Selengkap rumah Rafasya pun, ada satu perabot yang 'penting' supaya layak memanggil rumah tersebut sebagai rumah masih belum dibeli iaitu meja makan.
Selama dia hidup bujang, dia tak pernah terfikir untuk beli meja makan kerana dia tahu, tak ada siapa yang ingin dia hidangkan makanan yang dimasak kecuali dirinya sendiri.
Selalunya, dia akan membawa hidangan yang telah dimasak ke ruang tamu sahaja dan makan sambil menonton televisyen. Tak pun, dia makan di kaunter dapur sambil menghadap kabinet dapur rumahnya.
Namun, memandangkan dia sudah pun sah bergelar suami kepada seorang gadis, dan sudah pun mendirikan rumah tangga. Dia harus membeli perabot tersebut. Tak sopan rasanya nak terus makan di ruang tamu sambil menonton televisyen.
Seperti tak menghargai pasangan yang ada makan bersama.
Walaupun begitu, idea Rafasya untuk membeli meja makan itu ditolak mentah-mentah oleh Haura. Tak lain dan tak bukan, "ada meja makan tapi kalau nak makan sekali pun susah, baik tak payah."
Satu perkara yang sudah tentu Rafasya cuba untuk nafikan. Tak berjaya, realiti itu perit untuk ditelan.
"We can work things out?" dia masih memujuk.
Haura menggelengkan kepalanya, "no need. Kita selalu oncall, I ada emergency case, you ada emergency case. Kita boleh jadikan kaunter dapur tu sebagai meja makan kita."
Bibir dicebirkan. Dia nak membantah lagi tapi idea Haura itu bernas juga.
"Jangan membazir, Raf. Kita hidup bersederhana, OK?" Kali ini giliran Haura pula yang memujuk. Nadanya tak lembut pun, tapi tak pula keras seperti memberi amaran. Cukup untuk Rafasya tahu gadis itu cuba memujuk dengan intonasi tersebut.
"But I want the best for you,"
Nafas dihembuskan perlahan. Ambil hati atau pujuk? Haura tak dapat bezakan.
"The island kitchen is enough," senyuman kecil menjadi sumber untuk Rafasya yakin dengan ayatnya. Sungguh, dia tak kisah mana-mana asalkan ada tempat untuk berteduh.
"Pergilah tidur, esok kau kerja," bahu Rafasya ditolak perlahan, menyuruhnya untuk segera bergerak masuk ke dalam bilik dan tidur.
Jam sudah pun berginjak ke pukul 12 tengah malam. Waktu-waktu sebegitu, mereka masih berada di ruang tamu, televisyen terpasang tanpa bunyi dengan lampu sisi kabinet televisyen menjadi sumber cahaya. Suasana agak malap, tapi mereka suka keadaan sebegitu.
"Kau tak nak tidur?" Rafasya bertanyakan kepada Haura. Gadis itu sejak tadi lagi tidak lepas dari memandang telefonnya. Apa yang penting sangat dalam telefon itu?
Haura menggelengkan kepalanya, "not yet. Aku tak habis baca report lagi," lemah-lembut dia menjawab soalan Rafasya. Lain daripada biasa.
"OK, sambung baca report dalam bilik kita. Teman aku tidur," matanya dikerdipkan beberapa kali, meminta perhatian Haura yang terlebih fokus pada telefon dalam tangannya.
Perasan atau tak gadis itu dengan ekspresi suaminya pun Rafasya tak dapat pastikan.
"Ey kau budak 5 tahun lagi ke nak tidur pun berteman?" Serta-merta Haura memalingkan wajahnya ke arah Rafasya, muka buat-buat comel suaminya itu dipandang sebelah mata.
"No, but I am a man who needs his wife's attention," muka comel ditarik balik. Wajah beku ditayangkan. Nada suara pun diubah.
Tersentak Haura mendengar perubahan mendadak dalam intonasi suara Rafasya. Masalah bila dah guna status perkahwinan mereka sebagai perang ni.
"Fine, aku teman," dia mengalah. Tak ada cara lain. Kecuali dia nak tanggung dosa ingkar perintah suami. Fuh, tak sanggup.
Malas-malas dia mengangkat punggung dari posisi duduknya. Dia baru berura-ura untuk melangkah tapi Rafasya memegang lengannya.
"What?" Kening dijongketkan. Suruh teman tapi dia nak berjalan pergi, sekat pula.
"No barrier this time, please?"
