Bab 42

6 1 0
                                    

Awal pagi lagi, Tuan Alex sudah dikejutkan dengan bunyi bising di dapur. Dapur elektrik dihidupkan, bunyi sesuatu digoreng, air mencurah-curah membasuh sesuatu dan orang berborak.

Siapa lagi kalau bukan anaknya, Haura dan suami kepada anaknya, Rafasya.

Dua manusia yang tak reti buat kerja dalam diam jika sudah berganding bahu sekali.

"Awal-awal pagi lagi korang dah berperang dekat dapur eh," suara Tuan Alex menyentakkan Haura yang sudah berniat untuk memercikkan air sejuk itu ke muka Rafasya.

"Oh, papa. Morning," senyuman tak bersalah ditarik bila dia nampak papanya menggelengkan kepala, melarang untuk dia meneruskan niatnya.

"Morning. Apa occasion pagi-pagi lagi dah memasak?" Jam di dinding ditilik untuk melihat waktu ketika itu. Baru pukul 7.30 pagi waktu United Kingdom. Awal lagi.

"Papa kena pergi kerja pukul 8.40 pagi, kan? Breakfast dulu pa," balas Rafasya sambil dia meletakkan ikan bilis yang sudah dibasuh ke dalam kuali.

Tuan Alex berfikir sejenak dengan ajakan menantunya. "OK, papa joins you guys for breakfast. What's today's menu?" Tempat duduk di meja makan diambil.

Dia nak membantu pun, dia bimbang jika dia tak dapat membantu.

"Nasi lemak. Haura terkejut bahan-bahan nak buat nasi lemak cukup lengkap," ujar Haura sambil tangannya ligat mengupas kulit telur rebus yang sudah direndam air sejuk itu.

"Oh, that. Papa baru je topup ingredients semua tu semalam incase Rafasya nak masak. Haura pernah bagitahu papa yang nasi lemak Rafasya buat sedap, kan? So, papa curious nak rasa," jelas Tuan Alex, ringkas dan padat.

Terhenti pergerakan Rafasya seketika mendengar apa yang bapa mentuannya bagitahu. "You told papa, Blossom?" Dia bertanya untuk meminta kepastian.

"Mhmm, I did. Papa kena tahu suami Haura ni pandai masak so papa dah tak perlu risau about my daily meals," terang Haura dengan senang hati.

Bibir Rafasya menguntum senyuman kecil saat telinganya menangkap Haura menggelarnya 'suami Haura,'. Sesuatu yang biasa di telinga orang lain, tidak bagi dirinya.

"I still couldn't believe myself that the used to be academic rivals is now married to each other," kata-kata Tuan Alex itu mengundang perhatian Rafasya dan Haura.

"Academic rivals?" Rafasya seperti bingung dengan title tersebut.

"Oh, you didn't know? Well Haura labelled you as her rival since you both always compete to get on the top level,"

"You did?"

Haura hanya mampu menayangkan sengihannya sahaja. Rahsia itu dia tidak beritahu Rafasya langsung, dah dibocorkan oleh papanya pula.

Tak mengapalah, tidak memberi keburukkan pun jika suaminya tahu.

"Oh, patutlah kalau aku achieved apa-apa dulu muka kau tak gembira sangat. Cakap congrats pun macam terpaksa. Kau berdendam dengan aku rupanya," terangguk-angguk Rafasya bila dia akhirnya sudah dapat cantumkan dot-dot yang terjadi dahulu, lebih 10 tahun yang lepas.

"Lambat betul otak kau nak connect the dots," kepala digelengkan. Lebih kurang mengejek suaminya kerana tidak terfikir sejauh itu.

"Niat aku suci murni nak berkawan dengan kau je. Tak tahu pula kau diam-diam musuhkan aku," bebola mata digulingkan.

Jika dia tahu dahulu, memang ada sesuatu dia akan buat!

Haura menarik wajah cemberut. "Kau ni pure and innocent sangatlah," komen Haura sekilas.

SekuntumWhere stories live. Discover now