Bab 45

9 0 0
                                    

Pintu bilik mesyuarat dibuka. Namanya dipanggil untuk masuk ke situ oleh Tuan Daniel, dibawah arahan DSP Iqbal.

Tertanya kenapa dia yang dipanggil, sedangkan kebelakangan ini tak ada kes-kes berprofil tinggi yang dia kendalikan.

"Assalamualaikum, tuan," sapanya berserta tabik hormat pada Tuan Daniel dan DSP Iqbal yang ada dalam bilik mesyuarat tersebut.

"Waalaikumussalam, silakan duduk," pelawa DSP Iqbal dengan suara tegasnya.

Khaleeq Akasya menuruti sahaja. Tempat duduk yang menghadap kedua-dua orang atasannya diambil.

"Apa yang aku nak bagitahu dan tanya kau ni adalah satu benda yang sulit. Jadi, aku minta kau tak bongkarkan benda ni kepada sesiapa kecuali Detektif Rafasya Zurair," Tuan Iqbal memberi penerangan terlebih dahulu.

Mendengar sahaja perkataan sulit, debaran di jantung Khaleeq berubah rentak.

Apa yang sulit sangat sehinggakan hanya dia dan Rafasya sahaja yang boleh tahu? Tak, kenapa Rafasya boleh tahu tentang perkara yang akan disampaikan? Dia terlibat sekali ke?

"Baik Tuan," akurnya. Dia tak boleh menyoal banyak selagi dia tak tahu perkara apa yang ingin dikatakan.

Tuan Iqbal merapatkan badannya pada sisi meja. Dia perlu berada serapat mungkin untuk merendahkan suara.

"Interpol baru sahaja tumpaskan satu organisasi gelap yang agak berbahaya di Finland. Melibatkan beberapa orang Finland, Sweden, Rusia dan Belarus. Orang atasan organisasi tu semua dah mati dalam operasi tu, hanya tinggal orang bawahan sahaja," DSP Iqbal membuka cerita. Tuan Daniel disebelah turut sama menadah telinga.

"Lepas semua dibawa ke balai, they raided the place and found files that have the members information," jeda.

Khaleeq seperti boleh agak ke mana cerita itu akan pergi. Tetapi dia hanya diam sehinggalah cerita tersebut dihabiskan.

"Upon further investigation, they have arrested almost all of the members except for two. A man, and his sister. Unfortunately, there is no further information about them, no names, ages, address. They only have their nationality which is Finnish and their code name, Viper and Lilith respectively,"

"Lepas soal siasat semua yang masih hidup, semua tak kenal lelaki tu dan adik perempuannya. Tak pernah jumpa, dan tak tahu nama. Cuma, ada beberapa orang sahaja yang pernah dengar berita fasal diorang, 3 tahun lepas. Adik-beradik tu lari ke Malaysia,"

Walaupun sudah dapat dijangka, Khaleeq tetap terkejut dengan informasi tersebut.

Dua penjenayah berprofil tinggi terlepas ke Malaysia. Bukankah ini bermaksud negara Malaysia berada dalam ancaman bahaya?

"Jadi, aku nak tanya kau. Pernah ke handle kes yang melibatkan orang Finland?" Tuan Iqbal memulakan pertanyaannya.

"Tak ada seingat saya, tuan,"

"Detektif Rafasya?"

"Saya tak pasti, tapi saya rasa tak ada juga," balas Khaleeq. Selama dia bincang tentang kes jenayah dengan Rafasya pun, tak pernah lelaki itu sebut kewarganegaraan penjenayah. Dia tak pasti.

"Warganegara Finland?" Tuan Daniel menyoal sekali lagi, dia jeda seketika.

"Ya, kewarganegaraan Finland," jawab Tuan Iqbal.

"Aku tak pernah handle kes jenayah yang melibatkan Finnish tapi aku ingat ada satu mayat yang dijumpai, yang merupakan warganegara Finland," terang Tuan Daniel.

Berkerut dahi Khaleeq dengan penerangan itu. Dia tak ada memori fasal hal yang dikatakan. Mungkin hanya Rafasya yang terlibat.

"Ada? Bila kes tu?"

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 16 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

SekuntumWhere stories live. Discover now