Bab 20

21 0 0
                                    

Bunyi detingan telefon menandakan ada notifikasi baharu yang masuk berjaya mengalihkan perhatian Haura daripada terus meneliti sampel darah yang baru diterimanya.

Peranti tersebut segera dicapai. Mesej daripada nombor yang tidak dikenali. Aneh. Jarang-jarang sekali ada nombor yang dia tidak kenali menghantar mesej kepadanya.

Tertanya juga apa yang dihantarkan. Tanpa berfikir panjang, mesej itu dibuka. Terdapat 2 keping gambar, tanpa apa-apa ayat untuk menerangkan gambar tersebut atau pesanan melalui gambar itu.

Gambar itu ditekan. Melihat daripada gambar pixel yang tak berapa jelas, tahulah Haura gambar itu diambil dari jarak yang agak jauh. Atau mungkin penghantar mesej itu hanya menggunakan telefon Nokia.

Pixel yang tak berapa jelas itu sedikit sebanyak memaksa matanya untuk meneliti dengan lebih dekat gambar tersebut.

Melalui suasana dalam gambar itu, walaupun tidak berapa jelas, Haura sudah meneka tempatnya. Melihat banyak cahaya lampu berwarna-warni, botol-botol arak bersepah dikiri dan kanan. Ramai wanita yang berpakaian telanjang.

Tahulah gadis itu bahawa gambar tersebut diambil di kelab malam. Jadi, kenapa tiba-tiba ada nombor misteri menghantar suasana kelab malam kepada dirinya?

Matanya terus meliar di dalam gambar itu. Sehinggalah dia tertancap pada figura dua orang yang sedang duduk, ada jarak sedang-sedang elok diantara mereka, menandakan mereka mungkin ada interaksi sedikit sebanyak.

Seorang wanita, memakai gaun putih dan seorang lelaki berhoodie hitam. Dia teka yang berhoodie itu lelaki hanya kerana bahu empunya badan yang agak lebar.

Sekali lagi, Haura tertanya. Apa kaitan dirinya dengan gambar pasangan itu?

Sehinggalah dia teringatkan kata-kata suaminya semalam,

"Oh, Haura. Malam esok aku ada operasi,"

Adakah... itu operasi yang Rafasya katakan?

Gambar itu diteliti lagi, hood itu sangat dikenalinya. Sah, itu memang hoodie yang dipakai Rafasya petang tadi,

Jadi, pasangan dalam gambar itu adalah suaminya dengan seorang wanita, di kelab malam?

Haura tertawa kecil tatkala cebisan-cebisan jigsaw puzzle itu mula masuk akal dalam otaknya.

Rafasya, pergi ke kelab malam untuk menjalankan operasi. Diganggu oleh seorang wanita, nampak seperti ada melontarkan satu dua soalan. Gambar mereka 'berdua-duaan' ditangkap, dan dihantar kepadanya. Motif? Sudah terang lagi bersuluh.

Rancak jemari Haura menari diatas papan kekunci telefonnya. Mesej yang bertaip,

If you sent me this with intention to break up our marriage, think again. I have my ways to find who you are

Butang send ditekan tanpa rasa kekok. Sekejap sahaja mesej itu dibaca. Beberapa saat kemudian, Haura perasan nombor tersebut telah block dirinya. Nampak gayanya si penghantar mesej itu betul-betul takut dengan ugutan Haura.

Rancak Haura tertawa sinis saat respons itu yang dia dapat.

"Cis, aku ugut sikit dah kecut," rungutnya. Telefon itu diletakkan ke sisi kembali.

"Kau ingat dengan gambar tu saja boleh buat aku minta cerai dengan suami aku ke?" Monolognya seorang diri.

Kerja yang tertangguh akibat mesej sebentar tadi, teruskan semula.

Benda yang tak matang sebegitu, tak pernah menggugat hati Haura. Walaupun perkahwinan dia dengan Rafasya masih baru, walaupun dia sudah lama tidak berkawan dengan lelaki itu.

SekuntumWhere stories live. Discover now