Bab 34

16 2 0
                                    

Gugusan kunci digantung pada tempat sepatutnya setelah dia melangkah masuk ke dalam rumah.

Dia melangkah longlai ke arah sofa. Sempat matanya mengerling sekilas ke arah tudung saji yang ada diatas kaunter dapur sebelum badan direbahkan ke atas sofa.

Dibawah tudung saji itu terhidang nasi lemak sambal sotong kegemaran Haura. Dia sudah rancang sejak semalam lagi ingin menjamu isterinya makanan tersebut sebaik sahaja isterinya pulang ke rumah.

Tak sangka pula rancangannya tidak berjaya.

Dia hanya terlewat beberapa minit sahaja tadi. Itupun kerana dia terlalu sibuk menyediakan hidangan sarapan pagi itu.

Jangan salah anggap, dia baik-baik sahaja bila Tuan Alex yang bawa pulang Haura ke rumah. Mengenangkan Haura sangat rapat dengan papanya, dia rela sahaja membenarkan isterinya itu melepaskan rindu.

Lagipun, tak salah untuk dia benarkan Haura sekali-sekala pulang ke pangkuan keluarga. Dia ada keluarganya juga selain keluarga yang baru mereka bina.

Tapi, Rafasya juga ada rancangan awalnya. Dia baru sahaja berhasrat untuk membetulkan semula tanggapan Haura padanya.

Dia ingin memberi keterangan dengan lebih jelas, dia inginkan mereka berdua berkomunikasi untuk perbetulkan apa yang mereka salah selama ini. Hatinya tak sanggup menahan rasa sakit setiap kali dia rasa ketidakserasian antara mereka.

Tak termasuk lagi apabila dia dapat rasakan dengan jelas bahawa Haura perlahan-lahan menjauhkan diri.

Salahnya juga kerana mengaku di hadapan kawan, di tempat awam tanpa memeriksa disekeliling terlebih dahulu. Dan salahnya juga kerana melakukan perkara tersebut.

Lakonan semata-mata untuk memaksa dirinya mencintai si isteri.

Niat yang baik tetapi cara yang salah.

Dia baru sedar kesilapannya setelah dibasuh oleh ibunya.

Jujur, dia sendiri tak sedar bahawa selama ni, apa yang dia lakukan adalah kerana cinta dan bukan lakonan semata-mata.

Sebab apa yang dia pasti, setiap kali dia lakukan sesuatu untuk Haura, tak pernah dia rasa keberatan. Tak pernah dia menyoal kembali tindakannya.

Namun, cukupkah kelakuannya itu membuktikan cinta? 

Dia tak pasti. 

Apa yang dia pasti, semuanya bergantung kepada apa yang Haura rasai apabila dia melakukan sedemikian. 

Sayangnya, dia tak mampu untuk bertanyakan hal itu kepada Haura kerana dia sudah terlepas cakap. Pasti Haura akan mengatakan bahawa dia tidak merasai apa-apa, untuk menutup maruahnya sendiri.

Maruah. Malukah jika mengaku hatinya terusik kepada suami sendiri?

Entahlah. Perangai Haura tidak mudah untuk diduga.

Keluhan berat terlepas dibibir. Tak tahulah berapa lama lagi mereka akan berenggang.

Jam yang tergantung pada dinding di ruang tamunya ditilik sekilas. 10.30 pagi. Belum terlambat untuk dia tarik balik permohonan cutinya dan masuk kerja kembali.

Memandangkan dia tak ada apa-apa yang ingin dibuat, lebih baik dia bertapa di tempat kerja, menyibukkan diri dan menghabiskan masa disitu daripada dia duduk termenung sahaja di rumah.

Nak keluar berseorangan pun dia tidak mahu. Dia sudah terbiasa keluar bersama Haura, rasa janggal jika tiada isteri disisi.

Baru sahaja dia ingin menelefon bosnya untuk menarik permohonan cuti semula, dia teringatkan ibunya yang tinggal berseorangan.

SekuntumWhere stories live. Discover now