Mata memerhatikan suaminya yang sedang sibuk menaip sesuatu di dalam komputer riba. Ekspresinya sangat fokus, kedudukan badan yang tegap dan dalam kepalanya seperti ada seribu satu perkara.
Mulut gatal ingin bertanya, menganggu ketenteraman si suami tetapi dia lebih tahu untuk tak melakukan sedemikian.
Bimbang jika dia kena marah nanti. Sedangkan kemungkinan itu agak mustahil untuk berlaku.
Dia bermain dengan jemarinya, memikirkan sama ada dia patut bertanya atau tidak. Tetapi dia sedang kebosanan.
Nak ganggu.
"Haura nak tanya apa?" belum sempat Haura bertanya, Rafasya sudah membuka mulut terlebih dahulu.
Tercenggang wanita itu. Macam mana suaminya tahu dia ingin bertanya? Sedangkan Rafasya langsung tidak mengangkat kepala, tak pula Haura membuat apa-apa bunyi.
"Aku boleh nampak kaki kau sekejap berpijak atas lantai, sekejap tak. Gelisah semacam. Tanyalah, aku tak baham kau," sempat dia menarik senyuman herot, mengusik si isteri.
Haura menarik muka tidak puas hati. "Eih kau ni!" Bibir dimuncungkan, tak suka dengan usikan itu.
"Gurau gurau," dia gelak mengekek. "Tanyalah, kalau aku boleh jawab, aku jawab," Rafasya membenarkan.
"Kau boleh disclose ke kes yang kau siasat?" itu soalan pertamanya.
"Selama ni aku bagitahu je dekat kau beberapa kes," kening dijongketkan. Seperti tertanya kenapa soalan itu yang Haura tanya.
Bibir dicebirkan. "Memanglah, itu kes-kes yang aku sendiri buat autopsi. Tapi kalau kes yang aku tak buat autopsi, boleh ke kau disclose kes tu?" dia bertanya lagi, meminta kepastian.
Rafasya diam sebentar, seperti memikirkan syarat apa yang patut dia patuh dengan akta kerahsiaan negara.
"Boleh, as long as kes tu dah tutup. Tapi not in detail lah," jelas si suami.
Tertanya juga dia apa yang bermain dalam fikiran Haura.
"Masa aku tak sedarkan diri haritu, kau ada siasat kes yang berkaitan unknown death tak?"
Sekali lagi Rafasya diam. Lama dia memikirkan kes apa yang dia perlu siasat haritu.
Dia ingat-ingat lupa sahaja, kerana waktu itu, apa yang ada dalam kepalanya hanyalah keadaan Haura.
"Tak ada rasanya,"
"Death because of blood vessels burst but cause of said incident is unknown?" Haura memberi klu. Mungkin terlalu banyak kes yang suaminya perlu kendalikan sehingga lupa perincian kes tersebut.
Dan barulah Rafasya ingat akan kes tersebut.
"Oh, ada. Tapi Tuan Daniel yang specifically handle kes tu. Aku tak tahu in details tapi tanyalah, In Shaa Allah aku boleh jawab," dia mempersilakan."Memang betul ke tak tahu identiti mangsa?" Itu yang paling Haura nak tahu. Dia rasa hairan apabila kes itu serta-merta ditutup tanpa tahu identiti, seperti ada sesuatu yang tidak kena.
"Eh, tak adalah. Mungkin nama dan umur mangsa tak dapat diketahui tapi kami tahu mangsa warga Finland. Pakar pun bagitahu mangsa mungkin dalam lingkungan umur 30-an," jelas lelaki itu.
Mendengar jawapan dari suaminya, dahi Haura mula berkerut. Dah tu, kenapa Ailaa bagitahu identiti mangsa tidak diketahui?
Oh, mungkin bukan Ailaa yang uruskan kes tersebut sebab tu wanita itu tak tahu dengan lebih terperinci.
YOU ARE READING
Sekuntum
RomanceTipikal best friend buat perjanjian. By ____ if kau tak kahwin lagi, aku pun tak kahwin lagi, kita kahwin dua. Perjanjian yang dibuat main-main itu menjadi kenyataan buat mereka dengan alasan yang agak... tidak munasabah. 1. Tiada masa untuk menca...