Senja sudah pun melabuhkan tirai, siang berganti malam, manusia yang penat bekerja sudah pun mulai pulang ke rumah dan menghabiskan masa bersama keluarga.
Keluarga. Keluarga untuknya tiada di rumah ketika itu. Keluarganya belum lagi membuka mata, melihat dunia hari tersebut. Keluarganya ketika itu masih berehat, berlatar belakang bunyi mesin pernafasan.
Sudah lebih 24 jam isterinya itu beradu. Selama itu juga, dia cuba untuk menghabiskan masanya di tempat kerja dan di hospital sahaja. Dia tidak sanggup pulang ke rumah yang kini dihambat rasa sunyi tanpa kehadiran si isteri disisi.
Dia tetap akan pulang ke rumah. Hanya untuk memasak bekal buat diri dan isterinya yang mungkin bila-bila masa akan sedar dan untuk membersihkan diri. Dia tak perlu tidur di rumah.
Tidur di hospital, bersama isterinya sudah memadai apa yang dia mahukan. Sakit belakang, tengkuk dan bahu itu apalah sangat jika ingin dibandingkan dengan sakit yang isterinya tanggung akibat gas beracun itu.
Gas beracun. Kes itu masih lagi disiasat oleh ASP yang ditugaskan. Khaleeq juga berada dalam team tersebut untuk membantu siasatan. Dia bersyukur dengan keterlibatan sahabatnya itu. Sekurang-kurangnya, senang untuk dia dapat berita dan maklumat tentang progress penyiasatan kes tersebut.
Satu maklumat diberi kepadanya sewaktu dia menghantar Haura pergi dengan ambulans melalui pandangan matanya.
Didapati, Haura terkurung di dalam bilik tersebut ketika doktor forensik itu cuba untuk mencari bukti-bukti yang dapat mengukuhkan lagi teorinya. Malang tidak berbau, wanita itu tidak sedar pintu tersebut boleh terkunci dari luar, menyebabkan dia terkunci dalam bilik tersebut.
Keadaan kilang yang sudah pun hampir sepenuhnya tercemar dengan gas beracun itu menyebabkan Haura sesak nafas. Jumlah gas beracun yang dia terhidu itu terlalu banyak sehingga menyebabkan dia pengsan.
Sepatutnya, selepas diselamatkan, Haura dapat sedarkan diri. Namun, kerana sifat gas itu yang agak berbahaya menyebabkan wanita itu memerlukan bantuan oksigen.
Bantuan CPR yang dibuat sedikit sebanyak menyelamatkan Haura daripada tidur selamanya. Malangnya, akibat bantuan CPR yang dibuat berkali-kali itu, 2 tulang rusuk isterinya retak.
Rafasya sudah mengagak perkara tersebut akan berlaku. Apabila Haura sedar nanti, dia akan meminta maaf kepada isterinya tentang hal tersebut.
Tubuh tenang Haura yang masih terbaring di atas katil hospital itu ditatap lembut. Rasa sayu menyelubungi diri.
Mereka tidak selalu bersama, tidak pula mereka mencintai satu sama lain tetapi Rafasya dapat rasakan kekosongan dalam hidupnya tatkala Haura tiada di sisi, dalam keadaan dia tahu isterinya itu tidak sedarkan diri lagi.
Ada ketika, rentak nafas Haura sangatlah laju, dia rakuskan oksigen yang dia kehilangan. Tatkala itu, Rafasya sedar isterinya tengah bertarung nyawa untuk terus hidup.
Doktor forensik adalah cita-cita yang telah lama Haura impikan, pasti isterinya itu tidak akan membiarkan dia tewas kerana kerjayanya.
Salah. Ajal itu ketentuan Allah Al-Mumeet. Kun fayakun, jika Dia kata jadi, maka jadilah.
"Allahuakbar," muka yang kepenatan diusap buat kali yang ketiga pada malam itu sambil memuji kebesaranNya.
Bekal makanan yang dibawa dari rumah untuk dirinya dan Haura tadi tidak bersentuh. Dia tak rasa lapar, lebih-lebih lagi bila dia terpaksa makan bersendirian. Rasa lapar itu bagaikan hilang bersama perasaannya.
Tangannya naik mengusap pipi Haura yang masih lena dalam 'tidur'.
"Haura, tak nak bangun lagi ke?" ujarnya perlahan.
YOU ARE READING
Sekuntum
RomanceTipikal best friend buat perjanjian. By ____ if kau tak kahwin lagi, aku pun tak kahwin lagi, kita kahwin dua. Perjanjian yang dibuat main-main itu menjadi kenyataan buat mereka dengan alasan yang agak... tidak munasabah. 1. Tiada masa untuk menca...