Termenung Haura. Teringat pula waktu pertama kali mereka tidur sebilik selepas majlis nikah haritu.
Punyalah Haura nak mengelat daripada tidur bersebelahan dengan Rafasya, dia beri tawaran untuk tidur diatas lantai. Tawaran itu ditolak mentah-mentah oleh Rafasya kerana dia tak nak tengok isterinya tidur tanpa alas.
Sebaliknya, Rafasya ingin menggantikan tempat Haura. Biarkan dia tidur diatas lantai, dan Haura tidur diatas katil. Cadangan itu ditolak oleh Haura pula.
Dia rasa berdosa buat suaminya berkorban sebegitu semata-mata untuk keselesaannya. Akhirnya, mereka setuju untuk letak benteng diantara mereka berdua.
Benteng menggunakan dua bantal. Ajaibnya, tak ada sorang pun yang melepasi benteng tersebut, walaupun benteng itu ala kadar sahaja. Hormat antara mereka berdua itu tinggi.
"OK, as you please," sekali lagi Haura mengalah. Tak apalah, dapat pahala juga dia berbuat baik dengan suaminya.
"Thank you, my blossom," senyuman manis menghiasi wajah Rafasya.
Lega hatinya permintaan itu disetujui oleh Haura.
Setelah menutup semua suis yang perlu ditutup, mereka berdua bergerak ke bilik tidur.
Haura naik ke atas katil, badannya terus direbahkan, telefon masih lagi berada di dalam genggaman tangan. Rafasya turut melakukan perkara yang sama.
Suruh al-Mulk, 3 Qul dan doa tidur dibaca terlebih dahulu sebelum dia baring mengiring ke arah Haura. Susuk tubuh Haura yang masih terjaga itu diperhatikan dalam diam.
Idea nakal muncul dibenak fikirannya. Kerja mengusik memang minatnya.
Senyap-senyap, dia menjalarkan tangan ke pinggang Haura. Pinggang ramping itu dia rangkul tanpa rasa serba salah. Terkejut gadis itu tatkala dia dapat rasakan ada tangan menyentuh pinggangnya yang terdedah.
"Raf, apa ni!" Tak puas hati. Nasiblah dia tak terjerit tadi. Dibuatnya jiran terdengar jeritan dia, ada jiran ingat dia histeria nanti.
Rafasya tidak membalas, pinggang itu terus dia rangkul sambil perlahan-lahan menarik tubuh Haura ke dalam dakapannya.
Berjaya! Kini Haura sudah baring dalam posisi sama dengannya. Kepala gadis itu betul-betul berada di bahagian dada Rafasya.
"Raf, come on," Haura ingin protes. Namun, telinganya menangkap suara Rafasya yang sayup-sayup sedang membaca surah al-Mulk ditelinga Haura.
Alunan itu, intonasi itu sungguh mendayu sehingga membuatkan mata Haura kuyu. Dia yang pada mulanya tidak mengantuk, mula berasakan perasaan tersebut.
Habis sahaja ayat itu dibaca, dia iringi dengan bacaan surah 3 Qul. Kemudian, dia mengakhiri bacaannya dengan doa sebelum tidur.
Selesai sahaja doa itu dibacakan, telefon dalam genggaman tangan Haura terlepas. Pernafasan isterinya juga berubah rentak kepada yang lebih tenang. Tahulah Rafasya bahawa Haura sudah pun hanyut ke alam mimpi.
Dia tersenyum bahagia. Senang rupanya untuk buat seorang Haura Alessandra tidur. Hanya memerlukan belaian kasih, dia akan lena.
"What a sleeping beauty,"
Melihat isterinya sudah lena, rangkulan pada pinggang gadis itu dikemaskan. Ubun kepala Haura dicium penuh kasih. Lama.
"Semoga perkahwinan kita kekal hingga ke Syurga," ucapnya perlahan.
Shahadah dibacakan sebelum dia turut sama terbuai ke alam mimpi.
Sedikit perubahan sudah pun membawa ke satu kejayaan misinya. Sedikit demi sedikit, In Shaa Allah usahanya tidak akan sia-sia.
》》》Bersambung《《《
YOU ARE READING
Sekuntum
RomanceTipikal best friend buat perjanjian. By ____ if kau tak kahwin lagi, aku pun tak kahwin lagi, kita kahwin dua. Perjanjian yang dibuat main-main itu menjadi kenyataan buat mereka dengan alasan yang agak... tidak munasabah. 1. Tiada masa untuk menca...