Bab 11

25 0 0
                                    

"Wali kau macam mana?" Rafasya menjadi pembuka topik perbualan mereka pada hari tersebut. Semasa dia pergi ke rumah Haura haritu, tak pula dia nampak kelibat papa gadis itu. Dan mama Haura pun tak ada pula cakap fasal Tuan Alex.

Tak tahu pula dia apa-apa kisah tentang ibu bapa gadis itu.

Haura tersenyum nipis mendengar soalan itu, "papa aku ada je, tapi dia tak ada dekat Malaysia lah buat masa ni," jawapan seperti ingin lari daripada topik tersebut.

Berkerut dahi Rafasya dengan jawapan gadis di hadapannya. "Oh, boleh aku tahu kenapa?" Dia tertanya-tanya.

"Ada urusan kerja dekat luar negara," ringkas jawapan itu diberikan. Seperti berpuas hati dengan jawapan gadis itu, Rafasya tidak lagi menanyakan soalan tersebut.

"Saksi kau? Aku lama tak dengar khabar abang kau dengan Umar. Diorang apa khabar?"

Haura adalah anak kedua dalam tiga adik-beradik dan dia seorang perempuan. Lagi dua adalah lelaki. Dia ada abang yang tua setahun darinya, Adam Alexander dan ada adik lelaki yang muda dua tahun darinya, Umar Eskandar.

"Umar tak dapat balik. Masa tarikh wedding kita tu, dia ada final exam," ujar Haura. Dia sudah pun bertanyakan hal tersebut kepada Umar semalam.

Nak sampai part Umar bagitahu alasan sebenar tu, punyalah susah. Kejap-kejap kena usik, kejap-kejap kena sangkal. Tak serius betul adiknya seorang itu.

"Oh, Umar sambung study dekat mana?" Kali terakhir Rafasya dengar fasal Umar tatkala mereka masih berumur 17 tahun dan Umar ketika itu baru berumur 15 tahun.

Dia tak tahu apa-apa tentang course yang Umar sambung.

"Switzerland, master in Chemical Engineering and Biotechnology," ringkas dan padat jawapan Haura. Macam tahu-tahu sahaja rakan baiknya merangkap tunangnya itu akan bertanya perihal course yang diambil oleh adik lelakinya.

Terangguk-angguk Rafasya saat mendengar jawapan itu. "Aku ingatkan dia ambil medic sama macam kau,"

"Budak tu phobia darah," bahu dijungkitkan. Tak tahulah bagaimana adiknya seorang itu boleh ada fobia dengan darah.

Pernah sekali tu, nampak darah banyak je dia terus pengsan. Dahlah pengsan yang lama, adalah dalam 6 jam juga. Tak faham betul.

"Abang kau pula macam mana?" Jika sebentar tadi dia mengukir senyuman tipis, kini yang terlakar dibibirnya hanyalah senyuman pahit.

Pandangan dibuang ke sisi, tak sanggup untuk menatap wajah tunangnya. "Abang aku dah tak ada," sungguh berat perkataan itu ingin dia luahkan.

Telah lama dia tidak beritahu sesiapa tentang kenyataan itu. Cukup keluarga terdekatnya sahaja yang tahu. Ailaa Miqaila pun tidak tahu apa-apa tentang keluarga Haura.

Terkelu Rafasya buat seketika. Matanya membulat, lidahnya tak mampu untuk berkata apa-apa. Sungguh, berita itu terlalu berat untuk dirinya ketika itu.

Adam Alexander, dulu mereka pernah keluar bersama. Pernah juga Adam ajaknya bercuti sekali bersama kawan-kawan kepada lelaki itu. Mereka agak rapat. Apa-apa masalah dia dengan Haura, dia akan minta pendapat abang kepada gadis itu untuk selesaikan.

Tak sangka, Adam telah pun meninggal dunia. Moga roh arwah dicucuri rahmat yang Maha Esa.

"Innalillahiwainnalillahiroji'un, I am sorry to hear that," kepalanya tertunduk. Terkedu bukan kepalang.

"It's OK, I should have move on along time ago. It has been 8 years already," senyuman pahit itu cuba ditarik supaya tidak nampak dia bersedih lagi.

SekuntumWhere stories live. Discover now