mata pandang ke lain, telinga ke lain betul.
"As of now, kita kena berhati-hati dulu," putus Khaleeq. Dia pun tak tahu lagi sejauh mana penjenayah atau pencipta pil itu ingin mencemarkan tangan mereka.
Mungkin sampai situ sahaja motif mereka, iaitu membunuh mangsa rogol.
Mungkin, motif awal hanyalah untuk dijual di pasaran gelap dan kegunaannya terpulang kepada si pembeli.
Mungkin juga mereka ada motif yang lebih daripada itu, seperti menyasarkan kejatuhan orang-orang ternama.
Semuanya ada kemungkinan. Selagi pakar pun tak dapat kenalpasti pil tersebut, selagi itu mereka tak boleh buat teori konspirasi.
Tengah sibuk Rafasya berfikir akan kemungkinan tersebut, telefonnya berdeting menandakan ada notifikasi yang masuk. Nama yang menghantar WhatsApp kepadanya dipandang sekilas.
Syurgaku
Cepat-cepat dia membuka aplikasi tersebut dan membaca mesej yang dihantar daripada ibunya.
Assalamualaikum, abang
Tengah kerja ke?
Ibu nak tanya, bila kamu nak
bawa Haura jumpa ibu?Sambil-sambil tu bertunang terus
Kalau Haura setuju nak bertunang
tanpa majlis lahRafasya tersengih kecil membaca mesej terakhir ibunya. Rasanya Haura tu lagi bahagia kalau majlis tunang tak ada. Dia tahu Haura tidak sukakan perhatian orang ramai. Walaupun kadang perangai dia yang mengundang perhatian orang.
YOU ARE READING
Sekuntum
RomanceTipikal best friend buat perjanjian. By ____ if kau tak kahwin lagi, aku pun tak kahwin lagi, kita kahwin dua. Perjanjian yang dibuat main-main itu menjadi kenyataan buat mereka dengan alasan yang agak... tidak munasabah. 1. Tiada masa untuk menca...