Bab 27

20 2 0
                                    

Kerusi di hadapan Khaleeq Akasyaf ditarik lalu dilabuhkan punggungnya di atas kerusi tersebut. Beberapa saat kemudian, seorang pelayan sampai di meja mereka. Pesanan yang ringkas dibuat.

Setelah pelayan itu pergi, barulah mereka membuka mulut untuk berbicara apa-apa sahaja yang ingin dibincangkan.

"Kenapa kau ajak aku datang sini?" Khaleeq yang memulakan perbicaraan terlebih dahulu. Dia tertanya kenapa pada waktu tengah hari itulah Rafasya ingin berjumpanya. Macam terlalu awal untuk mereka membincangkan kes, lagi-lagi waktu itu dikira waktu bekerja.

Entah bagaimanalah Rafasya minta pengecualian sementara dengan orang atasan.

"Orang atasan dah tak mahu bagi aku kes berkaitan jenayah lagi," rasa pahit ayat itu berbunyi pada lidahnya. Dia tidak mengadu, tidak pula dia merungut. Dia hanya menyuarakan apa yang hatinya inginkan. Intonasi itu keluar beserta dengan perasaan yang dipendam.

Khaleeq jeda mendengar ayat tersebut. Dahinya berkerut, seperti memikirkan apa kemungkinan yang menyebabkan orang atasan membuat keputusan sebegitu.

Sehinggalah, dia jumpa satu sebab. Sebab yang paling kukuh diantara kemungkinan-kemungkinan yang lain. "Kau bertindak melulu lagi?" Tanpa serba salah Khaleeq menuturkan soalannya.

Rafasya menarik muka tak puas hati mendengar soalan tersebut. Tepat pada sasaran.

"Kenapa kau letak lagi?" Jika boleh, dia tak nak mengaku yang dia pernah bertindak sebegitu sebelum ini.

"Sebab the last time I remember, kau risking nyawa mangsa," terasa sinis nada yang Khaleeq berikan.

Terdiam Rafasya mendengar jawapan itu. Dia lupa, misi sebelum ini Khaleeq ada bersamanya. Siap memberi amaran kepadanya lagi.

"I was just wanna lure his partner out," mulutnya dimuncungkan sedikit. Macam kanak-kanak 5 tahun merajuk sebab tak dapat aiskrim!

"You are risking your life now? Kenapa? Tak sayang diri dah?" Kening dijongketkan, menanti jawapan yang akan meniti di bibir rakannya.

"Dah sejak bila pula aku sayang nyawa aku?" Soalan dibalas dengan soalan. Dia bukanlah tak sayang sampai nak bunuh diri, tapi sekurang-kurangnya dia rela korbankan diri untuk selesaikan misi. Walaupun akhirnya, mungkin misi itu tidak akan selesai juga.

Khaleeq menjeling Rafasya dengan jelingan tajam, dia sudah agak itu jawapan sahabatnya. "Dah tu, kau dah tak sayang isteri kau?" Pertanyaan diteruskan.

Mendengar pertanyaan itu, Rafasya diam seketika. Dia membuang pandangan ke sisi, bersama senyuman pahit dibibirnya.

"Kau nampak macam aku dah sayang dia ke?"

Curiga Khaleeq tatkala dia mendengar pertanyaan tersebut, "clearly, unless you stated otherwise,"

Makin melebar senyuman pahit itu, "ah, good news i presume,"

"Maksud kau?" Kening dijongketkan.

"Lakonan aku berjaya," datar sahaja ayat itu berbunyi di lidah Rafasya.

Berkerut dahi Khaleeq mendengar ayat tersebut. Dia tak faham situasi. "What?"

"Aku tak tahulah nak cakap macam mana. All I know is, I believe with the quote, fake it till you make it," senyuman penyedap hati menghiasi wajahnya.

Hanya untuk sedapkan hatinya yang rasa gelisah ketika dia menyebut ayat tersebut. Dia rasa... serba salah. Uncertain.

"I have no comment on your part," itu sahaja yang Khaleeq mampu balas. Dia tak ada pengalaman, tak pula dia arif dalam perkara-perkara sebegitu.

SekuntumWhere stories live. Discover now