Liverpool, United Kingdom
Loceng rumah papa kepada Haura ditekan. Mereka baru sahaja mendarat di United Kingdom tetapi mereka berhasrat untuk berehat terlebih dahulu sebelum menerokai negara itu.
Jarak antara Lapangan Terbang Heathrow, London agak jauh dari rumah papanya, jadi mereka mengambil inisiatif untuk naik kereta api disana. Pengalaman baharu buat Rafasya yang jarang melancong ke luar negara.
Dia tak pernah jejak kaki di United Kingdom. Ini kali pertama dia pergi ke situ.
Tak lama kemudian, pintu rumah dikuak dari dalam. Tersembul wajah Tuan Alex yang tersenyum memandang pasangan suami isteri di hadapannya.
"Welcome, my beloved guest. Please come in and make yourself comfortable," Tuan Alex menggunakan intonasi mesra seperti pelayan di hotel yang menerima kunjungan VVIP di hotel tersebut.
Haura tergelak dengan intonasi yang papanya berikan. "Assalamualaikum, papa. Tak sangka dah jadi pelayan hotel ye," usik gadis itu.
Tuan Alex menarik senyuman lebar dengan usikan tersebut. "Waalaikumussalam, anak papa. Sekali-sekala terima tetamu, kenalah layan elok-elok," dia bergurau senda juga.
"Susah-susah je papa," Rafasya menyampuk perbualan mereka.
"Alah, susah apanya. I am happy to receive you guys as my guests," dia menerima kunjungan Haura dan Rafasya dengan tangan dan hati yang terbuka.
Idea untuk mereka menetap di rumah papa Haura itu juga merupakan idea Tuan Alex sendiri. Tuan Alex bagitahu, mereka tak perlu susah-susah cari hotel di kawasan itu jika mereka ada ahli keluarga sendiri.
Lagipun, rumah dia kosong tanpa kunjungan sesiapa. Dia tinggal bersendirian, dengan adanya anak dan menantunya, pasti lebih meriah rumahnya.
"Thank you so much," badan ditundukkan sedikit tanda terima kasih.
"Masuklah our lovebirds. Papa ada sediakan kudapan sikit. Nak memasak, papa tak pandailah pula yang sedap-sedap," Tuan Alex menggaru lehernya yang tidak gatal.
Serba salah.
"Ya Allah, papa. Haura dah cakap jangan sediakan apa-apa. Haura dah lah menetap percuma, susah-susah pula nak sediakan makanan juga," mulut Haura sudah ringan untuk membebel.
"Eh, mana boleh. Papa patut throwing a party kalau kamu datang. Bawa suami pula tu, its best if papa welcome you both with grand," Tuan Alex tak mengalah untuk melawan Haura.
"Tak perlu grand pa. Kudapan papa sediakan tu pun dah cukup, terima kasih. Nanti Raf masakan untuk kita tiga sepanjang Raf dan Haura ada dekat sini," Rafasya menawarkan khidmat memasaknya.
"Eh, macam lain je Raf yang offer. Haura tak nak offer?" Papa kepada Haura itu sambung mengusik anak gadisnya.
Cepat sahaja Haura menarik wajah cemberut. "Janganlah usik Haura part tu. Haura felt useless enough sebab tak pandai masak, jangan buat Haura rasa lebih daripada tu," dia berkecil hati.
Rafasya terdiam. Wajah isterinya diperhatikan dengan penuh rasa kasihan.
"Sorry sayang, papa didn't mean it to sound that way," dia menarik Haura ke dalam pelukan. Kepala anaknya diusap lembut.
"Tak apa, papa. Haura maafkan," sengihan ditarik.
Sebenarnya, dia sendiri tak faham dengan dirinya yang mudah terasa sekarang ni. Tapi tak mengapa, cukuplah dia memaafkan sahaja sesiapa yang tak sengaja kecilkan hatiya.
"Haura dan Raf bolehlah masuk bilik dulu, rehat-rehat. Tapi, maaf papa ada satu je bilik kosong dan bilik tu ada katil single je. Is it fine for you both?"
YOU ARE READING
Sekuntum
RomanceTipikal best friend buat perjanjian. By ____ if kau tak kahwin lagi, aku pun tak kahwin lagi, kita kahwin dua. Perjanjian yang dibuat main-main itu menjadi kenyataan buat mereka dengan alasan yang agak... tidak munasabah. 1. Tiada masa untuk menca...