Deringan telefon Haura kuat berbunyi di segenap bilik bedah siasat tersebut. Silapnya dia lupa untuk pastikan telefonnya berada dalam keadaan mute sebelum melakukan autopsi pada hari tersebut.
Dia juga lupa untuk tinggalkan sahaja telefonnya di dalam bilik peribadi, tak perlu untuk membawa telefon itu masuk ke dewan bedah sama-sama.
Emilia, sebagai pembantu segera mengambil telefon Haura dan melihat nama si pemanggil. "Doktor, ibu doktor telefon," maklum gadis itu.
Haura mengerutkan dahinya. Hairan mengapa ibunya menelefon pada waktu-waktu sebegini. Rasanya sudah setiap hari dia memberitahu ibu bahawa dia memang tak ada masa untuk bercakap melalui telefon kecuali kecemasan sahaja.
Ibunya jarang menelefon dia, kalau ya pun hanya untuk berleter kerana dia menolak pilihan menantu ibu, masih tidak berkahwin di usia tersebut dan juga kerana dia terlalu sibuk bekerja sehinggakan tak ada masa untuk pulang ke rumah. Dia rimas dengan bebelan ibu, jadi jaranglah dia angkat telefon.
Telefonnya berbunyi lagi sekali. "Doktor, ibu doktor masih telefon ni," Emilia menayangkan skrin telefon kepada Haura.
Keluhan kecil terlepas dari mulutnya. "Emilia, tolong mute dulu telefon saya. Nanti dah siap autopsi ni baru saya telefon dia semula," pinta Haura.
Dia malas ingin melepaskan forseps dan pisaunya. Lagipun, takkanlah dia ingin berhenti membuat kerjanya separuh jalan hanya semata-mata untuk mengangkat panggilan ibunya yang mungkin akan dipenuhi dengan bebelan sahaja. Doktor lain yang bertugas dengannya mungkin juga tidak suka jika dia berkelakuan sedemikian.
"Doktor, kalau emergency macam mana?" Sempat Emilia bertanya tetapi dia sudah pun menekan butang mute.
Haura menggelengkan kepalanya, "saya dah setup ringtone lain kalau emergency call," ringkas sahaja jawapannya.
Mata difokuskan kembali ke arah jasad yang sudah tidak bernyawa di depannya. Beberapa doktor lain juga melakukan benda yang sama. Bedah siasat itu perlu diselesaikan dengan segera sebelum masuk waktu Asar atas arahan pihak berkuasa.
Perut mayat itu dikeluarkan. Haura membawa organ tersebut ke arah singki untuk membuang segala sisa yang berbaki dalam perut mangsa. Habis sahaja sisa itu dikeluarkan, dia memerhatikan satu persatu sisa tersebut.
Sehinggalah dia perasan pada satu biji kapsul pil yang tidak tercerna dalam perut mangsa. Kapsul pil itu diambil dan dimasukkan ke dalam beg plastik berzip untuk dibuat kajian lanjutan. Sel dalaman perut mangsa juga tidak lupa untuk diambil.
Selesai sahaja tugasnya, dia membawa perut itu kembali ke badan mangsa. Setelah semua organ telah pun diletakkan kembali ke tempat yang sepatutnya, Haura menjahit badan mayat itu kembali seperti sedia kala.
Autopsi selesai dengan jayanya!
"Cause of death, heart attack," maklum salah seorang doktor disitu.
Haura mengangguk, menyetujui kesimpulan tersebut.
"Though, I found this suspicious capsule in her stomach," beg plastik berzip yang berisi kapsul pil yang dijumpainya tadi ditunjukkan kepada rakan setugasnya.
"Send it to forensic toxicologist. If they couldn't detect the leftover contain in that capsule, we should send it to pharmacologist next," nasihat doktor paling senior dalam kalangan mereka.
"Alright doctor, will do," balas Haura. Siap sahaja segala prosedur untuk menyimpan mayat tersebut ke dalam bilik penyimpanan mayat, kerja wanita itu pada hari tersebut telah pun selesai.
Dia masuk ke dalam bilik peribadinya. Peluh merinik di dahi, bau badannya sudah pun bau seperti mayat. Hidungnya juga asyik terhidu bau-bau yang tidak menyenangkan akibat membuang sisa perut sebentar tadi.
YOU ARE READING
Sekuntum
RomanceTipikal best friend buat perjanjian. By ____ if kau tak kahwin lagi, aku pun tak kahwin lagi, kita kahwin dua. Perjanjian yang dibuat main-main itu menjadi kenyataan buat mereka dengan alasan yang agak... tidak munasabah. 1. Tiada masa untuk menca...