Seekor tikus albino akan dikorbankan demi mendapat keputusan 'eksperimen' yang dijalankan.
Setelah isi kandungan ALEVE965 itu berada dalam tangannya, dia perlu lakukan uji kaji bagi memastikan apakah kesan sebenar penggunaan pil tersebut.
Kematian yang membabitkan pil tersebut tidak dapat dikenalpasti hanya kerana pil itu tidak mempunyai apa-apa kajian lagi. Kali ini, dia harus melakukan kajian yang terperinci dan seekor tikus itu sahaja yang dia akan gunakan.
Serbuk yang terkandung dalam kapsul pil merah putih ALEVE965 itu dicampurkan ke dalam deionized water. Apabila larutan itu sudah sebati, satu picagari yang sudah tersarung jarumnya diambil dan larutan itu disedut.
Jarum itu ditukarkan kepada jarum baharu untuk mengelakkan cross-contamination. Bacaan jantung tikus itu dilihat terlebih dahulu. Normal.
Kemudian, tikus itu terus dicucuk dengan jarum tersebut. Bacaan jantung tikus itu mula berubah. Makin perlahan, dan perlahan. Tak sampai 5 minit, bacaan jantung tikus tersebut sudah pun menjadi sifar.
Tikus itu mati serta-merta.
Pemerhatiannya direkodkan. Tikus yang telah mati itu dikeluarkan untuk dibedah dan melihat dengan lebih terperinci punca kematian haiwan tersebut.
Selesai membedah siasat tikus tersebut, dia beralih kepada eksperimen yang lain.
Kapsul pil itu digunting kecil. Setiap kapsul yang telah digunting itu, ditimbang untuk memalarkan jisim.
Beberapa larutan asid hidroklorik, berbeza kepekatan sudah disediakan dihadapannya. Sarung tangan serta penutup hidung dan mulut dipakai bagi mengelakkan terhidu asap atau apa-apa tindak balas yang akan berlaku nanti.
Dengan penuh berhati-hati, kapsul pil yang telah digunting itu dimasukkan ke dalam setiap asid hidroklorik tersebut. Jam digital dihidupkan sebaik sahaja serpihan kapsul itu dimasukkan.
Apabila masa sudah pun melebihi 120 minit, barulah dia memberhentikan jam digital tersebut. Pemerhatian direkodkan.
Aneh, hanya satu daripads 5 jenis asid hidroklorik itu sahaja yang dapat melarutkan serpihan kapsul tersebut dalam masa 120 minit.
Selama 5 jam dia bertapa di dalam makmal itu semata-mata untuk melakukan eksperimen tersebut. Laporan eksperimen disiapkan satu jam kemudian.
Bergegas dia berkemas untuk memberitahu rakannya tentang pemerhatian yang dibuat.
~~~~~~
Helaian kertas diselak dengan penuh berhati-hati. Setiap satu isi kandungan laporan itu diperhatikan. Bermula dari objektif, sehinggalah halaman terakhir yang menampalkan beberapa gambar hasil kajiannya.
"Kau.... buat ni seorang diri?" Haura sekadar bertanya. Kagum dia melihat laporan yang sangat teliti dan setiap satu kajian yang dilakukan pun ada keputusan yang lengkap.
Ailaa mengangkat kedua-dua belah keningnya, seperti tak faham kenapa soalan itu yang Haura tanya. "Yeah? Why?"
"Impressive. Berapa lama?" Halaman yang menunjukkan laporan autopsi tikus itu dibuka.
"Selama kau tak sedarkan diri dan tambah 5 jam hari ni. It really is not that long, to be honest," senyuman ditarik. Dia tak kisah sangat tenaga yang dia bazirkan untuk lakukan kajian dan eksperimen tersebut. Itu adalah minatnya.
Membuntang mata Haura mendengar jawapan tersebut. "Lama betul,"
"I mean, satu-satu eksperimen pun at least kena tunggu 2 jam. Makes sense,"
YOU ARE READING
Sekuntum
RomanceTipikal best friend buat perjanjian. By ____ if kau tak kahwin lagi, aku pun tak kahwin lagi, kita kahwin dua. Perjanjian yang dibuat main-main itu menjadi kenyataan buat mereka dengan alasan yang agak... tidak munasabah. 1. Tiada masa untuk menca...