Hari ini, seperti yang telah dijanjikan oleh Haura dan Rafasya beberapa minggu yang lepas, mereka bercadang untuk berjumpa sekali lagi nak betul-betul berbincang hal tersebut. Hal perkahwinan.
Rafasya tiba awal di restoran berdekatan dengan hospital tempat Haura bekerja. Dia membuat perjanjian disitu kerana dia ingin memudahkan kerja Haura.
Dia tahu gadis itu sibuk memanjang, dia pun apa kurangnya. Memandangkan buat masa sekarang ni dia tak ada kes untuk diselesaikan, dia mengalah untuk memberi kesenangan kepada pihak yang satu lagi.
Dari jauh, dia nampak Haura sedang berjalan ke arahnya. Gadis itu cantik berpakaian blouse berwarna ungu muda dipadankan dengan skirt labuh berwarna ungu tua. Rambut panjangnya diikat persis ekor kuda. Anggun dalam citarasa sendiri.
"Tak malu ke tenung orang," teguran Haura menyentakkan Rafasya dari lamunan sekejapnya. Tempat duduk dihadapan lelaki itu diambil.
Entah mengapa, dia sangat suka melihat pemakaian Haura sejak dua menjak ini. Walaupun dia masih tidak bertudung, pemakaiannya sudah makin bertutup. Tak adalah dia nampak gadis itu memakai crop tops dan jeans ketat lagi.
"Maaflah, aku tak sangka pula bestfriend aku boleh membesar secantik ni," selamba Rafasya membalas.
Dia tahu, Haura tidak suka dirinya dipuji. Bukan sebab dia rasa dirinya tak patut dipuji tapi kerana dia tak dapat menerima pujian itu dengan bersahaja tanpa perlu memuji semula.
Haura menarik muka kegeliannya, "apa motif kau tiba-tiba puji aku ni,"
"Motif aku nak kahwin dengan kau,"
"Kau dah fikir masak-masak ke? Lepas kahwin kau ada tanggungjawab lain dah. Kau sure boleh survive?"
"Aless, aku dah cakap dekat kau, aku dah pergi kursus kahwin. Aku memang tahu apa yang aku perlu buat dan apa aku tak patut buat. Dan aku dah bersedia, lama dah,"
Haura menghela nafas berat. "Masalahnya Raf, persediaan kau dulu untuk kahwin dengan bekas tunang kau, bukan dengan aku,"
"And what makes you think you are any different?"
Gadis itu membuang pandangannya ke sisi. "I have my rules,"
"Say it,"
"Aku tak nak anak. Berjuta kali kau pujuk aku pun, aku tetap tak nak anak. It is not the commitment that I want to commit," terangnya. Itulah salah satu sebab kenapa dia menolak semua pilihan menantu mamanya.
Dia tahu, lelaki seperti mereka pasti mahukan anak, mahukan keturunan kerana mereka ingin pewaris harta mereka.
Haura tahu, anak juga merupakan rezeki dan anak membuka pintu Syurga untuk ibu bapa mereka. Namun, dia tak sanggup untuk menjaga, apatah lagi mendidik. Dia takut, ada bahagian yang dia terlepas pandang.
"Then be it, aku tak kisah pun. Kau yang melahirkan, buat apa aku nak demand lebih-lebih," kata-kata Rafasya itu mengejutkan Haura.
Biar betul wujud lelaki macam ni?
"Raf, masalahnya kalau kau suami aku, aku kena ikut kata-kata kau. Syurga aku akan jadi dekat bawah tapak kaki kau kot. Dibuatnya kau tiba-tiba nak anak, macam mana?"
Rafasya tergelak halus. Jelas kedengaran kerisauan dalam suara gadis itu. Dia mahu bertanya apa yang menyebabkan gadis itu tak inginkan cahaya mata tapi sekarang bukanlah waktu yang tepat untuk dia bertanya.
"Aless, communication is the key. Kalau kau ada reason kau sendiri kenapa kau tak nak anak, I should respect your opinion, your choice," tenang sahaja ayat itu meniti dari mulut seorang lelaki bernama Rafasya.
YOU ARE READING
Sekuntum
RomanceTipikal best friend buat perjanjian. By ____ if kau tak kahwin lagi, aku pun tak kahwin lagi, kita kahwin dua. Perjanjian yang dibuat main-main itu menjadi kenyataan buat mereka dengan alasan yang agak... tidak munasabah. 1. Tiada masa untuk menca...