Majlis akad nikah dan bersanding mereka berjalan dengan lancar. Alhamdulillah untuk segalanya.
Haura meminta diri untuk masuk ke dalam bilik terlebih dahulu. Dia sudah rimas dengan makeup yang menutup lapisan kulit asalnya. Dia rasa macam liang-liang pori tidak boleh bernafas ketika itu.
Tiara yang dipakai ditanggalkan. Begitu juga dengan veil dan tudung shawl yang masih lagi kemas terletak diwajahnya. Dress pengantin itu juga dia tanggalkan, meninggalkan seluar legging dan tank top sebagai alas dalam.
Cleansing balm yang diberikan oleh jurusoleknya tadi dicari. Dia lupa dimana dia letak benda alah itu pagi tadi. Jadi kerja pula kena cari.
Sibuk dia mencari, telinganya menangkap bunyi pintu bilik dibuka dan ditutup. Bunyi derapan tapak kaki yang melangkah masuk ke dalam bilik yang dia duduki itu sangatlah senyap. Sayup-sayup sahaja bunyi itu kedengaran di telinganya.
Merasakan gerangan itu telah mendekatinya, dia terus mencengkam lengan gerangan tersebut. Baru sahaja dia ingin menyiku gerangan tersebut, langkahnya telah pun dikunci.
"Woi, kalau nak smackdown aku pun berpada-padalah," tegur Rafasya. Nasib sahaja dia boleh baca gerak-geri Haura. Kalau tidak, nanya kena siku.
Seperti baru sedar statusnya sekarang, Haura mengundur diri.
"Ops, maaf. Aku lupa aku dah jadi isteri orang. Ingatkan ada penceroboh tadi,"
"Bukan isteri orang. Isteri aku, isteri Rafasya," Rafasya membetulkan ayat Haura.
Haura mencebikkan bibir, "yelah, lantaklah," dia memusingkan badan kembali menuju ke bilik air. Makeup pada wajahnya masih belum dibuang.
Selangkah dia berjalan, pinggangnya dirangkul. Badannya rasa ditarik ke dalam dakapan Rafasya. Terjerit kecil Haura.
"Jangan sentuh aku lagi, please," suara Haura perlahan tapi cukup untuk Rafasya dengar.
Tersengih Rafasya mendengar ayat tersebut. "Why not? Kau pun dah bagi free show dekat aku ni," usiknya.
"Takkanlah aku nak masuk bilik air dengan dress kahwin tu. Membazir RM2000 aku sewa dress tu," balas Haura.
"Oh nak masuk bilik air ke? Jomlah mandi sekali," makin rancak Rafasya mengusik.
Haura dalam rangkulannya sudah pun menggeletis kegeliaan. "Sejak bila kau jadi pervert macam ni? Tak ingat pula aku ada setuju nak kahwin dengan lelaki pervert," dia tak puas hati.
"Pervert dengan kau je," bisik Rafasya ditelinga isterinya. Haura dapat rasakan nafas panas suaminya di cuping telinga. Dia ingatkan dia akan menjerit mendapat layanan sebegitu, tapi badannya memberi reaksi lain.
Telinga dan pipinya memerah! Ya Allah malunya.
Balasan Haura dinantikan. Bila dia rasa dah lama Haura berdiam diri, dia membawa tangannya yang satu lagi ke bawah dagu Haura. Muka gadis itu didongak untuk memandangnya.
Melihat muka merah dan malu-malu isterinya, Rafasya tersenyum puas. Usikan dia berjaya menggugat hati keras Haura! Satu permulaan yang baik.
"Merah betul pipi. Aku panggil kau blossom jelah, sesuai dengan pipi tu," putus Rafasya. Haura mengembungkan pipi, ingin menyuarakan bahawa dia tak nak apa-apa nama singkatan namun bila difikirkan balik, biarkan sahaja.
Asalkan tak panggil dengan panggilan manja, sudah.
Selepas puas mengusik Haura, barulah Rafasya melepaskan pinggang isterinya. Berlari Haura masuk ke dalam bilik air setelah dia terlepas dari rangkulan tersebut.
YOU ARE READING
Sekuntum
RomanceTipikal best friend buat perjanjian. By ____ if kau tak kahwin lagi, aku pun tak kahwin lagi, kita kahwin dua. Perjanjian yang dibuat main-main itu menjadi kenyataan buat mereka dengan alasan yang agak... tidak munasabah. 1. Tiada masa untuk menca...