Bab 43

7 1 0
                                    

Pejam celik, pejam celik, 3 hari di Liverpool, England berlalu begitu sahaja.

Hari ini tiba masanya untuk Rafasya dan Haura bergerak ke Belanda pula untuk berbulan madu. Destinasi yang dinantikan mereka, walaupun rasa berat hati untuk tinggalkan Tuan Alex sendirian.

Jikalau mereka ada masa yang lapang lagi, pasti mereka akan pergi ke rumah papa kepada Haura sekali lagi.

Sementara menunggu untuk menaiki kapal terbang, mereka singgah di kedai coklat terlebih dahulu untuk membeli beberapa jenis coklat.

"Haura, look," satu bar coklat ditunjukkan kepada wanita itu.

Berkerut dahi Haura seketika melihat bar coklat tersebut. Dia tak faham apa yang cuba suaminya sampaikan.

"Why?" Naif dia bertanya.

Otak tak dapat diperah untuk berfikir lagi di pagi hari.

"Remember the chocolate you gave me when we were form 3? This was it," ujarnya bersama senyuman dibibir.

Haura mengerdipkan matanya beberapa kali memandang coklat tersebut. Oh ya, dia ingat.

"You meant, the chocolate someone gave me and then I gave it to you?" Dia membetulkan ayat Rafasya.

Tak sangka juga Rafasya masih ingat tentang coklat tersebut. Peristiwa tu dah lama terjadi.

Rafasya menganggukkan kepalanya. "Sort of. Tapi since the chocolate was already given to you, it became yours. So, aku hanya fikir coklat tu kau berikan pada aku, not anything else," melebar senyumannya.

"Cis, masa tu kita baru berkawan semula after gaduh, kau dah fikir sejauh tu eh," kepala digelengkan, mengenangkan itu tanggapan Rafasya ketika mereka di tingkatan 3.

"Hush.., jangan sebut fasal gaduh tu," jari telunjuk diletakkan pada bibir, menandakan dia betul-betul tak mahu Haura mengungkit kisah itu.

Ketika mereka di tingkatan 3, mereka baru sahaja cuba untuk berkawan namun tak sampai 2 bulan persahabatan mereka terjalin, ada sesuatu yang mencetuskan pergaduhan besar antara mereka. Pergaduhan yang menyebabkan mereka tidak bertegur selama 2 bulan.

Selepas itu, barulah mereka perlahan-lahan cuba untuk berbaik semula.

"Fun fact, Raf. Aku masih tak suka coklat tu," beritahu Haura tanpa perlu Rafasya bertanya.

"Aku dah agak. Tengok kau tak datang dekat rak sini pun aku dah tahu," balasnya.

Ada satu tempat je Haura fokus pergi, mana lagi kalau bukan di rak yang menjual coklat jenama Lindt's.

Kegemarannya tetapi agak susah untuk mencari yang halal.

"Kau suka ke coklat tu?" Haura sekadar bertanya, sambil dia membaca ramuan coklat yang mahu dibelinya.

Memandangkan mereka di luar negara, agak susah untuk mencari makanan yang halal. Jika tiada simbol halal, simbol Kosher menjadi tumpuan seterusnya.

Jika tidak ada juga, barulah dibaca ramuan yang ditulis untuk memastikan tiada campuran arak, gelatin daripada khinzir atau apa-apa sahaja ramuan haram dimakan.

Cross-contamination di kilang pembuatan perlu ditolak jauh kerana itu sesuatu yang pembeli tidak tahu. Berserah kepada Allah sahaja.

Tetapi jika waswas, lebih baik jangan beli.

"Tak adalah, tak suka sangat pun. Tapi sebab kau bagi dekat aku dulu, it holds a special place in my heart," ujarnya bersahaja tetapi memberi maksud yang mendalam.

SekuntumWhere stories live. Discover now