Bab 1

40 3 0
                                    

Rafasya mentatal smartphone-nya sambil menunggu ketibaan seseorang yang dia nantikan. Mereka berdua berjanji untuk berjumpa pada pukul 3.00 petang tetapi lelaki itu sampai 15 minit lebih awal, salah dia juga kerana terlalu teruja.

Tepat pukul 3.00 petang, telinganya menangkap bunyi derapan tapak kaki yang menuju ke arahnya. Salah satu sikap gadis itu yang paling dia sukai; menepati masa.

"Assalamualaikum, Rafasya," gadis itu memberi salam, tempat duduk yang menghadap Rafasya diambil.

"Waalaikumussalam, Ales. Awak apa khabar?" Gadis yang digelar Ales itu memberi senyuman kecil, "khabar baik, lama kita tak jumpa," ucapnya, tak lekang senyuman dibibir.

Rafasya menganggukkan kepalanya. "Ya, maaf saya sibuk dengan kerja," ada bunyi kecewa disebalik intonasinya. Dia kecewa kerana tidak dapat meluangkan masa dengan tunangnya.

Tunang? Ya tunangnya, Alesya Sophea. Mereka telah bertunang sejak tahun lepas lagi. Tarikh nikah mereka dijangka berlangsung 3 bulan lagi, itupun setelah ibu bapa Alesya memujuk Rafasya untuk mempercepatkan majlis nikah mereka walaupun Rafasya masih lagi sibuk dengan kerjayanya.

Alesya tersenyum kelat, "Rafasya, saya ada berita nak bagitahu awak ni," serba-salah gadis itu ingin menyuarakan apa yang terbuku dalam hatinya.

Dia telah berlatih untuk menyatakan ayat tersebut sejak 3 hari lepas lagi. Dia tak mahu dirinya sebak di hadapan Rafasya, dia tak suka jika Rafasya menganggapnya lemah.

Rafasya ragu-ragu ingin menganggukkan kepalanya tatkala dia sedar perubahan intonasi gadis di hadapannya, namun dia tetap menganggukkan kepalanya supaya Alesya menyambung ayatnya.

"Saya nak putus tunang, maaf," tertunduk kepala Alesya setelah kata-kata itu meniti bibirnya.

Berkerut dahi Rafasya mendengar ayat tersebut, otaknya tak dapat proses ayat tersebut tapi hatinya telah pun rasa sakit.

"Apa maksud awak?" Dia seperti tidak percaya dengan apa yang diberitahu.

"Maaf tapi hubungan kita berakhir disini, saya tak dapat meneruskan pertunangan kita," lebih mendalam Alesya menjelaskan keputusannya.

"Tapi kenapa?" Emosi Rafasya seperti mengambil alih pemikirannya ketika itu. Bila-bila masa sahaja dia akan bertindak diluar jangkaan jika dia tidak mengawal emosinya.

Alesya jeda, nafasnya ditarik dan dihembuskan untuk menenangkan jantungnya yang berdetak laju ketika itu.

"Saya minta maaf, selama setahun kita bertunang, saya masih tak dapat faham skop kerja awak. Saya tak dapat terima hakikat yang awak sibuk bekerja, saya tak dapat faham awak sepenuhnya. Saya fikir, kalau dalam fasa bertunang pun saya dah tak boleh nak hadap sakitnya menanti, macam mana saya nak hadap alam perkahwinan? Saya takut rumah tangga kita tak bahagia kerana diri saya sendiri. Saya minta maaf sangat-sangat," terangnya panjang lebar. Segala isi hati yang dia pendam selama ini diluahkan.

Rafasya hanya mendengar dengan penuh teliti. Dia mahu membantah, dia mahu mengatakan bahawa dia boleh cuba untuk mengurangkan kerjanya, tapi dia tahu, tak ada guna untuk dia berkata sedemikian kerana Alesya telah pun membuat keputusannya sendiri.

Lagi-lagi kerana ini bukan masalahnya tetapi masalah tunangnya sendiri. Dia faham, tak semua orang boleh terima hakikat yang ada individu yang sibuk bekerja dan langsung tidak ada masa untuk diluangkan bersama. Rafasya telah cuba untuk mencari masanya tetapi ada sahaja halangan, jika bukan kerana kerja, dia kena jaga ayahnya yang masih lagi terlantar di hospital.

"Tak apalah kalau macam tu, saya faham situasi awak dan saya terima keputusan awak sepenuhnya," mendatar sahaja ayat itu diungkapkan.

Membulat mata Alesya saat mendengar ayat itu, dia ingatkan Rafasya akan kecewa dengan keputusannya, sekurang-kurangnya. "Awak tak marah?"

SekuntumWhere stories live. Discover now