Tasik jernih di hadapan mereka dipandang penuh jakun. Suasana aman di kawasan tasik itu menenangkan hati mereka.
Kanak-kanak berlari riang sambil bermain buih. Ibu bapa memerhati anak-anak dari jauh. Ada pasangan yang berpiknik disitu.
Penyanyi jalanan juga ada dikawasan tasik itu, memainkan lagu yang indah dan merdu. Suasana ketika itu sangatlah sempurna untuk mereka.
Rafasya dan Haura duduk disebuah bangku yang menghadap tasik. Mereka berniat untuk ke tasik hanya untuk mencari ketenangan dan mengambit kenangan. Tasik merupakan destinasi pertama mereka setelah mendarat di bumi Belanda.
Klasik.
Dalam Haura ralit memerhatikan karenah manusia, Rafasya memandang wajah isterinya dari sisi. Bibir Haura yang mengukir senyum turut sama membuatkan bibirnya mengoyak senyuman.
Dia mengagumi kecantikkan isterinya itu. Tak sia-sia dia mengahwini si cantik di sisinya.
"Haura, come closer," pintanya kepada Haura.
Haura tidak menyoal banyak, dia segera berganjak merapati Rafasya. Apabila jarak mereka sudah cukup rapat, tiada seinci pun yang memisahkan mereka, Rafasya merangkul bahu isterinya.
"Haura nak tahu satu benda tak?" Dia membuka cerita. Dia rasa, itulah waktu yang terbaik untuk dia meluahkan apa yang dia sorokkan selama ini.
Mendengar suaminya ingin membuka cerita, Haura terus mengalihkan perhatian ke arah Rafasya. "Apa benda tu?" Dia tertarik.
"Pernah dengar fasal men's first love theory?" Satu teori yang dia jumpa dalam For you page TikTok-nya tempoh hari.
Haura mengangguk, "pernah,"
"Aku, as a man, setuju dengan teori tu," jawab Rafasya.
"Oh," suaranya mengendur. Minat Haura untuk terus mendengar apa yang ingin Rafasya beritahu terus pudar.
"Eh, dah tak berminat ke?" Rafasya sedar akan perubahan intonasi itu.
"Raf nak cakap fasal first love Raf, eh? Tak apalah, its best untuk aku tak tahu," makin jauh bunyi suaranya.
Rafasya menyembunyikan senyum. Tak tahu pula isterinya itu dah pandai cemburu.
"Dengarlah lebih lanjut, aku janji kau takkan kecewa," sebelah tangan yang tidak merangkul bahu Haura, diangkat separa bahu seperti mengangkat ikrar, berjanji.
"OK, aku dengar," Haura mengalah. Dia melentokkan kepalanya pada bahu Rafasya, sementara telinga menadah untuk dengar apa yang Rafasya ingin ceritakan.
"It was all started in form 4. Aku fell in love dengan sorang perempuan ni, sangatlah cantik dan bijak pandai orangnya. Pendiam, tapi ramai peminat," dia sengaja memanjangkan ceritanya.
Mendengar pembukaan cerita pun, hati Haura dah rasa ditusuk dengan jarum.
"Aku suka dia, lama sangat. Walaupun lepas SPM, aku masih suka dia,"
"Kenapa kau tak confess je?" Dia tertanya-tanya. Memandangkan Rafasya dulu jenis agak ikut kepala sendiri, logik je kalau dia terus confess.
"Sabar, dengar cerita dulu," dia tak mahu menjawab lagi.
Haura terima sahaja. Membenarkan Rafasya untuk sambung cerita.
"Aku suka dia for 8 years. Selama aku masuk asasi, aku masuk degree, memang dia je ada dalam hati aku. Aku tak pandang langsung dekat perempuan lain, macam tak ada orang boleh lawan dia,"
YOU ARE READING
Sekuntum
RomanceTipikal best friend buat perjanjian. By ____ if kau tak kahwin lagi, aku pun tak kahwin lagi, kita kahwin dua. Perjanjian yang dibuat main-main itu menjadi kenyataan buat mereka dengan alasan yang agak... tidak munasabah. 1. Tiada masa untuk menca...