Bab 10

23 1 0
                                    

"Detektif," panggilan Tuan Daniel menyentakkan lamunan Rafasya Zurair yang termenung kosong memandang kertas kerja di hadapannya.

"Ye, saya," muka diraup. Matanya pedih kerana terlalu lama merenung kertas kerjanya itu tanpa berkelip.

"Termenung apa?" Kerusi di sebelah meja Rafasya ditarik untuk dia duduk. Sementara tak ada kerja, boleh dia berborak dengan detektif itu buat seketika.

Rafasya menggeleng kepalanya bersahaja, "tak adalah, teringat apa yang tunang saya cakap semalam," dia menarik senyuman kecil.

"Hm? Detektif nak share ke?" Tuan Daniel menyoal meminta kepastian. Manalah tahu apa yang tunang detektif itu katakan semalam adalah hal peribadi mereka.

"Tak kot, takut buka aib dia," lembut sahaja Rafasya menolak untuk memberitahu perkara sebenar.

Anggukan faham diterima Rafasya oleh Tuan Daniel.

"Saya tak pernah experience fasa bertunang, tapi apa yang saya tahu, jaga diri, jaga hati, jaga iman. Fasa ni paling sukar untuk pasangan tempuhi," pesan Tuan Daniel. Dia sudah sedia maklum tentang pertunangan antara Rafasya dan Haura yang tidak lakukan apa-apa majlis.

Dia hormat keputusan mereka. Masing-masing sibuk memanjang, mana ada masa untuk mereka fikir akan majlis yang hanya ingin menyatukan mereka sementara sebelum disatukan selamanya.

"Cakap fasal bertunang, tuan tak nak kahwin ke?" Rafasya sedar soalan itu agak sensitif memandang cinta hati Tuan Daniel sudah tiada namun apakan daya, yang pergi dibiarkan pergi, yang masih hidup perlu meneruskan perjuangan.

Tuan Daniel menggeleng kepalanya perlahan. "Tak kot. Arwah pergi bawa hati saya sekali. Saya tak rasa ada yang dapat gantikan tempat dia," usianya sudah pun mencecah 36 tahun. Sudah masuk tahun kesepuluh gadis kesayangannya meninggal dunia, selama 10 tahun itu juga, dia tak langsung berusaha untuk mencari pengganti.

Sangat mustahil baginya untuk jumpa pengganti gadis itu.

"Setia betul tuan," puji Rafasya. Dia pun tak sanggup untuk menanti terlalu lama. Ini bukan terlalu lama, tapi selagi tak berjumpa di Syurga, selagi itu tak bersama.

Right person, not enough time.

Tuan Daniel tergelak kecil, "tak tahulah nak cakap setia ke nak cakap tak reti nak move on. Tapi, jangan jadi macam saya. You have to let go kalau betul takdir tak menyebelahi your side,"

"Tuan mentioned about my previous fianceè?"

Anggukan sebagai balasan. "I shouldn't have interfere about your feeling but I know you susah untuk lepaskan dia, right?"

Perlahan-lahan, kepala Rafasya mengangguk. Lama nama bekas tunangnya itu berlegar dalam minda. Berapa kali dia cuba untuk lepaskan, hatinya masih tak rela. Masih tak mahu lepaskan ikatan terakhir yang bekas tunangnya tinggal dalam hatinya.

"Boleh saya tahu kenapa awak terus lamar Doktor Haura walaupun masa tu awak baru lepas putus tunang?" Teragak-agak Tuan Daniel ingin bertanya. Tak suka juga dia korek rahsia orang.

Lebih-lebih lagi bila orang itu menceritakan kisah mereka bukan secara rela.

"Let's just say, saya istikharah, setiap kali fikir fasal bekas tunang saya, hati saya gelisah. Bila kali pertama saya jumpa Haura tu, hati saya rasa tenang semula," ringkas Rafasya terangkan apa yang telah dia terangkan kepada ibunya.

"Detektif yakin perasaan tu sebab istikharah yang detektif buat dan bukannya sebab otak dan hati detektif sudah anggap dia sebagai kawan rapat? Yang sepatutnya detektif tak rasa janggal bila berjumpa?" Cepumas soalan yang ditanya oleh Tuan Daniel.

SekuntumWhere stories live. Discover now