Bunyi muzik yang begitu kuat dalam bangunan itu sedikit sebanyak memekakkan telinga Rafasya.
Jika bukan kerana tugasnya, memang dia tak akan menjejakkan kaki langsung ke dalam tempat-tempat sebegitu.
Wanita-wanita terkinja-kinja menari. Lelaki-leaki mabuk sedang mempertaruhkan wang tunai mereka dalam satu permainan judi. Beberapa orang sudah pun 'tertidur' akibat pengambilan alkohol yang terlebih.
Ada juga beberapa pelanggan yang baru masuk, dan baru sahaja duduk di bar untuk memesan arak. Sempat mata Rafasya menangkap figura seorang gadis dan seorang lelaki yang jalan berdua-duaan, berpegang tangan.
Melihat kepada pakaian yang dipakai dua orang itu, dengan gadis itu memakai sehelai tudung shawl persis turban, tahulah Rafasya bahawa mereka berdua beragama Islam. Dia beristighfar dalam hati tatkala melihat kemesraan dua orang anak muda Islam itu.
Dia tak tahu apa yang membuatkan mereka berdua itu hanyut dalam dunia sebegitu, bagaimana mereka boleh lara sehingga ke tahap itu. Walau bagaimanapun, itu bukanlah hak dia untuk mencela, mencaci atau menghina. Semuanya hak Tuhan Yang Maha Esa untuk pertimbangkan.
Semoga mereka berdua diberikan hidayah untuk berubah ke arah jalan yang benar.
Rafasya masih lagi menunggu suspek yang dicarinya. Suspek seperti tidak memunculkan diri lagi, dan masih tak ada siapa yang berkelakuan mencurigakan ketika itu.
Tekaan yang tepat, Rafasya ingin menangkap sindiket dadah di kelab malam tersebut. Bukan dia yang mewakilkan diri untuk menjadi pengintip, semuanya angkara Khaleeq yang memberi cadangan dan dipersetujui oleh semua anggota yang akan turun membanteras sindiket tersebut.
Khaleeq Akasyaf dan perangai aneh dia.
Kepala ditundukkan apabila Rafasya dapat rasakan ada seseorang berjalan mendekatinya. Hood hoodie yang sudah pun berada di atas kepalanya, ditarik lagi.
Dengan segera, telefon dikeluarkan. Gambar isterinya, Haura yang disimpan dalam galeri dibuka. Dia tahu seseorang yang berjalan mendekatinya itu adalah seorang wanita. Semoga dengan gambar isterinya itu, wanita tersebut tidak mendekatinya.
Tolonglah jangan.
"Sir, you didn't request any drink here. Want me to request one for you?" Mesra wanita itu menyapa Rafasya. Semerbak bau minyak wangi wanita itu menusuk ke dalam hidung lelaki itu.
Hampir sahaja dia terbatuk dengan bau minyak wangi itu. Perit tekaknya.
Wanita itu menjadi hairan bila tiada respons yang diberikan daripada Rafasya. "What do you want? Bourbon? Whiskey?" Dia meneruskan soalannya.
Rafasya menggelengkan kepalanya, "it's OK. I don't feel like drinking right now," tolaknya mendatar.
Ya Allah, ampunilah dosaku.
Wanita itu mendiamkan diri, tempat duduk di sebelah lelaki itu diambil. Sempat Rafasya menjarakkan jarak antara mereka tanpa pengetahuan wanita itu. Dia menjenguk skrin telefon Rafasya, ingin melihat apa yang lelaki itu asyik pandang.
Seorang wanita, kemas memakai kemeja lengan panjang beserta seluar slack dan blazer. Rambutnya juga diikat rapi persis ekor kuda. Wajahnya manis tersenyum, dengan kedua belah tangannya dimasukkan ke dalam poket blazer. Sangat kasual, tapi menepati gayanya.
Cantik.
"Your girlfriend?" Wanita itu berbasa-basi. Tertanya juga kenapa lelaki itu memandang gambar tersebut, tak mahu lepas.
Rafasya menggelengkan kepalanya, "my wife," sepatah yang dijawab.
"Oh, what a beautiful woman," sekilas dia memuji.
YOU ARE READING
Sekuntum
RomanceTipikal best friend buat perjanjian. By ____ if kau tak kahwin lagi, aku pun tak kahwin lagi, kita kahwin dua. Perjanjian yang dibuat main-main itu menjadi kenyataan buat mereka dengan alasan yang agak... tidak munasabah. 1. Tiada masa untuk menca...