Bab 14

24 2 0
                                    

Salam terakhir bagi solat subuh diberi. Rafasya menandah tangan untuk membaca doa dan Haura melakukan benda yang sama. Doa itu diaminkan.

Kemudian, Rafasya memusingkan badannya untuk menghadap Haura. "Ada bawa Al-Quran?"

Haura menggelengkan kepalanya, "tak ada tapi ada apps Al-Quran dalam phone aku," balasnya.

"OK, pergi ambil phone kau. Kita mengaji kejap," arah Rafasya.

Haura turuti sahaja. Dia bangun untuk mengambil telefonnya yang diletakkan di meja sisi katil. Aplikasi Al-Quran dibuka.

"Buka surah Al-Waqiah, kita baca sama-sama," jari jemarinya segera menaip nama surah tersebut di menu pencarian.

Apabila surah itu sudah pun terpapar pada permukaan skrin telefonnya, barulah Rafasya memulakan bacaan mereka.

Pada mulanya, Rafasya hanya menyuruh Haura untuk baca sekali dengan dia tapi akhirnya dia suruh Haura turuti bacaannya. Apa-apa sahaja demi mengumpul pahala sama-sama.

Selesai sahaja sesi mengaji mereka pada pagi itu, Rafasya menghulurkan tangan untuk disambut oleh Haura. Tapi, lain pula jadinya.

"Kenapa?" Bingung Haura melihat huluran tangan itu.

Rafasya menepuk dahinya, "salamlah. Kau berjemaah selama ni tak pernah salam jemaah lain ke?"

"Mana pernah aku berjemaah dengan ajnabi," mendatar sahaja suara Haura.

"Kita dah kahwin woi!" Pesanan tak berapa mesra Rafasya bagi.

Haura tergelak kecil, menutup silapnya yang selalu terlupa akan status yang kini dia berada. Huluran tangan suami disambut dan disalam.

"Orang salam suami, cium tangan," terselit nada mengusik dalam bicara Rafasya.

"Tak payah mengada. Kira baik aku sambut huluran tangan kau ni," geram Haura. Dia tak kisah pun sebenarnya nak cium tangan Rafasya yang sudah sah bergelar suami. Dia cuma memerlukan masa untuk selesa dengan status yang dia berada sekarang.

Rafasya hanya mampu melepaskan tawa. Dia tak terasa hati langsung dengan gurauan Haura. Yang tadi pun, dia bergurau sahaja. Tak serius.

"Raf, nak cakap sikit," Haura meminta izin. Mereka masih lagi bersantai diatas sejadah. Macam tak ada tanda-tanda untuk bergerak pun ada.

"Cakap banyak pun tak apa. Aku suka dengar suara kau," balas Rafasya.

Haura menggulingkan biji matanya, "kang aku baca matra, terjampi kau dekat sini," ayat itu hanyalah untuk menutup rasa berbunga-bunga dalam hatinya.

Siapa je tak suka diri dipuji, kan?

"Raf, kau rasa kita boleh ke lakukan semua ni?" sejak haritu lagi soalan itu bermain dalam hati Haura. Sesungguhnya dia pun tak tahu kenapa dia terlalu risaukan benda yang tak pasti.

Apa yang dia pasti, dah tak ada cara lain untuk dia mengundur diri. Dia sudah pun sah menjadi isteri kepada Rafasya.

"Lakukan apa?"

"All the things after marriage," jawapan umum yang diberinya. Spesifiknya, Haura paling bimbang jika mereka tak dapat mencintai satu sama lain walaupun telah lama bersama. Bagaimana akan jadi dengan rumah tangga mereka nanti?

Ikatan persahabatan antara mereka terlalu kukuh untuk dileraikan. Kerana ikatan itu, dia tak boleh untuk menukar perasaannya daripada suka sebagai kawan kepada suka sebagai cinta hati. Macam, terlalu mustahil.

"If you trust me, then we can trust the process," satu senyuman kecil diberikan. Senyuman penguat untuk Haura terus mempercayai dirinya.

"Kenapa aku kena percayakan kau for the marriage to last?" Haura menduga. Dia tak faham disebalik ayat yang disampaikan Rafasya. Macam ada benda yang tersembunyi.

"Tak ada apalah. Anyways, kita nak pindah rumah siapa ni? Kau ke aku?" Segera Rafasya mengubah topik. Haura tak perlu tahu makna disebalik ayatnya tadi. Sekurang-kurangnya bukan sekarang.

Haura memberi pandangan curiga, matanya dikecilkan. Namun, tak pula dia memaksa Rafasya untuk memberitahu makna sebenar ayat tersebut.

