Bab 17

28 2 0
                                    

"Kau baru kahwin dah masuk kerja?" Ayat pertama yang Haura dengar tatkala dia menjejak kaki ke perkarangan hospital.

Hari ni, rutin dia agak lain dari biasa. Selalunya dia akan ke hospital dengan menaiki kereta sendiri tapi kali ini, Rafasya berkeras untuk menghantarnya. Tak apalah, apa-apa cara pun tak mengapa asalkan dia sampai juga ke tempat kerjanya.

Haura menjegilkan biji matanya kepada Ailaa, rasanya banyak lagi gadis itu ingin membebel tapi dia cepat-cepat bagi amaran suruh kunci mulut sedikit.

"Aku ambil cuti seminggu je, kira baiklah tu," balas gadis itu. Secawan kopi panas dalam tangan kiri Ailaa diambil. Dia tahu dah kopi itu memang bahagian dia. Jika bukan Adrian yang menghulurkan air kopi, pasti Ailaa akan menjadi wakil.

"Pendek betul. Kau tak nak pergi honeymoon ke?" Ailaa bertanya sambil dia mempercepatkan langkah mengejar langkah Haura yang sudah ke depan. Jalan bukan main laju.

Haura memberi gelengan kepala. "Kitorang masih tak bercinta. What makes you think a honeymoon trip is worth for us?" Dia menduga.

Kalau honeymoon saja, tapi tak ada benda yang istimewa, sia-sia je duit mereka habis.

"Kau je lah yang tak cintakan dia," gumam Ailaa perlahan. Telinga Haura sempat menangkap hujung ayat gadis itu. Dan dia dapat rungkaikan apa yang Ailaa katakan sebenarnya.

Tak pula dia ingin membalas. Selagi dia tak rasa perkara yang sama, selagi itu dia akan mengelat daripada melakukan sesuatu perkara demi lakonan semata-mata. Memberi seseorang itu kekecewaan adalah perkara yang dia paling benci.

"Result sample yang aku bagi kau haritu dah dapat?" Haura mengalihkan topik perbualan mereka. Tak suka bila dirinya sahaja menjadi topik.

Ailaa menggelengkan kepalanya. "Not yet. Entah bahan kimia apa yang diorang guna sampai susah nak dapat result,"

"Perhaps dia ada ubah structures bahan kimia tu dan jadikan bahan kimia baru?" Gadis itu memberi idea. Dia sendiri masih tak tengok sampel tersebut dibawah mikroskop, dia tak boleh nak berkata lebih.

"Mungkinlah, nanti aku cuba kaji semula,"

"Aku datang kerja ni pun sebab nak sambung kaji misteri tu je sebenarnya," luah Haura sambil tersengih. Tahu dah dia akan kena bebel bila dia memberitahu tujuan sebenarnya.

Cakap macam tak ada doktor lain yang boleh gantikan tempat dia. Suka sangat dengan kerja.

"Dasar manusia. Pergilah kau terperap dalam lab sana. Selesaikan semua terus apa yang kau nak selesaikan. Lepastu, balik rumah. Pergi sambut suami kau," arah Ailaa. Separa serius.

Haura membuat gerak tangan mimik Ailaa membebel sebelum dia berlalu pergi meninggalkan gadis itu. Suruh dia terperap sangat? Dia akan terperap sampai jumpa keputusan!

~~~~

Kereta diparkir di halaman berdekatan makmal forensik Hospital Kuala Lumpur. Dia menunggu kemunculan isterinya untuk ajak pulang ke rumah. Memandangkan dia yang hantar isterinya pergi kerja, dia juga akan ambil isterinya pulang ke rumah.

Dia beruntung, kerjanya selesai awal hari ini. Dia boleh keluar awal dan sampai ke perkarangan hospital dengan lebih awal tanpa perlu bersesak di atas jalan raya.

Sementara menunggu Haura untuk masuk ke dalam kereta, dia mentatal skrin telefonnya. Mencari topik menarik untuk dibaca. Selalu sahaja dia menyibukkan diri dengan belajar ilmu sains serba sedikit.

Sains selalu sahaja mengagumkannya.

Leka dia membaca artikel sehinggakan dia tak perasan jam sudah pun menunjukkan waktu 5.30 petang. Dan seorang Haura masih lagi tidak memunculkan diri.

SekuntumWhere stories live. Discover now