Kapsul pil yang dijumpai Haura semalam diserahkan kepada rakan karibnya, Ailaa Miqaila yang merupakan pakar forensik toksikologi.
Setiap kali Haura terjumpa sebarang pil atau ubat-ubatan yang tak pernah dia lihat, dia akan berikan bahan tersebut kepada Ailaa dan Ailaa sahaja.
Dia bukan tak percaya pakar yang lain, tapi kebanyakkan pakar dalam bidang tersebut adalah lelaki. Kalau boleh, dia nak mengelakkan diri daripada bercakap atau berurusan dengan pakar lelaki. Dia tak selesa.
Lagipun, dia dah ada kelebihan, gunakan sahajalah.
Pintu makmal yang digunakan Ailaa diketuk beberapa kali lalu pintu itu ditolak. Dia melangkah masuk ke dalam makmal tersebut.
Bau bahan kimia menusuk ke dalam hidungnya. Dia pun tertanya bagaimana pakar disitu boleh bekerja dalam keadaan bau yang sangat kuat itu. Boleh pening kepala dibuatnya.
Eh kejap, dia cakap dekat orang macam tu. Macamlah bau mayat itu tak sekuat bau bahan kimia. Dua kali lima sahaja.
"Babe, kau dah siasat ke kapsul semalam?" Ailaa yang tengah sibuk memandang ke dalam mikroskop itu hampir sahaja tersentak dengan panggilan Haura.
"Kau ni memang tak reti bagi salam eh?" Protes Ailaa, masih lagi fokus dengan pemerhatiannya.
Haura tersengih, "Assalamualaikum Kak Ailaa," usiknya.
"Aku cakap dah jangan panggil aku kak," bentaknya tak puas hati. Setakat berbeza 3 tahun tu, tak perlulah nak panggil kak.
Dia rasa macam tua je bila dipanggil dengan panggilan kak itu. Mungkin dengan junior yang lain bolehlah dia benarkan panggilan itu. Tapi Haura ni rakan pertamanya sejak dia bekerja di Hospital Kuala Lumpur. Tak perlu berformal.
"Ye lah," Haura mengalah. Tempat duduk di sebelah Ailaa diambil. Jarak antara dia dan Ailaa dijaga supaya dia tak terkena apa-apa kesan sampingan dengan apa yang Ailaa sedang kaji sekarang.
Beberapa minit kemudian, Ailaa selesai dengan pemerhatiannya. Barulah dia angkat muka untuk memandang Haura yang duduk berjarak dengannya.
"Kapsul tu, memang isi dalam dah tak ada apa-apa so aku simpan je dulu. Tapi, sampel sel dalam perut, dan sel-sel lain aku dah siap buat laporan," maklum Ailaa. Tangannya menurunkan slaid kaca yang digunakan tadi dan disimpan ke dalam bekas kedap udara.
Mungkin sel pada slaid kaca itu akan rosak jika tak disimpan dalam tempat yang sepatutnya.
"Jadi?" Haura tertanya. Dia sebenarnya boleh je buat kaji selidik tu sendiri tapi dia lebih selesa hantar kepada pakar.
Apa yang dia tahu, dia lebih rela bedah mayat daripada sakitkan mata menghadap mikroskop atau komputer.
"Sel-sel lain seems normal. Aku nak conclude dia memang natural death je tapi, sel perut dia ada substance abnormal. Aku tak pernah jumpa, it seems like benda tu newly-developed," penerangan Ailaa itu membuatkan Haura mengerutkan dahinya.
"So, sebab substance tu ke dia dapat heart attack that caused her death?"
"Yeah, highly likely," balas Ailaa.
Haura termenung seketika. Dia rasa banyak sangat lubang-lubang dalam kaji selidik tersebut. Betul ke pil itu hanya berfungsi untuk membunuh?
"Did you check her uterus sample?" Berkerut dahi Ailaa mendengar soalan Haura. Tapi dia menganggukkan kepalanya sahaja.
"Dah,"
"Tak ada jumpa DNA asing?"
Ailaa diam sejenak. Laporan yang baru dia siapkan pagi tadi berlegar dalam kepalanya semula.
YOU ARE READING
Sekuntum
RomanceTipikal best friend buat perjanjian. By ____ if kau tak kahwin lagi, aku pun tak kahwin lagi, kita kahwin dua. Perjanjian yang dibuat main-main itu menjadi kenyataan buat mereka dengan alasan yang agak... tidak munasabah. 1. Tiada masa untuk menca...