Bab 15

24 3 0
                                    

Alkisahnya, Haura betul-betul muntah selepas dia menjamah sarapan paginya. Kalut Rafasya mencari beg plastik untuk menadah muntah si isteri. Nasib sahajalah di warung yang mereka makan itu ada sediakan beg plastik.

Tak sangka juga Rafasya seteruk itu perut Haura menolak makanan di waktu pagi. Salah dia juga pergi ajak makan makanan berat di waktu pagi terus, sepatutnya dia suruh Haura makan makanan yang tak adalah mengenyangkan sangat.

Satu pengalaman yang dia dapat belajar. Selepas ini, jika dia ingin menyediakan sarapan pagi untuk Haura, dia akan menyediakan light breakfast sahaja.

Habis sahaja makanan yang dipesan Rafasya, terus dia ajak isterinya untuk pulang. Haura perlukan rehat setelah memuntahkan segala isi dalam perutnya. Serba salah pun ada dibuatnya. Tapi, dibantah pula oleh Haura. Katanya, dia ingin melawat ayah Rafasya pada hari itu juga.

Jadi, tak dapat nak membantah, Rafasya terpaksa bersetuju juga. Tuan punya badan cakap larat, dia pun anggaplah memang betul-betul larat.

Tertanya juga macam mana Haura boleh teruskan bekerja pada waktu pagi dengan perut kosong. Entahlah, satu keajaiban yang Haura dan manusia seangkatan dengannya sahaja yang boleh faham.

Butang ke tingkat atas lif itu ditekan. Haura setia berdiri di belakang Rafasya. Dari tadi lagi dia asyik menghidu bau minyak angin kerana rasa loya ditekak masih dirasai.

"Kalau rasa tak larat, kita boleh balik terus," Rafasya cuba memujuk. Tak suka juga bila dia tengok isterinya seperti tengah menahan sakit. Hanya kerana permintaannya pagi tadi.

Haura cepat-cepat menggelengkan kepalanya. "Tak nak, kita kena melawat hari ni juga. Next time tak ada dah, kau kerja, aku kerja,"

"Esok ada lagi, kau tak kerja. Aku balik kerja, kita datang sini, tak nak?" Masih tak putus asa. Apa-apa sahaja supaya isterinya itu reti juga untuk rehat.

"Menyusahkan kau. Bagilah aku berkorban sikit," Haura menarik muka merajuk. Asyik Rafasya je nak berkorban, bagilah peluang untuk dia sekali.

Setakat tahan sakit sikit, tak menyusahkan dia pun.

"Tak susahkan aku pun...,"

Belum sempat Rafasya ingin membalas, Haura sudah pun memintas, "dah diam. Jom masuk," tangan si suami ditarik ke dalam lif yang baru sahaja terbuka.

Keluhan kecil dilepaskan Rafasya. Terpaksa dia mengalah. Butang tingkat 3 ditekan. Tingkat yang menempatkan wad ayahnya. 

Belok sini, belok sana, akhirnya mereka tiba di hadapan sebuah wad yang hanya mempunyai satu penghuni sahaja yang sepatutnya dipenuhi oleh 4 orang pesakit.

Sejak 2 minggu lepas Encik Nasir dipindahkan ke wad tersebut, masih tak ada pesakit lain yang ditahan di wad tersebut. Mungkin juga jururawat tak mahu ada orang menganggu 'tidur' ayah kepada Rafasya itu.

"Berapa lama dah ayah koma?" Haura memecahkan sunyi diantara dia dan Rafasya. Masing-masing masih lagi tak melangkah masuk ke dalam wad tersebut, mereka mengintai dari luar terlebih dahulu.

"Lebih tiga bulan dah," jawab Rafasya, langsung tak berpaling kepada Haura. Dia lebih fokus kepada susuk badan ayahnya yang terbaring.

"Oh... kau mesti nak cakap dengan ayah dulu, kan? Masuklah dulu. Aku tunggu luar," pelawa Haura. Melihat ekspresi wajah Rafasya, dia tahu lelaki itu ada benda yang ingin dia luahkan kepada ayah.

"Eh tak apalah, kita boleh masuk sama-sama," Rafasya cuba untuk menolak. Nanti berbuku serba salah dalam dirinya jika Haura menyuruhnya untuk masuk dahulu.

"Masuklah, Raf. Pergi cakap dengan ayah dulu, aku boleh tunggu," senyuman memujuk menghias wajah Haura. Dia mahukan Rafasya meluahkan apa yang terbuku dalam hati lelaki itu secepat mungkin.

SekuntumWhere stories live. Discover now