Muncung pistol dihalakan ke arah penjenayah yang ingin mendekatinya. Dua orang anggota polis yang berpangkat koperal dan lans koperal berada di kawasan berdekatan dengan tempat yang dijadikan sarang penjenayah tersebut.
"Hands up!" Garau suara Rafasya menyuruh penjenayah di hadapannya itu untuk mengangkat kedua belah tangannya dan menyerah diri sahaja.
"Oh, we got a cop here," komen lelaki berbangsa asing itu tanpa rasa gementar. Sudahlah dia masuk ke Malaysia tanpa cop kebenaran yang sah, lebih teruk dia jadikan negara Malaysia sebagai tempat untuk dia lakukan jenayah. Tak cukup dengan negara sendiri yang sudah dia porak-perandakan ekonomi negara tersebut.
Tak, mereka bukan penjenayah berprofil tinggi. Status mereka hanya biasa-biasa tapi memberi impak yang besar kerana mereka menggunakan cara halus untuk menjatuhkan ekonomi negara. Iaitu melakukan penjualan haram, mengedar dadah dan mengambil rasuah serta upah untuk membunuh orang.
Mereka masih tidak dilabel berprofil tinggi kerana kebanyakkan anak buah mereka sudah pun ditangkap atas jenayah yang dilakukan. Tinggal yang masih bersisa di Malaysia ini hanyalah lelaki tersebut, iaitu ketua kepada geng jenayah.
"Surrender or else I will shoot you," amaran keras diberikan. Picu pistol sudah pun ditarik. Lelaki berbangsa asing itu seperti tidak bersenjata, pakaiannya agak ketat untuk menyembunyikan senjata dibahagian badannya.
Belakang badannya juga seperti tidak disisipkan apa-apa, atau mungkin pengiraan Rafasya yang salah. Dia tak dapat melihat dengan jelas, suasana senja dengan langit yang mendung itu mengaburi matanya. Sudah semestinya kawasan itu tidak ada cahaya lampu yang terpasang kerana itu adalah kawasan terbiar.
"What gets on your mind, being all heroic without colleagues with you. Come fight me if you can," cabar lelaki itu. Dia membuka langkah untuk menerima sebarang serangan daripada lelaki tersebut.
"Jangan detektif, ada pisau dalam poket seluar belakangnya," amaran salah seorang rakan yang bertugas bersamanya melalui earpiece yang dipakai.
"I won't fall into your trap," balas Rafasya. Pegangan pada pistolnya dikemaskan, dia dapat rasakan serangan akan berlaku bila-bila masa sahaja.
Bengang dengan jawapan yang diberikan oleh polis yang tidak diketahui pangkatnya itu, dia segera berlari ke arah Rafasya bersama sebilah pisau dalam tangannya. Rafasya tersenyum sinis, apabila lelaki warga asing tersebut mendekatinya, cepat sahaja dia mengelak dan menyadung kaki lelaki tersebut.
Lelaki itu jatuh ke depan namun dia menukar posisi untuk terus melawan Rafasya. Setakat jatuh sekali itu tidak memberi kesan kepadanya. Dikepalanya kini terhala sepucuk pistol.
"Surrender," paksa Rafasya. Berbuih sudah mulutnya supaya lelaki warga asing itu menyerah diri.
"As if it is easy," pisau dalam genggaman dihayunkan ke arah detektif tersebut. Cekap detektif itu mengelak.
Rafasya tersenyum sinis mendengar ayat tersebut, perlahan-lahan dia turut sama mengeluarkan pisaunya. Orang guna pisau? Dibalas dengan pisau juga. Pistol disimpan ke dalam tempat yang sepatutnya kembali.
"Close range combat, I see," pisau dalam tangan penjenayah itu terus dihayunkan kepada Rafasya. Pantas Rafasya mengelat serangan tersebut, dan menghayunkan pisau yang sama.
"Detektif, this is not the time for you to fight," ujar satu suara dalam earpiece Rafasya.
"Aku dapat ni. Lindung aku," sengaja dia balas dalam bahasa Melayu kerana dia tahu, lelaki warga asing di hadapannya kini langsung tidak tahu bahasa Kebangsaan negara Malaysia.
YOU ARE READING
Sekuntum
RomanceTipikal best friend buat perjanjian. By ____ if kau tak kahwin lagi, aku pun tak kahwin lagi, kita kahwin dua. Perjanjian yang dibuat main-main itu menjadi kenyataan buat mereka dengan alasan yang agak... tidak munasabah. 1. Tiada masa untuk menca...