"Ikutlah. Rumah aku dekat Damansara Damai," ujar gadis itu. Rumah semi-D dua tingkat yang dia beli pada saat-saat akhir kerana rumah semi-D yang lain semuanya jauh dari tempat kerjanya.

"Oh, rumah aku dekat Cheras since aku kerja dekat IPD Cheras," balas Rafasya pula. Rumah banglo dua tingkat yang dibina atas tanah pemberian ayahnya.

Duit membina rumah itu hasil daripada kerjanya. Dia dulu seorang detektif dibawah satu agensi swasta, jadi bayaran yang diberikan agak lumayan. Dia pun suka menabung sejak di zaman sekolah menengah lagi. Tak menjadi masalah untuk dia menikmati hasil titik peluhnya sendiri.

Haura teruja mendengar tempat Rafasya tinggal. "Cheras? Really?"

Rafasya menganggukkan kepalanya sebagai jawapan.

"Oh my god, OK so kita duduk rumah kau," senang gila Haura buat keputusan.

"OK if you say so, nanti kita pergi rumah kau ambil barang yang mana kau nak," putus Rafasya.

Senang betul hatinya bila Haura memilih untuk tinggal dirumahnya. Sekurang-kurangnya dia tak rasa bersalah untuk tinggalkan rumah hasil titik peluhnya sendiri.

Lagipun, tempat tinggalnya begitu strategik. Dekat dengan tempat kerjanya, dekat juga dengan tempat kerja Haura. Apa-apa senang untuk mereka berulang alik.

"Sure,"

"Eh, tapi Aless.. I meant, Haura. Boleh tak kita melawat ayah dekat hospital dulu? Mesti ayah nak dengar suara menantu dia," cepat-cepat Rafasya membetulkan panggilannya.

Haura dari awal lagi sudah menjegilkan matanya. Pantang bila namanya salah disebut.

"Mestilah boleh. Aku pun nak jumpa ayah juga," ujarnya. Selama mereka menjalinkan hubungan, bertunang sehinggakan mereka sudah pun sah bergelar suami isteri, Rafasya tidak pernah membawa Haura jumpa ayahnya.

Terlalu banyak kekangan masa yang dilalui lelaki itu sehinggakan tak ada masa untuk berjumpa ayahnya setelah dia mendapat gelaran bakal tunang seterusnya bakal suami kepada Haura Alessandra.

"Pergilah bersiap dulu,"

"Waktu melawat pukul 10,"

"Dah tu kau tak nak sarapan ke? Nak mati kebulur macam tu?" Haura memberi jelingan tak puas hati. Cakaplah nak pergi sarapan pagi dulu!

"Ha'ah, memang tak makan breakfast boleh mati pun," matanya digulingkan. Setakat tak ambil sarapan pagi, tak memberi kesan kepada dirinya langsung. Dia pun tak berapa suka untuk bersarapan. Nasib baiklah dia tak ada gastrik.

Rafasya mencebirkan bibirnya, "Haura, aku tahu kau ada habit untuk tak makan pagi tapi since kau dah kahwin dengan aku, kau kena makan pagi,"

"Kalau tekak aku menolak?"

"Aku ada untuk tadah muntah kau," gurau Rafasya.

"Ew, gelilah! Kau nak sweet pun jangan sampai tekak aku loya," muka jijik terhias diwajah Haura.

Galak Rafasya melepaskan tawa. Suka betul mengusik isterinya. "Memang taklah aku nak tadah dengan tangan. Aku tadah dengan beg plastik lah,"

"Ye ye jer lah. Dibuatnya aku muntah dekat tempat awam, aku rasa kau pun tak mengaku yang aku ni isteri kau,"

"Kau memang ingat aku kahwin dengan kau sebab terpaksa ke?"

Soalan itu membuatkan Haura jeda. Dia tak rasa Rafasya fikir sedemikian tapi bagi pihaknya, ya, ada sedikit rasa 'terpaksa' dalam fikirannya. Dia sudah cuba untuk membuang fikiran tersebut. Mungkin, fikiran itu akan lapuk dimamah masa.

"Haura, walaupun kita kahwin sebab nak memenuhi fitrah sendiri je, aku tak anggap perkahwinan kita terpaksa. Mind you I will do anything for this marriage to last," ujar Rafasya. Walaupun ayatnya kedengaran bersahaja, Haura dapat dengar kesungguhan dalam bicaranya.

"I'm sorry," tangan Rafasya diraih lalu disalam sekali lagi. Rasa berdosa pula bila dia cuba menafikan niat suaminya itu.

Semoga semuanya baik-baik sahaja.







》》》Bersambung《《《

SekuntumWhere stories live. Discover now